Affiliate Marketing adalah salah satu cara membuat duit yang popular dan menjadi punca pendapatan bagi kebanyakan content creator.

Inilah cara membuat duit kegemaran saya di internet. Affiliate Marketing sesuai dilakukan oleh semua orang terutamanya yang rajin membuat content.

Antara sebab-sebab yang membuatkan saya suka tentang affiliate marketing ini adalah:

  • Tidak memerlukan kos yang tinggi.
  • Tidak perlu risau tentang modal bisnes dan margin keuntungan.
  • Tidak perlu membayar mana-mana kursus sebab anda pun boleh belajar sendiri secara percuma(bacalah post ini sehingga selesai ye).

Pendek kata, affiliate marketing adalah cara membuat duit yang paling simple! Sesiapa pun boleh mencubanya dan kalau tidak berjaya pun, anda tidak akan mengalami kerugian yang tinggi seperti bisnes yang lain.

buat-duit-affiliate-marketing-1

Apa Itu Affiliate Marketing?

Affiliate Marketing adalah satu sistem marketing dimana pengeluar produk(advertiser) akan memberikan komisen kepada anda(publisher) jika berjaya mengajak orang(customer) untuk membeli produk mereka.

Anda tidak perlu menyimpan stok atau memiliki produk untuk menjadi seorang affiliate marketer. Anda hanya perlu mempromosikan dan menawarkan produk ke orang ramai walaupun tidak memegang stok.

Di Malaysia, marketplace seperti Shopee dan Lazada menawarkan orang ramai untuk menyertai program affiliate mereka. Begitu juga marketplace di luar negara seperti Amazon, Ebay dan lain-lain. Selain itu, beberapa jenama popular di luar negara pun banyak menawarkan program affiliate menerusi website mereka.

Bagaimana penerimaan peniaga online tentang affiliate marketing di Malaysia?

Saya nampak kebanyakan peniaga online di Malaysia lebih fokus kepada penjualan secara dropship dan reseller. Rugi rasanya mereka tidak membuat affiliate program kerana orang sekarang lebih percayakan review produk yang dibuat oleh content creator dibandingkan artis-artis yang selalunya membuat penjualan secara hard sell.

Kanak-kanak pun suka menonton content creator kegemaran mereka.

Bagaimana Affiliate Marketing Dijalankan?

Saya ambil satu contoh jenama pakaian yang menawarkan program affiliate, iaitu Adidas. Kalau anda berjaya menyertai program affiliate mereka, anda boleh mempromosikan produk Adidas di website ataupun di media sosial anda.

Adidas akan memberikan link khas yang khusus dibuat untuk anda seorang sahaja. Link inilah yang anda perlu promotekan dan ia memudahkan Adidas menjejaki dari mana orang membeli produk mereka. Kalau ada yang membeli menggunakan link tersebut, anda akan mendapat komisen daripada Adidas.

Jadi, tugas seorang affiliate marketer(andalah tu) hanyalah mempromosikan produk. Sebagai balasan, anda akan mendapat komisen mengikut peratus yang ditetapkan.

Saya beri contoh yang lain.

Anda menonton video seorang youtuber yang mempromosikan perkhidmatan VPN. Dia akan menawarkan diskaun jika anda membeli perkhidmatan VPN menggunakan link yang diberikan di description videonya.

Jadi, setiap kali orang klik link dan membeli perkhidmatan tersebut, youtuber itu akan mendapat komisen. Itulah cara VPN ‘membalas budi’ youtuber sebab membantu mempromosikan perkhidmatan mereka.

Youtuber selalu meletakkan affiliate links mereka di bahagian description.

Itulah gambaran bagaimana affiliate marketing dijalankan. Yang pasti, anda tidak perlu menawarkan affiliate link di satu tempat sahaja. Ada pelbagai platform yang anda boleh letakkan untuk membuatkan orang mengklik link affiliate anda.

Apa kelebihan menyertai program affiliate?

Antara kelebihan yang anda akan dapat ialah:

  • Anda tidak perlu berurusan dengan orang tertentu seperti melakukan bisnes yang lain.
  • Anda tidak perlu menangani masalah pelanggan kerana supplier akan menguruskannya.

