15 Mesin Jahit Portable Yang Sesuai Untuk Beginner

Saya ingin kongsikan senarai 15 Mesin Jahit Portable Yang Sesuai Untuk Beginner yang boleh dibeli secara online yang berharga kurang dari RM1,500.

Lagipun ramai juga yang bertanya di FB Group tentang mesin jahit apa yang boleh dibeli untuk orang yang baru belajar menjahit(beginner). Tapi sebelum itu, saya ingin terangkan serba sedikit tentang mesin jahit.

Jenis-Jenis Mesin Jahit

Terdapat dua jenis mesin jahit yang biasa digunakan untuk menjahit, iaitu:

  • Mesin Jahit Portable
  • Mesin Jahit Industri

Bagi yang baru nak belajar menjahit, kalau boleh elakkan membeli mesin jahit industri(high speed) sebab mesin ini kalau tidak biasa digunakan, susah kita nak mengawal kelajuannya. Sebagai permulaan, belilah mesin jahit portable dan berlatihla sehingga dapat mengawal mesin jahit dengan baik.

Pendek kata, belajarlah mengawal kelajuan mesin dahulu. 

Jadi, biasakan diri dengan mesin portable dahulu. Apabila sudah buat banyak jahitan atau kerap menjahit, barulah tukar ke mesin jahit industri(high speed)

Menjahit memerlukan proses pembelajaran secara berperingkat supaya anda tidak berasa cepat berputus asa.

Kenapa Mesin Jahit Portable Adalah Yang Terbaik Untuk Beginner?

Mesin jahit portable sangat sesuai untuk beginner sebab:

  • Mudah digunakan(user-friendly).
  • Setakat menjahit untuk diri sendiri memang sangat puas hati.
  • Senang nak cari ‘spare part’ kalau rosak.
  • Mudah nak angkut ke mana-mana.
  • Tidak perlu ruang/tempat yang besar.
  • Sesetengah mesin jahit portable mempunyai fungsi untuk menjahit butang atau sulam.
  • Harga lebih murah daripada mesin jahit industri dan berpatutan.

Senarai 15 Mesin Jahit Portable Untuk Beginner

1. SINGER 1306

mesin jahit singer 1306
  • 9 jenis jahitan.
  • Mempunyai fungsi 4 langkah membuat lubang butang.
  • Adjustable Stitch Length/Boleh mengubah panjang jahitan.
  • Adjustable Width Length/Boleh mengubah lebar jahitan.
  • Mempunyai pemutus benang.
  • Sistem Bobbin Spool bawah.

Untuk keterangan lanjut mengenai mesin jahit Singer 1306, sila ke sini.

2. SINGER 3223

mesin jahit singer 3223
  • Sangat mudah digunakan, sesuai untuk beginner ataupun yang sudah mahir.
  • 22 Jenis Jahitan + 1 Menjahit Butang.
  • Mempunyai fungsi 4 langkah menjahit lubang butang.
  • Ada Ukuran Panjang Jahitan hingga 4.0 mm.
  • Free Arm Sewing.
  • Ada pemutus benang(manual).
  • Built in Lamp.
  • Sistem Bobbin Spool bawah.

Untuk keterangan lanjut mengenai mesin jahit Singer 3223, sila ke sini.

3. SINGER 2259

mesin jahit singer 2259
  • 19 jenis jahitan.
  • Mempunyai fungsi 4 langkah menjahit lubang butang.
  • Heavy duty metal frame.
  • Adjustable Stitch Length/Boleh mengubah panjang jahitan.
  • Adjustable Width Length/Boleh mengubah lebar jahitan.
  • Free Arm Sewing.
  • Built in Lamp.
  • Sistem Bobbin Spool bawah.

Untuk keterangan lanjut mengenai mesin jahit Singer 2259, sila ke sini.

4. OKURMA K819

mesin jahit okurma k819
  • Sangat mudah digunakan, sesuai untuk beginner ataupun yang sudah mahir.
  • 19 Jenis Jahitan.
  • Mempunyai fungsi 4 langkah menjahit lubang butang.
  • Ada Ukuran Panjang Jahitan hingga 4.0 mm.
  • Free Arm Sewing.
  • Pemotong benang(automatik).
  • Built in Lamp.
  • Sistem Bobbin Spool bawah.

