5 Prinsip Menjual Dari Hati

5 Prinsip Menjual Dari Hati

Di kesempatan kali ini, izinkan saya untuk berkongsi tentang pengalaman peribadi seseorang dalam bisnes online. 

Walaupun beliau kata tidak ada maksud untuk menjadi guru sebab beliau pun masih belajar tetapi saya rasa apa yang beliau kongsikan ini boleh dimanfaatkan oleh orang lain.

Ya, perkongsian beliau kali ini berkenaan dengan cara memasarkan produk yang kita jual dari Hati.

Jujur 

  • Testimoni tidak boleh dipalsukan.

Testimoni menunjukkan keberhasilan produk kita. 

Customer akan lebih tertarik dan percaya kalau sudah melihat sendiri keberkesanan produk yang kita jual melalui testimoni yang kita kongsikan.

Dengan testimoni juga boleh membuat orang membuat keputusan pembelian berdasarkan pengalaman yang dipengaruhi oleh orang lain.

Namun demikian, jangan sampai kita memalsukan testimoni hanya untuk menarik pelanggan. 

Selain berdosa, ini menjadi langkah awal kita untuk terjatuh lebih dalam sebab customer tidak akan percaya kepada kita lagi.

  • Jangan buat janji yang berlebihan

Menjelaskan secara detail produk yang kita jual sangatlah penting, agar customer mengetahui bagaimana produk tersebut boleh menyelesaikan masalah mereka.

Namun, jangan sampai berlebihan sehingga menipu tentang ciri-ciri produk semata-mata ingin customer membeli produk kita.

Tulus Bukan Modus

  • Ikhlas ketika membantu customer atau team

Cuba renungi kata-kata dibawah ini,

“Kita tidak perlukan wang untuk membantu orang lain, tapi kita hanya perlukan hati untuk membantu mereka.”

Yaa… ketika niat kita ikhlas ingin membantu orang lain maka datangkan keikhlasan tersebut ketika kita melayani mereka. 

Customer atau team kita datang dengan 1000 satu masalah dan ingin menceritakan masalahnya kepada kita, maka tugas kita adalah mendengar dan memahami semua masalah tersebut.

Kemudian, kita cadangkan satu solusi dengan memberikan pilihan dari produk yang kita sedang jual.

  • Dekat dengan customer,  tidak hanya untuk mendapatkan duit

Setiap customer memiliki sikap dan ragam masing-masing.

Ada yang ingin serba-serbi nak cepat, serba-serbi nak simple, atau malah sebaliknya.

Oleh itu, berikan layanan yang terbaik dan kita harus bersedia melayan customer dengan sabar dan ikhlas, seperti apapun sikapnya.

Pastikan customer kita rasa kita ambil peduli dan mengambil berat keinginan mereka. 

Ketika menerima keluhan, berikan empati dan solusi. 

Selalu follow up customer, apakah keluhannya sudah diselesaikan atau belum. 

Jangan terus mengucapkan kata tolong, maaf, dan terima kasih. 

Biasakan untuk bersilaturahim dengan customer supaya mereka tahu bahawa kita selalu peduli dengan mereka.

Memahami Konsep Rezeki

  • Rezeki tidak akan ditukar

Setiap dari kita membawa rezekinya masing-masing.

Rezeki kita tidak akan tertukar dengan orang lain. Kalau rasa rezeki kita kurang, boleh dikatakan ada dua kemungkinan :

  1. Kita yang tidak pandai bersyukur.
  2. Kita sedang banyak maksiat.

“Apa sebabnya tidak bersyukur?”

Ya, boleh jadi kita selalu berasa kurang, tidak pernah berasa cukup.

Padahal kita harus mensyukuri apa yang ada. Bahkan, boleh jadi kita terlalu BOROS sehingga merasa hartanya cepat berkurang.

“Jadi, apa hubungannya dengan maksiat?”

Ya jelas, orang banyak maksiat itu boleh menghalangi rezeki. 

Maka, dalam Al-Qur’an di surah Nuh, dijelaskan bahawa jika kita ingin mendapati rezeki dari langit dan bumi, perbanyakkan istighfar.

Dua perkara diatas boleh dijadikan bahan renungan kalau kita rasa kekurangan rezeki.

Jadi, jangan anggap Anda tidak diberi rezeki kerana rezeki tidak akan tertukar.

  • -Setiap penjual mempunyai jodohnya masing-masing(customer)

Setiap orang pasti ada jodohnya.

Begitupun dengan produk yang kita jual, pasti ada marketnya.

Selepas kita sudah tahu manfaat produk yang kita jual, nak tentukan target market bukanlah perkara yang sukar.

Kita hanya perlu menemukan orang yang akan kita bantu dengan manfaat produk yang kita jual.

Memahami Niat Berjualan

  • jualan adalah menolong orang yang dibayar

Jualan merupakan aktiviti membantu orang lain yang dibayar dengan duit.

Duit yang mengalir sebagai ganjaran tadi nilainya dianggap setaraf dengan solusi yang dihadirkan melalui produk atau perkhidmatan yang kita berikan.

  • jualan adalah memberikan solusi bagi yang memerlukan

Ketika kita berniaga, kita sedang cuba menolong orang lain. 

Kita berusaha untuk memberi solusi atas permasalahan yang mereka hadapi, dimana solusi tersebut dikemas dalam bentuk produk, entah berupa barang mahupun perkhidmatan.

Yang penting, jualan itu menolong orang. Bayangkan, betapa banyak orang yang dibantu kerana hadirnya produk yang kita jual.

Melayani Customer Sepenuh Hati

  • Melayani customer adalah amal soleh

 “Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberikan manfaatnya kepada orang lain.”

(HR Bukhari)

Ketika kita melayani chat calon pembeli yang cerewet dengan ikhlas dan sabar, kita tetap mendapat pahala buat baik dan berakhlak walaupun tidak berjaya closing.

Urusan closing itu hak Allah dalam menggerakkan hati calon pembeli.

Tugas kita hanya menyampaikan khabar atau info terbaik untuk mereka.

  • Setiap kebaikan kepada orang lain akan mengundang kebaikan lain untuk kita

Tugas kita hanya membuat kebaikan.

Biar Allah yang mengurus balasannya. Allah lebih tahu dan lebih bijak dalam memberi balasan atas kebaikan kita.

Tugas  kita adalah membuat kebaikan sebanyak-banyaknya dengan niat yang betul-betul tulus, lurus kerana Allah.

Apapun situasi yang sedang menimpa kita yakinlah ketika kita menolong orang lain Allah akan menolong kita.


Alhamdulillah sekian perkongsian hari ini.

Semoga post ini bermanfaat buat kawan–kawan yang sedang cuba berniaga online.

Mohon maaf jika ada kata-kata saya yang salah.

Sumber: Telegram Jago Jualan