Mencari cara paling mudah untuk membina website?

Ada halangan nak membina website sebab tak mahir menggunakan komputer?

Sebelum kita pergi lebih lanjut mengenai cara membina website, kita perlu tahu perkara asas mengenai website dahulu.


Apakah itu website dan domain?

Dalam bahasa yang paling mudah untuk difahami, website(laman web) adalah sebuah rumah yang di bina di alam maya(internet).

Domain pula adalah alamat ‘rumah’ untuk ke website.

Website yang anda berada sekarang ini adalah ‘rumah’ saya di alam maya yang beralamat di https://fadzbiz.com.

Kesimpulannya, kesemua page yang boleh dilihat di internet adalah website.


Jenis-jenis website

Ada terdapat pelbagai jenis website di internet dan antaranya adalah:

Website E-dagang(e-commerce)

Gelagat pelanggan ketika melayari website e-dagang

Website e-dagang adalah satu website yang dibina untuk memudahkan orang ramai membeli secara online dan memerlukan transaksi wang serta data dari pelanggan(contohnya, alamat rumah).

Website ini juga memudahkan penjual menjual produk tanpa perlu berada di ‘kedai’ sepanjang masa sebab segala pembelian akan dilakukan secara automatik dan penjual hanya perlu menghantar barang yang dibeli.

Contoh website e-commerce yang popular: shopify, woocommerce, magento, opencart dan sebagainya.


Blog

Blog adalah website yang perlu diupdate setiap masa dengan berita atau post yang terbaru. Contoh yang paling mudah ialah website yang anda tengah baca sekarang ini adalah salah satu website yang berbentuk blog.

Contoh website blog yang popular: wordpress, blogger, joomla dan sebagainya.


Website Yang Berinformasi

Website yang berinformasi adalah jenis website yang paling popular. Ia memerlukan design yang menarik dan isi(content) yang berkait rapat dengan jenis informasi yang ingin disampaikan.

Biasanya sesuatu brand akan menggunakan website jenis ini untuk memperkenalkan brand mereka dengan lebih terperinci serta mendekatkan mereka dengan penggemar atau pengikut .

Contoh website yang berinformasi yang paling popular: website badan kerajaan dan website konsultan.


cara membina website blog

Membina website pada zaman sekarang adalah sangat diperlukan dan tidaklah sesukar 10 tahun yang lalu. Dengan mengikut langkah demi langkah ini, saya yakin anda boleh membina website sendiri, InsyaAllah.

Step 1: Tentukan niche

Niche adalah pasaran(market) atau kumpulan yang memfokuskan sesuatu perkara dan mempunyai pengikutnya tersendiri. Biasanya, niche fokus kepada sasaran pelanggan yang berminat pada sesuatu topik tertentu.

Paling mudah pilihlah topik niche yang menimbulkan rasa seronok dan semangat untuk dikongsikan kepada orang lain.

Contohnya, kalau kita suka kucing dan rasa gembira sangat bila dapat berkongsi cerita tentang kucing, niche kita adalah apa sahaja yang berkait dengan kucing! Tapi, pastikan niche ini adalah sesuatu yang kita mahir, mempunyai pengetahuan tentangnya atau mempunyai minat yang mendalam.

Contohnya, kita tulis blog tentang cara menyediakan makanan yang sihat untuk kucing. Kenapa untuk kucing? Sebab niche kita adalah kucing.

Harap faham ye… dengan maksud niche ini.

Niche juga boleh difokuskan kepada kumpulan yang lebih kecil. Contohnya, kita nak menjual ubat sakit sendi tetapi kita telah tetapkan niche adalah pesakit yang sakit lutut sahaja. Dari situ, kita akan kongsikan informasi yang berkaitan sakit lutut sahaja.


Step 2: Pilih Nama yang Tepat

Sediakan satu kertas dan tulis seberapa banyak nama yang dirasakan sesuai dengan website yang ingin dibina.

Inilah dinamakan sebagai ‘domain’.

Kalau niche adalah tentang kucing, setiap nama yang ditulis sebaik-baiknya ada perkataan ‘kucing’ ataupun ‘cat’. Kalau tak letak pun takpe asalkan nama brand senang diingat dan disebut.

Selepas itu, cek nama tersebut di Serverfreak dengan menulis di kotak ‘Find Your Domain‘.

Ini nak pastikan samaada nama domain yang ditulis sudah digunakan ataupun tidak.

ELAKKAN membuat ciri-ciri ini ketika meletakkan nama domain:

  • jarak(space) ketika menulis nama domain. Sambungkan sahaja dua perkataan menjadi satu.
  • meletakkan tanda ‘-‘
  • menambah nombor atau karakter lain
  • huruf besar.