Untuk keterangan lanjut mengenai mesin jahit OKURMA K819, sila ke sini.

5. BROTHER JA1450NT

mesin jahit brother ja1450nt
  • Ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.
  • 14 jenis jahitan.
  • Mempunyai fungsi 4 langkah menjahit lubang butang.
  • Heavy duty metal frame.
  • Adjustable Stitch Length/Boleh mengubah panjang jahitan.
  • Adjustable Width Length/Boleh mengubah lebar jahitan.
  • Free Arm Sewing.
  • Sistem Bobbin Spool atas (Top load bobbin).

Untuk keterangan lanjut mengenai mesin jahit BROTHER JA1450NT, sila ke sini.

6. JUKI HZL-180SZ

mesin jahit juki hzl-180sz
  • Jenama mesin jahit yang popular di Jepun.
  • 7 Jenis Jahitan.
  • Mempunyai fungsi 4 langkah menjahit lubang butang.
  • Ada meja extension.
  • Free Arm Sewing.
  • Pemotong benang(automatik).
  • Built in Lamp (LED).
  • Sistem Bobbin Spool bawah.
  • Kepantasan sulaman: 750 setiap minit.

Untuk keterangan lanjut mengenai mesin jahit JUKI HZL-180SZ, sila ke sini.

7. BROTHER LX27NT

mesin jahit brother lx27nt
  • Mesin jahit Brother yang paling laris dijual.
  • 27 jenis jahitan.
  • Mempunyai fungsi 1 langkah menjahit lubang butang.
  • Heavy duty metal frame.
  • Free Arm Sewing.
  • Built in Lamp (LED).
  • Kepantasan sulaman: 500-1000 setiap minit.

Untuk keterangan lanjut mengenai mesin jahit BROTHER LX27NT, sila ke sini.

8. SINGER 5523

mesin jahit singer 5523
  • Mesin Jahit Heavy Duty.
  • 23 Jenis Jahitan.
  • Mempunyai fungsi 1 langkah menjahit lubang butang.
  • Boleh menjahit kain yang tebal.
  • Free Arm Sewing.
  • Pemotong benang(automatik).
  • Built in Lamp.
  • Sistem Bobbin Spool atas (Top load bobbin).
  • Kepantasan sulaman: 1100 setiap minit.

Untuk keterangan lanjut mengenai mesin jahit SINGER 5523, sila ke sini.

9. BROTHER JV-1400

mesin jahit jv-1400
  • Sesuai untuk industri jahitan skala kecil.
  • 14 Jenis Jahitan.
  • Sistem Bobbin Spool atas (Top load bobbin).
  • Adjustable Stitch Length/Boleh mengubah panjang jahitan.
  • Adjustable Width Length/Boleh mengubah lebar jahitan.
  • Free Arm Sewing.
  • Mempunyai fungsi 4 langkah menjahit lubang butang.

Untuk keterangan lanjut mengenai mesin jahit BROTHER JV-1400, sila ke sini.

10. SINGER 3342 (FASHION MATE)

mesin jahit singer 3342 fashion mate
  • Heavy Duty Metal Frame.
  • 32 Jenis Jahitan.
  • Mempunyai fungsi 1 langkah menjahit lubang butang.
  • Free Arm Sewing.
  • Pemotong benang.
  • Built in Lamp.
  • Sistem Bobbin Spool atas (Top load bobbin).
  • Kepantasan sulaman: 1100 setiap minit.

Untuk keterangan lanjut mengenai mesin jahit SINGER 3342 (FASHION MATE), sila ke sini.

11. BROTHER JK17B

mesin jahit brother jk17b
  • Sesuai untuk industri jahitan skala kecil.
  • 17 Jenis Jahitan.
  • Sistem Bobbin Spool atas (Top load bobbin).
  • Pemotong benang(automatik).
  • Mempunyai fungsi 4 langkah menjahit lubang butang.
  • Boleh menjahit 4-6 lapisan kain denim.
  • Ada pemasang benang.

