Hai semua,

Macammana tahun baru ni? Dah bersedia dengan azam baru?

Setelah sekian lama tidak membuat content, pada tahun ini saya teringin nak buat content yang fokus kepada mereka yang ingin belajar menjahit dari awal(beginner).

Saya akan beri keutamaan kepada mereka yang beginner. Mungkin yang baru tahu menggunakan mesin jahit dan teringin nak belajar kemahiran asas menjahit.

Baru-baru ini, saya mendengar podcast dari Seamwork Radio dan barulah saya tahu beginner ni ada tiga tahap yang mereka perlu tempuh.

Tiga tahap itu adalah:

Tahap 1: Absolute Beginner

Ini adalah tahap beginner yang baru nak pegang mesin jahit dan belum mencuba skill jahitan yang asas. Pendek kata, ini adalah mereka yang tidak tahu langsung tentang jahitan dan perlu belajar dari zero.

Tahap 2: True Beginner

Ini adalah tahap beginner yang sudah membuat beberapa projek jahitan yang simple. Mereka yang berada di tahap ini dah pandai guna mesin jahit, tidak kekok menjahit jahitan lurus di mesin jahit dan sudah tahu beberapa skill jahitan yang paling asas.

Kalau menjahit baju pun, dia akan menjahit baju yang longgar yang tidak mengikut bentuk badan.

Pendek kata, video ‘Cara Menjahit Jahitan Lurus’ ni dia pandang sebelah mata je.

Tahap 3: Advanced Beginner

Mereka yang berada di tahap 3 ini sudah boleh menjahit pakaian dan berlatih skill yang susah seperti menjahit bahagian melengkung, bahagian lengan baju, menggunakan interfacing dan lain-lain.

Kalau anda berada di tahap 3 ini, anda sedang dalam proses menjadi intermediate sewist.

Jadi sebelum belajar menjahit, pastikan anda tahu anda berada di tahap yang mana. Selepas itu, barulah boleh fokus di tahap tersebut.

Semoga ini memberi anda inspirasi untuk menjahit.

šŸ§µ Mesin Jahit Terbaik 2022

3 tahap beginner menjahit

Kalau anda teringin nak membeli mesin jahit tetapi tidak tahu nak beli yang mana, saya cadangkan anda membeli mesin jahit Singer ini.

Ini antara mesin jahit yang mempunyai kualiti dan jenama yang tidak asing lagi di kalangan mereka yang menjahit. Selain itu, mesin jahit ini juga diiktiraf antara mesin jahit terbaik untuk beginner pada tahun 2022.

Kalau nak harga yang lebih berpatutan lagi, cuba pergi ke post saya sebelum ini iaitu 15 Mesin Jahit Yang Sesuai Untuk Beginner.

šŸ§” Link Yang Best

šŸŽ„ Youtube – 1913 SINGER Sewing Machine Restoration. Video tentang mengubah mesin jahit lama(tahun 1913) yang teruk berkarat menjadi baru dan berfungsi dengan baik. Saya pernah dengar mesin jahit Singer yang dicipta sebelum perang dunia kedua boleh bertahan selama-lamanya kalau dijaga dengan baik.

Podcast – Beginner’s Guide to Youtube in 2023. Kalau anda ingin fokus membuat content di Youtube, cuba dengarkan podcast ini. Ada tips dan cara macammana nak membangunkan akaun youtube dari pengalaman youtuber yang berpengalaman.

šŸ“ AI Writing Software – Chat GPT. Barulah saya faham kenapa Chat GPT ini menjadi sebutan ramai sejak kebelakangan ni. Tanyalah apa-apa, jawapan dia sangat membantu dan membina.

šŸ§¶ Kata-Kata Menarik

ā€œYour bobbin thread will always run out one inch from the end of your final seam. Always.ā€

Greenpiece

Bila diingatkan balik, memang betul juga quote di atas ni sebab saya pernah mengalaminya berkali-kali. Jadi, selepas ini kenalah siapkan 2 bobbins dari benang yang sama sebelum mula menjahit nanti.