Jadi, tugas anda sebagai affiliate marketer hanyalah:

  • menawarkan dan mempromosikan produk.
  • memimpin atau membantu pelanggan membeli produk.

Itu sahaja.

Setiap urusan seperti order, masalah pelanggan ataupun pertanyaan dari pelanggan akan diuruskan oleh penjual produk tersebut.

Untuk mendapat gambaran yang jelas mengenai affiliate marketing, bayangkan anda ditugaskan membawa pelanggan ke pintu kedai. Apabila pelanggan tersebut sudah berada di dalam kedai, maka itu bukan lagi menjadi tanggungjawab anda lagi.

Sebab itulah saya kata affiliate marketing adalah cara paling simple untuk membuat duit. Tetapi dalam masa yang sama, anda tidak boleh membuatnya dengan niat semata-mata kerana duit. 

Sebaik-baiknya tawarkan produk yang anda betul-betul minat dan ada pengalaman menggunakannya. Elakkan menawarkan produk yang anda tidak pernah guna atau yang melanggar syariat Islam. 

Jangan kerana inginkan duit, anda sanggup mempromosikan perkhidmatan yang berkaitan riba dan judi kepada orang lain.

Tempoh Cookie

Setiap program affiliate menentukan tempoh cookie mereka sendiri. Cookie adalah sebuah fail kecil yang digunakan untuk mengenalpasti pelawat yang melawat website.

Dalam affiliate marketing, cookie digunakan untuk menjejaki referrals dan mempunyai tarikh luput. Ada yang memberi tempoh cookie selama 24 jam dan ada juga memberi tempoh selama 180 hari.

Di Malaysia, tempoh cookie untuk Shopee Affiliate dan Lazada Affiliate adalah selama 30 hari. Ini bermakna, anda akan menerima komisen dari Shopee dan Lazada jika pembelian dibuat oleh pengguna yang sama serta menggunakan link affiliate yang sama sepanjang tempoh 30 hari.

Saya berikan dua contoh supaya anda mendapat gambaran yang jelas tentang cookie. Katakanlah tempoh cookie dari sebuah program affiliate ini adalah selama 24 jam.


Contoh #1

Adam ingin membeli satu set hp yang baru. Dia membuat pencarian di Google Search dan terjumpa satu blog yang menceritakan tentang hp yang dia inginkan.

Selepas itu, Adam klik link affiliate dan membuat pembayaran 5 jam kemudian.

Adakah blogger tersebut mendapat komisen? 

Ya, dia boleh mendapat komisen sebab Adam membeli hp menggunakan link affiliatenya dan Adam telah menyelesaikan pembayaran sebelum tempoh cookie tamat(24 jam).


Contoh #2

Nia ingin membeli hp seperti Adam dan dia juga terjumpa blog yang sama. Jadi, Nia pun mengklik link affiliate  hari ini dan membuat pembayaran 2 hari kemudian.

Adakah blogger tersebut mendapat komisen?

Dalam situasi ini, blogger tersebut TIDAK mendapat komisen sebab Nia membuat pembayaran selepas tempoh cookie tamat.


Oleh itu, semakin lama tempoh cookie, semakin banyak peluang untuk anda mendapat komisen. Biasanya, kebanyakan program affiliate menetapkan tempoh cookie selama 30 hari atau 60 hari.

Tiga Orang Penting Dalam Affiliate Marketing

Anda perlu tahu terdapat tiga pihak yang terlibat dalam affiliate marketing dan mereka memiliki tujuan dan tanggungjawab yang berbeza.

Ketika membuat duit dengan Affiliate Marketing, anda akan menemui:

1. Supplier atau Vendor(Advertiser)

Mereka adalah penjual produk dan menyimpan stok produk. Merekalah yang bertanggungjawab membina website e-commerce supaya orang ramai boleh membeli produk melalui link affiliate anda.

2. Pembeli atau Pelanggan

Mereka adalah target audience yang akan membeli produk yang anda tawarkan. Mereka membeli sebab terpengaruh dengan content anda dan yakin produk itu dapat menyelesaikan masalah dan mencapai keinginan mereka.

