5 Tips Personal Branding Untuk Introvert

5 Tips Personal Branding Untuk Introvert

Kebanyakan orang popular yang saya follow di internat adalah introvert seperti Bill Gates, Elon Musk, kang Dewa dan Fardi Yandi.

Anda juga seorang introvert?

Kalau tak pasti, pernah tak cakap macamni….

“Aku tak naklah buat personal branding… tak layak dan malu!”…

“Taknaklah… habis semua kehidupan peribadi kena tunjuk kat orang”….

Dan ramai juga introvert bertanya macamni,

“Memang kena tunjuk muka kat media sosial ke? Takutlah”….

Saya pun seorang introvert.

Antara contoh yang selalu buat saya tak selesa adalah:

  • Public speaking
  • Bercakap tentang diri saya dan apa yang telah saya capai kepada orang lain.
  • Bercakap tentang kenapa bisnes saya berjaya.
  • Buat live video.
  • Orang mengambil gambar saya.
  • Berkawan dengan orang yang saya tidak pernah jumpa.
  • Dipaksa bercakap (saya lebih selesa menulis daripada bercakap).

Jadi, menonjolkan diri di dunia online bukan sahaja buat saya penat tapi kadang-kala buat saya rasa tidak selesa.

Selain itu, pernah beberapa kali saya cuba menjadi ‘orang lain’ ketika mula membuat content di media sosial.

Kali ni saya nak kongsikan apa yang saya pelajari:

1. Jangan Tiru Orang Lain Terutamanya Extroverts.

Sebelum saya mengambil keputusan menulis blog, saya pernah cuba untuk membuat video youtube.

Saya suka tengok youtuber yang bercakap dengan lancar dan pernah sekali saya nak buat benda yang sama sampai sanggup beli teleprompter.

Nak tahu apa yang terjadi selepas saya habis merakam video?

Selepas habis merakam video, saya rasa sangat penat dan stress. Bukan sebab proses buat video tu makan masa yang lama, tapi saya tak puas hati dengan hasil video yang saya buat. Mungkin tidak sama dengan gaya youtuber yang saya minat…. dan itulah kesalahan besar saya!

Apa yang saya buat selepas itu?

Saya pun buat personality test. Manalah tahu, ada kelebihan diri yang saya tak sedar.

Jawapan dari personality test tu kata personaliti saya sangat sesuai menjadi seorang penulis. Dan sebab itulah, saya mulakan blog ini. Post ini pun salah satu cabaran saya minggu ini iaitu menulis.

Sebenarnya, ada banyak cara introvert boleh buat untuk membina personal branding.

Kalau tak mampu nak buat video panjang di youtube, cuba buat podcast, tulis blog (macam saya) ataupun buat video pendek di media sosial.

Saya tahu introvert tidak suka apabila diri mereka terlalu dipamerkan. Kalau menonjol pun, pastikan content yang orang nampak atau fokus dulu.

Sikap introvert jauh berbeza dengan extrovert. Tidak semua apa yang mereka buat, kita pun mampu buat.

Carilah kekuatan diri dan jadilah diri sendiri, ini penting!

2. Buat Challenge.

Salah satu sebab saya menulis sekarang ini adalah ingin menyahut cabaran minggu ini, iaitu menulis tentang personal branding.

Sebelum tu, saya dah challenge diri untuk mendapatkan certificate dari google dalam digital marketing.

Ini certificate saya…

Yang penting, pastikan cabaran itu dapat membantu menyerlahkan diri kita sebagai content creator dalam bidang yang kita nak fokuskan.

Contohnya, kalau anda ingin orang kenal anda sebagai orang yang pakar mengurus masa, buatlah challenge content tentang produktiviti.

Cuba fokuskan satu challenge dalam satu minggu. Paling lama pun dalam sebulan sebab kalau terlalu lama(contohnya 1 tahun), kita akan penat dan semangat nak menyelesaikan challenge tu akan cepat turun.

3. Fokus Pada Content.

Selalu ingatkan diri yang kita buat personal branding ni sebab nak membantu orang dengan ilmu yang bermanfaat.

Kalau boleh, cuba alihkan perhatian orang kepada content yang kita nak sampaikan.

Cara ini juga dapat menghilangkan rasa takut sebab kita hanya fokuskan kepada content dan tidak kisah apa kata orang.

Sebab itulah kenapa ramai orang yang ada personal branding yang kuat akan pakai baju yang sama sebab mereka nak orang fokus kepada content dan bukan fokus kepada penampilan mereka.

4. Cari Grup Kamceng(Minat Sama).

Cuba cari grup ataupun media sosial yang boleh membuatkan kita rasa dekat dan tidak malu menjadi seorang introvert.

Kalau rasa janggal nak berinteraksi dengan orang yang kita tidak pernah jumpa, cuba cari grup atau golongan tertentu(yang ada kaitan dengan content) seperi di Facebook Group atau Telegram Group yang boleh buat kita rasa sekepala dan selesa.

Contohnya, kalau buat content tentang bisnes online, mungkin kita sesuai masuk ‘grup emak-emak berbisnes online’ sebab kita lebih faham dengan ragam emak-emak dan selesa dengan golongan ini.

Dalam grup itu mungkin sesekali kita boleh kongsikan ilmu bisnes untuk emak-emak memandangkan mereka memang inginkan tips bisnes.

Jangan pula masuk ‘grup masakan emak-emak’ tapi tiba-tiba kita nak kongsi tentang tips bisnes. Tak pasal-pasal rasa down pula nanti kena maki.

5. Ambil Tahu Trend Terkini (Digital Marketing)

Jika nak dibandingkan dengan extrovert, introvert kena bekerja kuat sedikit untuk menempatkan diri dalam dunia internet terutamanya content creator.

Sebagai contoh, trend media sosial sekarang lebih fokus kepada content berbentuk video. Bak kata kang Dewa, kalau kita tidak keluar dari zon selesa, kita sebenarnya adalah orang yang sombong.

Maksudnya, kita kena sahut cabaran trend terkini supaya tidak jauh ketinggalan di belakang.

Jika ingin mengikuti perkembangan media sosial, nak tak nak kita boleh challenge diri untuk membuat content video, seperti:

  • Praktis bercakap di depan cermin sehingga mendapat tona suara yang tidak membosankan.
  • Menulis skrip supaya tahu apa yang nak dicakapkan dan lancar.
  • Mula merakamkan video dan upload di media sosial ataupun youtube.

Bila semuanya berjalan lancar, buat challenge yang lain pula seperti membuat live webinar ataupun live video.

Tapi kena ingat, semua ini tidak akan terjadi dalam sekelip mata. Praktis, praktis sampailah menjadi.

Oleh itu, jika anda seorang introvert dan rasa susah untuk membuat personal branding, saya faham sebab saya pun pernah mengalaminya.

Semoga tips yang dikongsikan tadi bermanfaat dan memberikan hasil yang anda inginkan.