Macammana Nak Bina Personal Branding di Media Sosial?

Di dalam bisnes, membina brand dari awal bukanlah satu perkara yang mudah.  Kita kena memikirkan macammana bentuk logo yang kita nak, apakah perasaan yang kita ingin orang lain rasakan apabila melihat brand kita dan adakah brand kita tersebut berjaya menarik perhatian target pelanggan kita.

Tetapi harini saya nak fokuskan tentang macammana kita nak membina personal branding yang melibatkan diri kita sendiri sebagai brand. Ramai yang menyangkakan brand adalah sebuah logo semata-mata. Sedangkan personal branding tidak memerlukan semua tu tetapi itu adalah penting untuk product branding dan juga company branding.

 

Personal Branding

Salah satu contoh personal branding ialah andalah ‘brand’nya jika anda rajin upload apa sahaja di media sosial. Zaman sekarang ni boleh dikatakan takde orang yang boleh mengelak menjadi personal branding.  Ataupun kita boleh ambil contoh yang lain iaitu social media influencers.

Social media influencers ni pun ada dua kategori:

  • influencers yang tugasnya hanya bergambar dan mengupload gambar-gambar yang menarik. Mereka dapat menjadi penarik untuk sesuatu produk dan menarik pelanggan untuk membeli produk yang mereka tunjukkan.
  • influencers yang suka mengongsikan tips atau mengajar sesuatu yang bermanfaat. Penonton atau pengikut mereka dapat belajar ilmu yang baru dan dapat meningkatkan hidup mereka menjadi lebih baik.

Anda kena tahu kedua-dua influencers ini membuat duit dan andalah yang menentukan yang mana satu yang berbaloi untuk diikuti dan boleh memberi kesan yang baik dalam hidup anda dalam jangkamasa yang panjang.

Dan sebab itulah kalau anda mencari kerja, media sosial anda sebenarnya penting sebab ia dapat membantu sesuatu syarikat mengenali bagaimana personaliti anda dari post-post yang anda dah upload.

 

Target Audience

Sebelum mengetahui target audiens, pastikan anda dah setkan gol anda sendiri(untuk mengetahui cara setkan gol, sila ke post ini).

Antara cara paling mudah untuk mendapatkan target audiens ialah dengan selalu update posting² yang berkualiti di media sosial

Sebagai contoh, anda seorang tukang jahit. Anda ingin membina personal brand supaya orang lain dapat mengenali apa kelebihan yang anda ada dalam dunia jahitan. Kalau anda ada membuat kelas jahitan, target audiens anda pasti tidak berasa ragu-ragu nak masuk ke kelas jahitan anda sebab anda telah mendapat kepercayaan dari mereka. Mereka dah tahu personaliti anda macammana di media sosial. Jika anda tidak berapa aktif di media sosial, anda boleh membina satu website untuk memperkenalkan diri anda sendiri.

Kalau anda serius nak buat website sendiri saya rekomenkan anda menggunakan serverfreak untuk membeli domain dan hosting untuk website anda. Anda boleh gunakan wordpress sebagai website bisnes/blog dan di situ anda boleh kongsikan perkara yang bermanfaat untuk target audiens anda nanti.

 

Tentukan Nama Brand

Mudah untuk diingat dan mudah untuk disebut adalah dua faktor utama yang anda perlu utamakan ketika memikirkan nama personal brand yang sesuai untuk anda.

Mencari nama yang sesuai bukanlah satu kerja yang mudah dan kalau boleh saya taknak anda utamakan nak mencari nama brand dahulu sebelum memulakan tugas yang lain.

Jadi, kalau anda tidak pasti nama personal brand anda, anda boleh gunakan nama anda sendiri dan terus mengongsikan maklumat yang berguna kepada orang lain.

Apabila anda terasa nak tukar nama, anda boleh menukar nama brand anda selepas itu. Sebenarnya dalam bidang bisnes, menukar nama brand lama ke baru sudah menjadi perkara biasa. Jadi, anda tak perlu terlalu stress untuk memikirkan nama brand ni. Nama yang terbaik pasti akan tiba nanti.

Kalau boleh nama brand anda:

  • memudahkan orang lain sebut
  • mudah untuk diingati
  • unik dan belum digunakan oleh sesiapa pun sehingga kita cari nama tersebut di google pun, nama tu belum wujud
  • boleh digunakan di semua platform media sosial yang lain.