Seboleh-bolehnya gunakan ‘.com’ dan jika tiada pilihan, anda juga boleh menggunakan ‘.my'(tapi yang ini lebih mahal daripada .com). Dua jenis ini sahaja yang paling popular digunakan di Malaysia.


Step 3: Beli Hosting

Hosting adalah servis yang diperlukan untuk membina website di internet.

Sebelum membina kedai, kita perlu simen, batu-bata dan macam-macam lagi untuk membina kedai, kan. Di internet, servis sebegini boleh dianggap sebagai hosting.

Apakah jenis hosting terbaik yang pernah digunakan?

Terdapat pelbagai jenis hosting yang boleh dipilih samaada secara terus dari Malaysia ataupun di luar negara.

Antara hosting yang terbaik yang saya pernah gunakan ialah Serverfreak dan sehingga sekarang, saya masih setia dengan Serverfreak.

Sebelum ini, saya pernah gunakan hosting servis yang lain tetapi berdepan dengan masalah sebab layanan mereka sangatlah teruk sampai stress dibuatnya.

Saya belum pernah guna hosting dari luar negara.

Menggunakan hosting’ didalam negara sangat digalakkan memandangkan waktu negara kita dan negara luar adalah berbeza.

Sehingga ke hari ini, saya belum pernah ada masalah dengan Serverfreak. Apa sahaja masalah, saya akan membuat aduan dan biasanya emel saya dibalas kurang 24jam.

Sebenarnya perkara ni amat penting sebelum membeli ‘hosting’, pastikan segala masalah kita boleh diselesaikan dengan pantas dan ‘customer service’nya mestilah tip top.


Step 4: Pilih WordPress(kalau nak la…)

Di Serverfreak, terdapat pakej ‘WordPress Hosting’ yang khas dibuat untuk membina website/blog dengan mudah.

Terus-terang, saya belum pernah menggunakan pakej tersebut.

Saya menggunakan pakej yang lain yang perlu ‘install’ WordPress secara manual di cpanel.

Disebabkan kali ini kita ingin membina blog untuk orang yang tak mahir menggunakan komputer, saya rasa inilah pakej terbaik yang boleh gunakan.

Selepas membeli pakej WordPress Hosting di Serverfreak, website/blog dah boleh dibina.


Step 5: Tentukan tema(theme) website

Tema(theme) website dapat menolong website kita kelihatan cantik dan menarik.

Sebagai contoh, biasanya peniaga akan mengubahsuai kedai mereka supaya dapat menarik perhatian orang yang lalu-lalang. Ubahsuai yang kita buat itulah boleh dianggap sebagai theme atau tema untuk website.

Di WordPress, terdapat pelbagai theme yang boleh dipilih dan yang paling popular sekali adalah theme percuma yang WordPress berikan.

Jika baru sahaja membina blog, saya cadangkan gunakan sahaja theme yang percuma. Kalau tiada idea, pilihlah theme yang latarbelakangnya berwarna putih sebab theme sebegini memudahkan pembaca membaca apa yang kita tulis di blog.

Kalau anda ada duit lebih, anda boleh naik taraf website dengan membeli theme yang lebih profesional.

WordPress theme yang menarik ini boleh dibeli di Themeforest. Setiap kali theme tersebut diupdate, anda boleh download berkali-kali secara percuma.

Pastikan baca review dan lihat rating pelanggan yang sudah membeli theme sebelum membelinya di Themeforest. Antara theme yang paling popular dan mempunyai rating yang tinggi adalah Avada, X ataupun  The 7.


Mula Menulis

Selepas itu, barulah boleh mula menulis apa sahaja yang anda inginkan mengikut niche yang telah ditetapkan.

Gambar adalah salah satu kemestian jika anda mahu blog anda nampak menarik.

Kalau tiada gambar sendiri, terdapat pelbagai jenis stock photos yang nampak sangat profesional yang boleh didownload secara percuma ataupun dibeli dengan harga yang amat berpatutan.

Saya lebih suka cari di google dan taip free stock photos.


Bukan susah pun nak membina website/blog, kan. Tapi yang paling susah adalah bila nak mendapatkan semangat untuk menulis artikel.

Sebab itulah pentingnya niche, ia memudahkan kita untuk menulis jika dibandingkan dengan blog yang ditulis sekadar suka-suka yang tidak mempunya arah tuju ‘niche’ yang tetap.

Sebab itulah niche adalah sangat penting sebelum kita mula membina blog.

Rasa artikel ini bermanfaat? Sila share di facebook supaya ilmu ini dapat dipanjangkan.

Sharing is caring!

0 0 vote
Article Rating