Aktiviti Sulaman Tangan untuk Beginner

Video-video dibawah ini akan menunjukkan cara yang paling basic untuk membuat sulaman tangan. Belajar untuk menyulam ni tidaklah susah seperti yang kita sangka! Dengan beberapa latihan, InsyaAllah sulaman kita akan menjadi lebih mudah dan kemas. Selain itu, aktiviti sulaman tangan ni memang antara hobi yang sangat menenangkan dan boleh dibuat sambil kita mendengar lagu/ceramah/podcast dan sebagainya.

Dalam video kali ini, saya akan menunjukkan cara menyulam bunga ros, tangkai bunga, pokok paku pakis, bunga simple dan huruf abjad. Sulaman-sulaman ini adalah antara sulaman yang wajib kita pelajari sebelum membuat sulaman yang lebih advanced. Selepas rasa yakin dah mahir membuat sulaman-sulaman ini, bolehlah google atau ikuti buku-buku latihan menyulam yang lebih mencabar lagi. Anda pasti rasa ketagih membuat aktiviti ni.

 

Embroidery for beginners: Roses (Video)

 

Embroidery for beginners: Flower Stem (Video)

 

Embroidery for beginners: Fern Stitch (Video)

 

Embroidery for beginners: Simple Flower (Video)

 

Embroidery Letters: Satin Stitch & French Knot (Video)

 

Untuk mula menyulam, anda perlu bahan-bahan berikut:

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Benang Sulam
  • Jarum Sulam
  • Embroidery Hoop
  • Kain blacu
  • Gunting
  • Pen Mudah Pdam
  • Gunting Sulam

 

Semua sulaman yang ditunjukkan adalah sesuai untuk beginner. Memang banyak kekurangan yang saya buat dalam video kali ini. Maklumlah waktu ni masih lagi baru kenal dengan hobi ni. Tapi saya akan cuba menjadi lebih baik daripada tu šŸ˜€

Sharing is caring:

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of