3 Cara Meningkatkan Sales Penjualan Bisnes Online

3 Cara Meningkatkan Sales Penjualan Bisnes Online

Topik hari ini ialah 3 Cara Meningkatkan Sales Penjualan Bisnes Online. Saya tahu, ramai yang sedang pening kepala fikir macammana nak meningkatkan sales sekarang ni, kan?

“Beberapa tahun yang lepas aku pernah rasa sales tak naik-naik. Sales turun mendadak lagi, ada la”, keluh seorang kawan.

Kawan saya kata dia selalu juga dengar orang(sifu kot) kata, cara nak menaikkan sales adalah dengan menaikkan trafik dan menaikkan bilangan prospek kita dulu.

Dengar macam senang tapi bila dipraktikkan, lain pula ceritanya…. RUGI BESAR jadinya.

Kenapa?

Untuk menaikkan trafik, kita kena menaikkan harga iklan sebab nak tarik lebih ramai audience. Jadi, kena menaikkan lagi harga kos.

Kawan saya kata, dengan modal RM300 biasanya dia boleh tarik trafik 2,000 pengunjung sehari.

Tapi selepas dia menaikkan modal iklan ke RM600 sehari, dia nampak macam sama pula sebab kos tu dah jadi lebih mahal untuk setiap pengunjung.

Mungkin nasihat atau teknik yang kawan saya dapat tu kurang tepat. Jadi, apa yang dia kena buat sekarang? Cari sifu yang lain? Bukan. Saya harap anda yang baca ni pun jangan anggap semua teknik yang sifu-sifu kelas bisnes bagi tu akan bagi hasil yang lumayan. Ramai sebenarnya yang rugi tapi dia tak akan ketengahkan mereka yang rugi ni. Jadi, kalau nak ambil kelas belajar bisnes, paling bagus selidik dulu bisnes-bisnes yang mereka dah jalankan dan buktikan.

Berbalik kepada kisah tadi…

Akhirnya, ada seorang kawan(yang pernah mempraktikkan apa yang nak dikongsikan ini) menasihatkan dia untuk belajar untuk mempercepatkan sales. Jadi, apakah caranya?

3 Cara Meningkatkan Sales

Sebelum saya jelaskan dengan lebih mendalam, ada 2 perkara penting yang kita kena lakukan dulu sebelum kita ingin sales penjualan bisnes online kita meningkat.

  1. Menyelesaikan urusan dari atas ke bawah..

Ini adalah urusan kita dengan Allah. Mungkin kita ada banyak dosa-dosa besar yang belum diampunkan Allah.

Bagaimana kita nak minta ampun?

Perbanyakkanlah istighfar. Nabi Muhammad SAW pun mengajarkan kita untuk beristighfar(mohon keampunan Allah), paling minimum sebanyak 100x setiap hari.

  1. Menyelesaikan urusan di sebelah kiri dan kanan.

Ini adalah urusan kita dengan keluarga samaada keluarga kecil ataupun keluarga besar. Mungkin kita ada salah dengan isteri, anak, mak, ayah, pakcik, makcik, sepupu dan lain-lain.

Mari kita muhasabah dan memperbaiki diri kita… adakah ada dosa atau kesalahan sesama manusia, terutamanya kepada mak, ayah, isteri atau suami kita?

“Redha Allah terletak pada Redha Orang Tua” dan “Murka Allah ada pada Murka Orang Tua”.

Mulai hari ini, kalau kita jauh dari orang tua, telefonlah mereka sekerap yang mungkin. Kita tak tahu mungkin mereka rindu dengan kita. Mereka tidak menginginkan wang kita tapi cukup sekadar mendengar suara dan khabar dari kita.

Setelah selesai semua urusan ini, barulah kita boleh fikirkan cara macammana nak menaikkan sales. Jadi, apa caranya?

Ini ada 3 cara yang diajarkan oleh kawan kepada kawan saya tadi bagaimana meningkatkan sales dengan cepat…

  1. Membina Team Penjualan.

Team penjualan boleh jadi team reseller, team affiliate, bekerjasama dengan orang yang pakar di bidangnya atau bekerjasama dengan bisnes yang lain.

Tapi, macammana caranya bekerjasama dengan orang yang pakar atau bekerjasama dengan bisnes yang lain?

Keywordnya adalah “I Will Help You and I Do Not Hope You Will Help Me Or Not”.

