Dua minggu yang lepas, saya ada menerangkan bagaimana nak membina personal branding. Dengan cara membina dari mula mengetahui cara mendapat target audience sehinggalah meletakkan diri anda sebagai personal brand atau penjenamaan anda sendiri di media sosial.

Tetapi tidak semua orang selesa untuk meletakkan gambar mereka sendiri sebagai brand. Sesetengah daripada mereka lebih selesa kalau meletakkan logo brand sebagai gambar profile. Jadi, harini saya nak kongsikan jenis-jenis logo yang anda boleh buat samaada untuk personal branding, product branding dan juga company branding. Logo ini boleh diletakkan di media sosial, website, blog ataupun kad bisnes anda.

 

Apakah itu Logo?

Logo merupakan suatu gambar yang mempunyai maksud yang tertentu yang mewakili sesuatu perniagaan, organisasi, produk dan perkara yang seumpamanya. Logo juga memerlukan gambaran yang ringkas dan mudah diingat sebagai pengganti dari nama sebenar sesuatu brand.

Terdapat 4 jenis logo yang anda perlu ketahui sebelum anda menentukan jenis logo yang untuk brand anda.

 

1. Wordmark

Bagi orang yang dah biasa membuat logo, wordmark adalah logo yang paling senang nak dibuat sebab logo seperti ini memerlukan huruf tulisan daripada nama penuh brand tersebut.

Contoh-contoh logo yang menggunakan wordmark ialah:

  • Fedex
  • Adabi
  • Ebay

Dan yang paling popular adalah… Coca cola.

Sebagai contoh brand Adabi, dengan hanya melihat logonya dan mendengar lagu jinglenya sahaja boleh membuatkan orang ramai mudah mengingati brand ini dan tanpa disedari brand ini akan melekat kuat di fikiran pengguna.

Selain itu, kita ambil Coca-Cola sebagai contoh. Walaupun kita berada di negara yang berbeza daripada negara asal coca-cola dikeluarkan tetapi dengan melihat botolnya sahaja kita dah kenal itulah coca-cola. Dari situ, kita boleh nampak konsistensi sesuatu brand yang menonjolkan brand tersebut dalam pelbagai cara amat penting untuk dikenali ramai.

2. Pictorial Logo

Logo jenis simbol atau icon ini menggunakan imej visual dan sejenis logo tanpa nama, berbentuk ringkas yang menggunakan 1 atau 2 warna sahaja.  Logo jenis ini kerap digunakan oleh jenama-jenama besar di seluruh dunia. Biasanya, kanak-kanak yang belum pandai membaca pun boleh kenal nama brand dengan melihat logo seperti ini. 

Contoh-contoh logo jenis pictoral ini ialah:

  • Shopee
  • Apple
  • Instagram
  • Twitter

Cabaran untuk membuat logo seperti ini ialah:

  • memikirkan bentuk imej yang sesuai dengan brand kita.
  • memberikan maksud disebalik logo imej tersebut.

Sebab itulah, kita boleh nampak kebanyakan yang menggunakan logo seperti ini akan menukar logo mereka selepas beberapa tahun menggunakan imej logo yang pertama.

Sebagai contoh, Instagram telah menukarkan logo mereka daripada berbentuk 3d kepada bentuk 2d. Bentuk imej yang terbaru ini nampak lebih ringkas daripada logo sebelumnya dan ditukar pada 11 Mei 2016 yang lalu. Walaupun ada kekecohan sedikit, lama-kelamaan orang ramai dapat menerima penukaran logo tersebut. Awal-awal tu je yang kecoh tapi selepas 3 bulan majoriti orang dah lupa kejadian tersebut.

 

3. Abstract Logo

Atau logo abstrak adalah gabungan logo wordmark dan pictorial dan ia boleh digunakan salah satu atau kedua-dua dari jenis logo tersebut mengikut situasi dan kegunaannya.
Logo jenis ini adalah yang terbaik dan sering dipilih oleh pelanggan kerana ia mempunyai visual yang jelas dan mudah difahami serta terdapat lebih 56% logo di dunia menggunakan logo jenis ini.

Contoh logo yang paling popular ialah nike dan pepsi.