3. Affiliate Marketer

Ini adalah anda. Anda ditugaskan menghubungkan atau memimpin pembeli untuk membeli produk di website supplier. Anda bertanggungjawab untuk membina kepercayaan dan mendidik mereka sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli produk yang anda tawarkan.

Jadi, tugas affiliate marketer BUKANLAH menjual barang. Itu adalah tanggungjawab supplier atau vendor!

Jika anda betul-betul ingin membuat yang terbaik dalam affilate marketing, anda harus membina kepercayaan audience SEBELUM anda menawarkan link affiliate anda.

Kebanyakan orang yang menceburi affiliate marketing berpendapat betapa mudahnya membuat duit dengan affiliate marketing.

Mereka fikir dengan hanya menjalankan beberapa iklan untuk beberapa produk, akan ada orang mengklik link affiliate mereka dan membuat pembelian.

Sebenarnya, itu adalah persepsi yang salah dan ianya tidak semudah itu.

Masalah Yang Timbul Ketika Menjadi Affiliate Marketer

Terdapat beberapa kekurangan yang tidak disedari ramai orang ketika menjadi affiliate marketer, iaitu:

1. Supplier atau vendor boleh membuat syarat sendiri

Ada sesetengah syarikat yang melarang anda membuat content yang menggunakan supplier yang berbeza atau membandingkan produk mereka dengan jenama yang lain. Dari situlah akaun affiliate anda boleh disekat! Jadi, sila baca setiap syarat dan peraturan sebelum menyertai mana-mana affiliate program.

2. Susah mendapat kepercayaan orang

Bayangkan kalau pelanggan anda mempunyai perasaan ragu-ragu dan skeptikal. Mereka tidak mempercayai anda, tidak mempercayai content anda, tidak mempercayai jenama produk dan tidak percaya produk yang anda tawarkan.

Bagaimana mengatasi masalah ini?

Anda perlu menghilangkan keraguan mereka dengan membina hubungan yang baik, kongsikan content yang manfaat dan membantu menyelesaikan masalah mereka. Selepas itu, barulah anda boleh menawarkan link affiliate anda. Tolong jangan spam di postingan orang lain. 

Cara Mendapatkan Trafik Yang Akan Klik Affiliate Links Anda

Terdapat DUA jenis trafik yang akan mengklik affiliate links anda, iaitu:

1. Free Traffic (Organic Traffic)

Contoh: Youtube, Blog, Podcast dan Media Sosial.

2. Paid Traffic

Contoh: Facebook Ads, Instagram Ads, Google Adwords dan seumpamanya.

Katakanlah, anda sedang mencari ‘Cara Membuat Duit Di Internet’ di Google Search. Hasil daripada pencarian tersebut, akan muncul beberapa iklan yang berbeza di senarai yang paling atas sebelum sampai ke artikel sebenar yang anda cari. Betul tak?

Kebanyakan iklan tersebut mengandungi affiliate links yang di’link‘kan bersama website. Itulah salah satu contoh cara menyebarkan affiliate links menggunakan paid traffic.

Ads yang keluar dari hasil pencarian di Google Search

Kalau anda masih beginner, saya tidak menggalakkan anda terus membuat paid traffic. Seeloknya, carilah trafik menggunakan free traffic dahulu.

Bagaimana mencari audience dengan free traffic?

Saya nampak ada pengajar yang menyarankan untuk meletakkan affiliate links di forum, di bahagian komen ataupun di facebook group orang lain. Mereka kata letaklah di semua tempat dan pasti ada yang akan klik nanti.

Tolong jangan buat macam tu ye. Saya tidak mahu anda spam post orang lain dengan affiliate links sebab tidak ada sesiapapun yang suka post dia kena spam.

Antara cara terbaik untuk mendapatkan free traffic adalah dengan mengumpulkan followers atau subscribers menggunakan media sosial ataupun Google Search.

Tapi bagaimana caranya?

