7 Tips Motivasi Kalau Rasa Malas Berniaga Online

7 Tips Motivasi Kalau Rasa Malas Berniaga Online

Topik hari ini adalah tips motivasi untuk orang yang rasa malas atau rasa hampir berputus asa untuk menjalankan bisnes online atau membuat content.

“Nak buat tapi takut salah. Kalau tak buat lagilah salah.”

Kenapa ketika kita perlu siapkan banyak tugas, waktu itulah rasa susah betul nak bertindak? Kenapa kita rasa malas, tak bersemangat, rasa terpaksa dan tidak ada mood? Buat pun selalunya sebab duit.

Duit penting sebab kita kena beli skincare, barang dapur, bayar bil elektrik dan macam-macam lagi.

Mungkin kita boleh mengubah mindset kita.

Growth mindset.

Membuat semuanya untuk mendapatkan pahala.

“Mungkin Allah ingin beri lebih pahala melalui bisnes online ini. Jadi, aku kena rasakan dan nikmati proses membuat bisnes ini. Tidak semua orang beruntung mempunyai bisnes seperti ini.”

Fixed mindset.

“Cukuplah sampai di sini sahaja. Mungkin jodoh kita(bisnes online) tak panjang. Tak ada yang membeli maksudnya bisnes online ni tak laku agaknya.”

Anda yang mana satu? Growth mindset ataupun fixed mindset?

Sebaik-baiknya kita kena fikir seperti growth mindset. Jangan kita lari daripada masalah tapi kena berani berdepan dengan masalah tersebut. Minta bantuan Allah. Itulah yang guru saya pernah nasihatkan saya dulu.

Sekarang, kena fikir macammana nak dapatkan good mood.

Tips Mendapat Good Mood

1. Ubah suasana tempat kerja.

Kalau tempat kerja kita sekarang berada di ruang makan, cuba alihkan ke dalam bilik ataupun tempat lain yang lebih selesa.

Hiaskan dengan beberapa pasu bunga, perhiasan yang comel ataupun alihkan perabot.

Yang penting, rasakan suasana yang baru. Manfaatkan barang-barang yang sudah ada dan tidak perlu lagi membeli perhiasan yang baru.

2. Tulis To-Do List

Kalau jadi emak-emak memang banyaklah kerja yang nak dibuat di rumah. Jadi, menulis to-do list adalah penting.

To-do list dapat membuatkan kita memulakan sesuatu tugas dengan rasa bersedia. Kalau tidak, satu kerja pun tidak akan dibuat nanti.

Kalau kita membuat bisnes online, bukan sahaja tugasan bisnes online yang perlu dicatat, hal urusan rumahtangga pun kena dimasukkan ke dalam to-do list.

3. Mulakan kerja yang paling senang dahulu.

Selepas menulis to-do list, cuba lihat mana tugasan yang paling ringan atau senang yang boleh dilaksanakan.

Ingat tak ketika kita ambil exam masa sekolah dulu? Bila ada soalan yang paling susah, kita akan tinggalkan soalan tu sekejap sebab kita nak menjawab soalan yang paling senang dulu. Tidaklah stress nanti, kan?

Begitu jugalah kalau kita membuat tugasan to-do list kita.

4. Cari strong why untuk menyiapkan tugasan.

Untuk menaikkan semangat kita semula, kita kena cari sebab atau motivasi terkuat(strong why), kenapa tugasan itu perlu disiapkan.

Contohnya, kalau kita menjual produk secara online. Kenapa kena tulis product description yang menarik? Sebab kita mahukan pembaca memahami produk kita dengan sempurna sehinggalah mereka tertarik untuk membeli produk tersebut. Contohnya,

Strong Why: Ingin melunaskan hutang supaya hidup bertambah tenang dan tidak menagih hutang lagi.

Strong Why: Ingin membawa mak ayah pergi umrah sementara masih sihat. Jangan sampai terlambat, nanti menyesal.

5. Memecahkan tugasan besar menjadi tugasan yang kecil.

Biasanya, kita akan rasa malas untuk membuat tugasan yang besar ataupun yang susah.

Bayangkan kalau kita membeli sebuah kek. Kita akan rasa tidak mampu untuk makan kesemuanya kalau kek itu kita makan seorang diri, kan. Apa yang kita akan buat? Kek itu dipotong dan digigit sedikit demi sedikit. Jadi, konsepnya adalah sama.

Kalau tugasan besar kita adalah menulis buku, kita bole mula menulis 2,000 patah perkataan sehari atau satu bab dahulu.

6. Mulakan dulu dalam 2 minit(2-minute rule).

Kadang-kadang perkara yang membuatkan kita rasa malas adalah sebab mempunyai tugasan yang terlalu banyak sekaligus. Itulah yang menyebabkan munculnya mental block.

Cuba paksakan diri mula membuat tugasan tersebut selama 2 minit. Selepas itu, berehat sebentar untuk pergi ke dapur mengambil kitkat dan air minuman. Kemudian, sambung tugasan tadi selama 5 minit dan rehat, sambung lagi selama 10 minit dan InsyaAllah lama-lama kita akan dapat fokus mengerjakan tugasan tersebut sehinggalah siap.

7. Beri hadiah(reward) untuk diri sendiri.

Secara semulajadi, semua orang suka apabila mendapat hadiah.

Selepas menyiapkan tugasan, cuba kita bagi hadiah untuk diri kita sendiri mengikut kemampuan dan apa yang kita suka.

Contohnya, kalau kita sudah menyiapkan copywriting, hadiahkan kepada diri sendiri secawan kopi.

Memang awalnya kita akan rasa berat untuk membuat tugasan tersebut tetapi kalau mengikut tips yang diberikan tadi, InsyaAllah semuanya dapat disiapkan sepenuhnya.

Kesimpulannya

Ada 7 tips yang boleh memotivasikan diri kita ketika berasa malas:

  1. Mengubah suasana tempat kerja.
  2. Menulis To-Do list.
  3. Mulakan kerja yang paling ringan dahulu.
  4. Tahu ‘strong why‘ kenapa tugasan perlu disiapkan.
  5. Pecahkan tugasan besar menjadi beberapa tugasan kecil.
  6. Buat 2-minute rule.
  7. Beri hadiah kepada diri sendiri selepas tugas sudah selesai.

Jangan lupa untuk berdoa agar Allah mempermudahkan segalanya dan berharap agar kita mampu melaksanakan dan menyelesaikan tugasan kita.

Semoga setiap tugasan yang kita laksanakan ada amal jariahnya. Semoga bermanfaat. Jangan lupa share… sharing is caring.