Sejarah Logo Nike

  • Pada 1971, Carolyn Davidson yang merupakan seorang pelajar jurusan pereka grafik di Portland State University telah bertemu dengan Phil Knight, seorang penolong professor universiti yang sama dan juga pemilik Nike.
  • Phil tahu Carolyn sedang mencari pekerjaan sampingan untuk membayar yuran kelas lukisannya, jadi dia pun menawarkan pekerjaan kepada Carolyn membuat satu tugasan projek dengan upah $2 per jam.
  • Phil memberi idea kepada Carolyn untuk mencipta satu logo atau simbol yang boleh diletakkan di bahagian tepi kasut sebagai kerja sambilannya. Carolyn mendapat idea membuat nike swoosh, satu simbol yang menunjukkan satu pergerakan yang pantas dan simbol tersebut juga adalah gambaran dari nama brand ‘nike’ yang dinamakan dari ‘Greek Goddess of Victory’.
  • Selepas menyiapkan logo tersebut, Carolyn memberikannya kepada Phil dan mendapat upah sebanyak $35.
  • Akhirnya, logo tersebut dilancarkan walaupun phil tidak menyukai bentuk logo tersebut.
  • Sejak logo tersebut dilancarkan, ia telah menjadi satu daripada logo yang paling terkenal di dunia sehinggalah sekarang.
  • Nike juga telah meraikan Carolyn dengan membuat parti penghargaan untuknya dengan memberikan wang penghargaan yang jumlahnya dirahsiakan(dengar cerita menerima lebih kurang $1,000,000) dan sebentuk cincin emas yang bertatahkan berlian berbentuk logo Nike iaitu swoosh.

Dari sini kita boleh nampak bukannya senang nak buat logo, kan? Kita tidak boleh jangka dari logolah sesuatu bisnes itu boleh melonjak naik dengan jayanya. Bak kata Nike “just do it”, betul tak?

 

4. Logo System

Dalam era digital pada masa kini, kebanyakan logo yang berciri statik mungkin akan jauh ketinggalan dengan munculnya satu jenis sistem baru yang dikenali sebagai logo system.

Ia juga dianggap sebagai “salah satu perkembangan dunia yang paling menarik”, sistem logo adalah rangka kerja grafik yang bentuk logonya akan berubah mengikut situasi yang berbeza.

Ia juga dianggap sebagai “salah satu perkembangan dunia yang paling menarik”…

Logo seperti ini boleh dibuat mengikut ketiga-tiga jenis logo yang saya sebutkan tadi dan ia boleh bertukar setiap hari supaya brand dapat berhubung dengan pelanggan mengikut isu semasa yang berlaku buat masa itu.

Antara contoh yang menggunakan logo seperti ini ialah MTV dan Google.

Ramai yang menjangkakan sistem logo ini akan menjadi pilihan kebanyakan brand, memandangkan sekarang apa sahaja yang kita mahukan kita akan cari di internet dan kemungkinan logo statik yang lain akan jauh ketinggalan di era internet yang serba pantas ini.

Jadi, kita pun perlu berubah dengan pantas juga tetapi harus diingat, tidak semua brand sesuai menggunakan logo sistem ini.

Terdapat 8 kriteria penting yang anda perlu ada:

  1. Brand anda mengeluarkan pelbagai jenis produk yang memerlukan packaging atau sistem penjenamaan yang boleh berubah setiap masa.
  2. Bersedia untuk bereksperimen dan melanggar beberapa syarat yang biasa diikuti tetapi masih memegang misi dan visi utama perniagaan atau produk brand.
  3. Brand anda mempunyai bajet yang mencukupi untuk membuat sistem logo ini memandangkan logo anda akan sentiasa berubah.
  4. Logo yang anda gunakan sebelum ini adalah logo yang sudah dikenali dan mempunyai ramai pengguna.
  5. Logo anda adalah sesuai untuk diubah mengikut situasi semasa dengan memberi keutamaan kepada target audience anda.
  6. Perubahan logo anda nanti tidak akan mengubah visi dan misi brand secara drastik.
  7. Apabila anda sudah bermula untuk menggunakan sistem logo ini, konsepnya harus berterusan untuk perniagaan anda.
  8. Pastikan pengguna anda sangat aktif menggunakan media sosial dan saluran digital yang lain.

Tidak mustahil kalau saya jangkakan yang sistem logo ini akan kekal lama di internet apabila kebanyakan brand bergantung kepada teknologi moden yg boleh menaikkan nama sesuatu brand itu.
Tetapi ini tidak bermakna logo yang statik dilupakan atau tidak digunakan lagi sebab untuk membuat sistem logo ini memerlukan kos yang sangat tinggi dan tidak semua brand mampu melakukannya.

Oleh itu, gunakanlah masa yang sebaiknya untuk mengkaji logo jenis yang mana yang sesuai dengan brand anda sebelum melaburkan wang untuk membuat sistem logo ini.

Itu sahaja yang saya nak terangkan tentang logo dan semoga ianya memberi manfaat. InsyaAllah kita akan berjumpa lagi dalam video yang berkaitan dengan internet marketing pada masa yang akan datang.

Sharing is caring!

0 0 vote
Article Rating