Untuk keterangan lanjut mengenai mesin jahit BROTHER JK17B, sila ke sini.

12. COCCA 900

mesin jahit cocca 900
  • Sesuai untuk beginner .
  • 10 Jenis Jahitan.
  • Mempunyai fungsi 4 langkah menjahit lubang butang.
  • Pemotong benang.
  • Built in Lamp.
  • Sistem Bobbin/Spool bawah.
  • Kepantasan sulaman: 650 setiap minit.
  • Heavy Duty Metal Frame.

Untuk keterangan lanjut mengenai mesin jahit COCCA 900, sila ke sini.

13. BROTHER JA007

mesin jahit brother ja007
  • 17 Jenis Jahitan.
  • Top load bobbin.
  • Free Arm Sewing.
  • Built in Lamp (LED).
  • Mempunyai fungsi 4 langkah menjahit lubang butang.
  • Ada fungsi ‘twin needle’ (jarum tidak disertakan) untuk menjahit t-shirt.

Untuk keterangan lanjut mengenai mesin jahit BROTHER JA007, sila ke sini.

14. SINGER HUSQVARNA VIKING

mesin jahit singer husqvarna viking
  • 32 Jenis Jahitan.
  • Mempunyai fungsi 1 langkah menjahit lubang butang.
  • Free Arm Sewing.
  • Pemotong benang.
  • Built in Lamp.
  • Front Loading Bobbin.
  • Drop Feed mechanism (Free-hand Embroidery & Quilting) untuk buat sulaman.

Untuk keterangan lanjut mengenai mesin jahit SINGER HUSQVARNA VIKING, sila ke sini.

15. DRAGONFLY DF2268

mesin jahit dragonfly
  • 66 Jenis Jahitan.
  • Kepantasan sulaman: 800 setiap minit.
  • Free Arm Sewing.
  • Built in Lamp (LED).
  • Mempunyai fungsi 4 langkah menjahit lubang butang.
  • Ada fungsi ‘twin needle’ (jarum disertakan).

Untuk keterangan lanjut mengenai mesin jahit DRAGONFLY DF2268, sila ke sini.

Peringatan Sebelum Membeli Mesin Jahit

Sebelum membeli mesin jahit, anda perlu membuat beberapa persediaan. Cuba jawab ketiga-tiga soalan ini sebelum anda membeli mesin jahit:

1. Apa yang anda nak jahit ketika ada mesin jahit nanti? 

Kebanyakan orang yang baru belajar menjahit, mempunyai keinginan menjahit bermacam-macam jenis benda. Tapi percayalah, bila ada mesin jahit nanti, tidak semua projek jahitan anda mampu buat. Contohnya, orang yang hanya fokus menjahit baju, tidak semestinya mampu menjahit langsir.

2. Berapa kerap anda nak pakai mesin jahit tersebut? 

Kalau hanya nak menjahit sejam dua setiap hari dan hanya menggunakannya sesekali sahaja, anda tidak perlu membeli mesin jahit yang terlalu mahal. Tapi, kalau anda perlu menjahit terus menerus selama berjam-jam setiap hari, kalau boleh dapatkan mesin jahit yang ‘Heavy Duty’.

3. Berapa banyak jenis jahitan yang anda gunakan? 

Betul ke lagi banyak jenis jahitan di mesin jahit kita, lagi bagus? TIDAK SEMESTINYA. Paling asas, jahitan lurus dan jahitan zig zag perlu ada di mesin jahit anda. Kalau banyak nak menjahit butang, mungkin anda perlu fungsi jahitan butang automatik. Yang penting, anda kena kenal pasti nak menjahit apa dahulu samaada pakaian, langsir, sarung bantal dan lain-lain. Kalau sudah merancang nak membuat hiasan sulaman, barulah sesuai mendapatkan mesin jahit yang mempunyai pelbagai jenis/fungsi jahitan.

Sekarang dah dapat idea mesin jahit yang sesuai, kan. Semoga post ini bermanfaat.