Ada pelbagai cara untuk mendapatkan free traffic dan ini adalah cara yang biasa digunakan, iaitu:

#1 Blog

Kalau anda suka menulis, strategi yang paling mudah untuk mendapatkan free traffic adalah dengan adanya blog. Dengan adanya blog, anda senang nak buat sales funnel ataupun content funnel. Tidak kiralah trafik anda datang dari mana pun.

Lagi bagus kalau anda dapat membuat blog yang boleh rank paling atas di Google Search. Saya akan tunjukkan cara membuat blog dengan wordpress jika ramai yang vote di bawah ini…

1
Nak tak saya tunjukkan cara membuat blog di WordPress?

#2 Youtube

Selain Google Adsense, kebanyakan youtuber memperoleh pendapatan mereka daripada affiliate links. Semakin banyak tontonan sesuatu video di youtube, lebih banyaklah orang yang akan klik affiliate links itu. Sebab itulah, trafik memainkan peranan penting untuk mendapatkan klik.

#3 Instagram

Anda boleh membuat akaun Instagram yang fokus kepada niche tertentu. Sambil membuat content, anda boleh selitkan affiliate links di bahagian bio profile.

#4 Facebook Group

Yang penting sekali, anda perlu menjadi admin atau pemilik facebook group tersebut. Ini supaya anda dapat mengawal audience dan ini boleh mengelakkan affiliate links anda daripada di delete atau flag.

Inilah contoh platform yang biasa digunakan untuk menawarkan affiliate links.  Yang penting sekali, jangan lupa menjaga nama baik ‘personal brand’ anda. Orang tidak akan klik link affiliate anda jika mereka tidak kenal atau percaya orang yang menawarkan link tersebut.

Cara Membuat Duit Dengan Affiliate Marketing

Saya harap anda sudah faham bagaimana menjalankan affiliate marketing yang saya terangkan sebentar tadi. Jadi, sekarang bagaimana membuat duit dengan Affiliate Marketing? Bagaimana menjadikan Affiliate Marketing ini sebagai punca pendapatan?

Untuk memudahkan anda faham tentang cara membuat duit dengan affiliate marketing, saya akan kongsikan beberapa contoh situasi. Dari contoh-contoh ini saya berharap anda akan mendapat gambaran yang jelas tentang teknik membuat duit dengan affiliate marketing yang betul.

Ketika membaca contoh-contoh ini, cuba perhatikan beberapa perkara seperti:

  • Apa persiapan yang dia lakukan?
  • Bagaimana dia membina audience?
  • Bagaimana dia mengendalikan website atau content?’
  • Bagaimana dia mendapatkan komisen?

Inilah perkara-perkara asas yang anda perlu ambil perhatian untuk memahami dengan lebih mendalam tentang cara membuat duit dengan Affiliate Marketing.

Situasi #1
Membuat Content

Selina adalah seorang surirumahtangga yang mempunyai 3 orang anak.

Sejak kebelakangan ini, berat badan Selina naik secara mendadak kerana dia suka menikmati makanan segera. Dia berasa ketagih dan sukar meninggalkan makanan tersebut walaupun dia sedar itulah penyebab utama berat badannya semakin naik.

Baru-baru ini, Selina telah berkunjung ke rumah sahabat karibnya dan dia dijamu minuman smoothie sayur-sayuran segar. Sejak minum smoothie tersebut, Selina cuba membuatkannya sendiri di rumah dan menikmatinya setiap pagi. Hasilnya, dia dapat merasakan perubahan yang positif pada badannya dan ingin meneruskan menikmati smoothie tersebut setiap hari.

Apa yang mengejutkan Selina, dia melihat anak-anaknya menjadi kurang meragam setelah mereka juga menikmati smoothie yang sama.

Masalahnya sekarang, Selina belum menemui blender yang sesuai untuk membuat smoothie. Dia juga ingin mengetahui resepi smoothie yang lain yang boleh menurunkan berat badannya.


Di sinilah, anda boleh manjadikan orang seperti Selina sebagai target audience anda. Klik sini untuk mendapatkan Workbook Cara Menentukan Target Audience Anda.

Jadi, bagaimana Selina mencari blender yang dia inginkan?