Jadi, kita kena tolong orang lain dahulu dengan menawarkan bantuan kepada bisnes mereka atau tolong apa yang kita boleh bantu dengan orang yang pakar di bidangnya.

Tetapkan niat “I Will Help You” dan jangan pernah berharap kepada Manusia sebab semakin kita berharap, kita akan semakin kecewa.

Jadi, fokus saja dengan “I Will Help You”.

  1. Fokus Memperbaiki Produk.

Selalu juga nampak peniaga menyalahkan sales diaorang turun dengan alasan tidak ramai orang yang membeli dan salah marketing.

Sebenarnya ada bermacam-macam sebab kenapa sales turun. Mungkin kita jual produk yang tidak ada kualiti atau cuma bergantung kepada trend sahaja.

Atau mungkin kita jual produk yang harganya mahal…bahagian luar nampak bagus tapi isinya tidak ada kualiti.

Saya pernah baca sebuah kisah tentang seseorang yang pernah bekerja di syarikat yang besar. Dia kata, setiap produk di syarikatnya boleh mengeluarkan produk selepas produk tersebut sudah dicuba selama 2 tahun sebab kena tengok tindakbalas market.

Jadi, kita jangan yakin sangat produk kita akan laris terjual kalau kita menjual produk yang baru berada di pasaran, Belum tentu market akan terima produk tersebut. Boleh jadi produk itu hanya dilihat sebagai pengenalan untuk market sahaja.

Sebenarnya, marketing terbaik kita adalah ketika pembeli berasa puas hati dengan produk/skill kita dan mereka sukarela mengesyorkan produk kita ke orang lain.

  1. Menemukan Produk di Blue Ocean Shift.

Kalau memang produk kita sudah bagus tapi sales masih menurun, mungkin sebab market kurang menerima produk yang kita jual. Jangan paksakan untuk menaikkan salesnya.

Biarkan sahaja dijual secara organik sebab sales akan naik juga apabila tiba waktunya nanti.

Atau ada cara lain?

Kita kena jumpa satu produk yang ada kaitan dengan produk tersebut yang betul-betul sangat berpotensi dan berada di blue ocean.

Jangan pula pilih produk yang sudah berdarah-darah persaingannya(perang harga) atau selalu disebut sebagai red ocean.

Jadi, untuk meningkatkan sales penjualan, tidak seharusnya dari produk yang kita biasa jual. Contohnya, kalau jual syampu, cuba jual berus rambut. Entah-entah, berus rambut tu lagi banyak salesnya dari syampu yang kita anggap sebagai produk utama.

Macammana nak jumpa produk di Blue Ocean Shift?

Yang Pertama…

Uncle Roger

Di dunia internet, peniaga online TIDAK boleh menjadi peniaga sahaja. Dalam masa yang sama perlu menjadi seorang content creator juga.

Buatlah sebuah content yang kita suka dimana content itu nanti boleh memudahkan penjualan kita atau memberikan idea untuk membuat sebuah produk.

Sebagai content creator, kita akan tahu masalah yang audience kita hadapi sehingga kita boleh menciptakan sebuah penyelesaian atas masalah tersebut.

Contohnya, channel youtube Che Nom dan Uncle Roger. Pada awalnya, kita tahu mereka bukan seorang peniaga. Tapi mereka menjalankan prinsip Blue Ocean Shift dan tidak pernah dipaksa menjadi seorang peniaga. Yang pasti, kedua-duanya adalah seorang content creator.

Sebagai content creator yang popular, pendapatan mereka mungkin lebih RM10,000.

Kita tengok sekarang Uncle Roger dah mula menjual t-shirt, cenderahati dan sebagainya. Padahal content Uncle Roger bukan tentang t-shirt dan cenderahati.

Dia membuat content yang dia tahu dan suka, iaitu egg fried rice. Boleh faham, kan?

Yang Kedua…

Cara mendapatkan produk Blue Ocean Shift ialah dengan membina data. Dengan adanya data, memudahkan kita mengetahui keperluan market.

Dari situ, kita pun boleh menciptakan produk untuk market kita sendiri dari data tersebut.


Itulah 3 Cara Meningkatkan Sales Penjualan yang dikongsikan oleh kawan saya tadi. Semoga tips tersebut memberi banyak manfaat dan menghasilkan. Tolong share ke kawan-kawan ye…semoga mereka pun mendapat ilmu ini.

Sumber: Telegram Jago Jualan