Tips yang boleh saya kongsikan untuk memberi nama brand ialah nama yang mempunyai 2-5 suku kata sahaja.

Jika lebih, nama brand anda tersebut boleh dikatakan terlalu panjang untuk disebut.

Contoh nama-nama brand yang mudah diingati adalah apple(2 suku kata), Google(2 suku kata), Pizza Hut(3 suku kata) ataupun Gardenia(3 suku kata).

 

Jumlah Followers

Jangan Terlalu Bergantung Pada Jumlah Pengikut!
Kebanyakan orang mengatakan jika kita mempunyai pengikut atau followers yang ramai di media sosial, itu bermakna brand kita sudah mencapai taraf yang tinggi dan boleh dipercayai.

Itu mungkin betul tapi bagi saya, kadang-kala kita terlalu memikirkan macammana nak dapatkan 100,000 pengikut di media sosial atau 1 juta pengikut(sehingga ada yang sanggup membeli followers). Alangkah lebih baik kalau kita fikir macammana nak tarik 1000 pengikut yang setia yang suka dengan apa sahaja yang kita kongsikan.

Pengikut yang setia ini biasanya sanggup mengikut tips yang anda kongsikan dan ada juga yang sanggup membeli apa sahaja yang anda syorkan. Mungkin sesetengah tu rasa andalah penyelamat ketika mereka dalam kesusahan.

Jadi, kalau anda inginkan pengikut yang berkualiti pastikan maklumat yang anda nak kongsikan juga mempunyai isi yang berkualiti sebab 1000 orang yang setia ni akan menunggu dan biasanya merekalah orang terawal yang dapat info terbaru dari anda.

Kalau pengikut anda tidak sampai 1000 pun anda janganlah risau.

Kalau anda sudah setkan gol nak fokus ingin mengongsikan maklumat isi yang berkualiti, pengikut yang baru pasti bertambah dari semasa ke semasa.

 

Satu Platform Sahaja

Tips yang seterusnya ialah anda perlu fokus untuk menetapkan tempat atau platform mana yang anda rasa mudah untuk kongsikan apa yang anda inginkan.

Disebabkan terlalu banyak jenis media sosial di luar sana, memang agak susah untuk kita mengongsikan maklumat di semua platform.

Untuk permulaan, anda boleh fokus pada satu jenis media sosial dahulu sebelum mencuba media sosial yang lain.

Sebagai contoh, Facebook adalah platform yang paling efektif untuk kebanyakan personal brand yang berkait rapat dengan bisnes. Sebab disitu kita boleh share video, posting2 yang berkaitan dengan brand kita.

Jika anda lebih fokus pada lukisan ataupun fotografi, anda boleh memilih instagram sebagai platform yang utama kerana instagram lebih fokus kepada visual. Yang penting anda tahu apa yang anda nak buat dan tahu dimana pengikut setia anda berada. Dengan ini, ia memudahkan untuk anda berhubung dengan mereka dan mengongsikan apa yang mereka sukai.

 

Jangan Lupa Claim

Antara perkara yang paling penting yang ramai lupa nak buat ialah anda perlu claim atau kenalkan diri anda siapa. Sama ada anda seorang fashion vlogger, pencinta makanan, guru jahitan ataupun pakar fb ads, Kalau anda tak kenalkan anda siapa, macammana orang nak percaya dengan apa yang anda kongsikan.

Jadi, letaklah siapa anda di setiap media sosial yang ada sama ada di instagram bio, twitter, ataupun facebook walaupun media sosial tersebut tidak berapa aktif.

Kelebihan membuat semua ini boleh membuatkan nama brand mudah dicari atau mudah di’search‘. Sebagai contoh, kalau anda seorang coach kesihatan. Apabila search ‘coach kesihatan’ di instagram search, nama anda akan naik di bahagian search.  Walaupun nama username berbeza sebab anda dah tulis coach kesihatan di bio.

Dari situ anda boleh nampak kelebihan claim diri anda siapa sebenarnya membuatkan anda lebih mudah mendapat pengikut dan memudahkan orang lain mencari apa yang mereka inginkan.

Semoga anda dapat sekurang-kurangnya satu ilmu yang baru dan jangan lupa untuk mempraktikkan apa yang saya kongsikan.


~Serverfreak untuk membina website~

Sharing is caring!

0 0 vote
Article Rating