Salah satu caranya adalah dengan mencari blender tersebut melalui pencarian di Google Search. Dari situlah Selina boleh tahu blender apa yang terbaik untuk membuat smoothie.

Selain itu, dia juga boleh membuat pencarian di Youtube untuk melihat secara teliti rupa blender yang terbaik sebelum dia membelinya.

Boleh agak tak… apa yang Selina akan taip di Google Search dan di Youtube Search? Saya rasa dia tidak akan menaip ‘blender’ sahaja.
Dia mungkin akan menaip “blender terbaik untuk membuat smoothie di bawah harga RM250“.

Katakanlah, orang seperti Selina adalah target audience anda. Bagaimana anda nak berhubung dengan audience seperti Selina?

Dalam situasi ini, content yang fokus kepada “review blender terbaik membuat smoothie”atau “tips menurunkan berat badan dengan meminum smoothie” adalah keyword yang terbaik untuk pencarian di Google Search atau Youtube Search.

Untuk mengetahui cara membuat content yang boleh menarik audience, saya pernah menulis tentangnya di sini.

Katakanlah anda menulis content yang spesifik tentang blender yang bertajuk “5 Blender Terbaik Untuk Membuat Smoothie di Bawah Harga RM250”.

Saya pasti, apabila Selina nampak content anda itu dia pasti akan klik dan berkata “Inilah yang aku cari selama ni!”

Dalam content anda nanti, anda perlu jelaskan tentang manfaat setiap blender yang anda tunjukkan dengan menggunakan bahasa yang boleh menyentuh emosi. Tapi macammana nak cari menfaatnya? Cuba baca review di marketplace ataupun di komen-komen di media sosial yang berkaitan dengan blender tersebut.

Ketika anda membantu Selina mencapai impiannya untuk membuat smoothie yang boleh menurunkan berat badan, kemungkinan besar dia akan klik link affiliate anda dan membeli blender tersebut.

Dari situlah, anda mendapat komisen dan membuat duit menggunakan affiliate marketing.

Situasi #2
Membuat e-book

Abu adalah seorang pemuzik yang bekerja di kelab malam dan tidak mempunyai waktu yang tetap untuk bekerja.

Kadang-kadang dia terpaksa bekerja sehingga lewat malam untuk menampung kehidupannya. Apabila Covid melanda negara, semua kelab malam di tutup dan Abu tidak dapat bekerja mengikut waktu yang dia biasa bekerja.

Jadi, setiap malam Abu susah nak melelapkan mata kerana sudah biasa bekerja pada waktu malam sehingga awal pagi. Dia berasa sangat tertekan sebab tidak mampu tidur langsung pada waktu malam. Kadang-kadang dia hanya dapat tidur sekejap pada waktu tengahari.

Kalau anda pernah mengalami masalah tidur, anda pasti faham situasi yang dialami oleh Abu. Penyakit ini dipanggil sebagai insomnia.

Apa yang Abu lakukan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya?

Disebabkan Abu mengalami insomnia, orang seperti Abu mungkin tidak akan membuat pencarian di Google Search. Walaupun dia boleh menggunakan teknik yang sama seperti Selina, orang yang sakit biasanya tidak mempunyai keinginan yang kuat untuk mencari jalan penyelesaian di Google.

Cuba anda fikirkan apa yang mereka buat ketika susah nak melelapkan mata. Adakah mereka akan menonton Netflix dan membuka Facebook? Menurut beberapa artikel, kebanyakan mereka akan meluangkan waktu dengan menonton Netflix.

Kalau orang seperti Abu adalah target audience anda, e-book bertajuk “5 Cara Mendapatkan Tidur Yang Cepat Dalam Masa 60 saat” mungkin adalah bentuk bantuan terbaik yang anda boleh lakukan..

Anda boleh memberikan e-book ini secara percuma. Dengan syarat, setiap audience perlu memberi e-mail ataupun nombor telefon mereka supaya e-book ini boleh dihantar terus ke mereka.

Pastikan, di bahagian ‘thank you page’ nanti, anda boleh menawarkan produk bersama link affiliate kepada mereka. Inilah yang dipanggil sebagai ‘bridge page’ dan ini adalah cara yang terbaik untuk anda meletakkan video tentang produk affiliate yang anda tawarkan. Contohnya, anda boleh meletakkan video tentang ‘Cara menyelesaikan masalah insomnia’ di situ.

Macammana nak tahu produk affiliate itu boleh menyelesaikan masalah?

Anda kena cuba pada diri anda sendiri dulu dan tengok samaada produk itu berkesan ataupun tidak.

Berbalik semula ke kisah eBook tadi. Tulislah e-book yang simple dan jika tidak pandai menulis, anda boleh mengupah orang untuk menuliskannya.

Bagaimana mencari produk affiliate?

Anda boleh mencari produk di Shopee ataupun Lazada dan pastikan anda sudah menyertai program affiliate mereka. Sebagai contoh, anda menjadikan produk teh yang membantu mendapatkan tidur yang lena sebagai produk affiliate.

Dalam e-book tersebut, tidak semua content adalah menjual produk affiliate sahaja. Cuba buat content tentang pola pemakanan yang sihat dan cara bersenam yang sesuai yang tidak mempunyai affiliate link.

Adakah e-book sahaja yang sesuai?

Selain e-book, anda boleh menggunakan podcast untuk membuat content. Dalam podcast anda nanti, anda boleh mengesyorkan beberapa tips untuk mendapat tidur yang lena. Entah-entah Abu pun boleh tertidur ketika mendengarkan podcast anda ketika sedang berbaring.

Daripada 5 tips yang anda kongsikan dalam e-book, mungkin 3 daripadanya mempunyai affiliate links yang membolehkan mereka membeli produk. Daripada link itulah anda akan mendapat komisen setiap kali ada pembelian.

Situasi #3
Menulis Blog

Situasi ketiga ini lebih fokus kepada pembinaan ‘niche website’. 

Kisahnya lebih kurang sama seperti saya membina website ini dengan tujuan ingin menolong orang lain menjadi content creator yang boleh menghasilkan duit.

Tetapi ini kisah Johana, seorang guru yang sudah bersara dan mempunyai minat menjahit.

Johana sangat struggle untuk menjahit pakaian. Maklumlah dia baru belajar dan masih di tahap beginner dalam dunia jahitan.

Kalau anda pernah menjahit, anda mungkin boleh merasakan beberapa masalah yang dihadapi oleh Johana ketika menjahit pakaian. Mungkin mesin jahitnya tidak sesuai? Mungkin kainnya sangat stretchable sehingga menyukarkan Johana untuk menjahit?

Kalau Johanna adalah target audience anda, anda boleh membuat content yang boleh membantu Johana dalam menjahit pakaian. 

Mungkin dalam content anda nanti anda meletakkan affiliate links untuk memudahkan Johana membeli alat-alat jahitan.

Kalau anda ingin membuat content yang fokus kepada audience seperti Johana, anda perlu niche down website anda. Seperti situasi Johana tadi, dia lebih tertarik untuk menjahit pakaian sahaja. Jadi, anda boleh ‘niche down’kan website anda dengan membuat content berkaitan cara menjahit pakaian sahaja.

Manalah tahu, anda akan menjadi orang yang paling banyak membantu dan menjadi tempat rujukan utama untuk orang-orang seperti Johana.

Sebenarnya, blog atau website yang mempunyai niche yang spesifik boleh bertahan dalam jangkamasa yang panjang dalam dunia internet. Untuk mengetahui NICHE dengan lebih mendalam, sila klik link ini.

Website niche ini akan lebih bermakna jika anda sendiri yang mengalami masalah yang sama seperti yang audience anda rasakan.

Kesimpulan

Tidak dinafikan affiliate marketing adalah cara yang paling bijak untuk membuat duit secara online. Dengan sedikit usaha dan masa yang diperuntukkan, anda boleh membina audience dan memperoleh pendapatan yang konsisten melalui affiliate links anda. Yang penting, semuanya boleh dibuat dengan selamat tanpa banyak risiko yang membebankan.