Branding atau Selling…Mana Kena Buat Dulu?

Branding atau Selling…Mana Kena Buat Dulu?

Bagi peniaga online yang baru bermula, mungkin tertanya-tanya soalan ini di fikiran…

“Nak branding dulu ataupun selling dulu ye?”

Kalau kita search di google, soalan “branding dulu atau selling dulu?” muncul banyak kali di halaman pertama.

Untuk mengetahui mana satu yang perlu dimulakan dulu, saya pun buatlah kajian sedikit.

Apa itu Branding?

Branding adalah salah satu teknik pemasaran(marketing) yang mempunyai nama yang unik, simbol atau personaliti tertentu untuk membuatkan audience, prospek atau pelanggan mudah ingat tentang brand tersebut (sumber: kamus).

Inilah maksud basic tentang branding yang ramai orang tahu. Saya cuba ringkaskan biar kita nampak apa maksudnya sekali lagi.

Branding(penjenama dalam Bahasa Malaysia):

  • satu teknik pemasaran(marketing).
  • ada nama atau personaliti yang unik.
  • membuatkan audience mudah ingat apabila melihat brand tersebut.

Jika kita mendalami maksud branding ini, ianya lebih ke arah corporate branding dan biasanya dilakukan oleh bisnes secara offline.

Macammana pula dengan bisnes secara online?

Adakah sama seperti maksud branding (bisnes offline) tadi?

Berdasarkan smartinsights.com, branding di dunia online perlu ada:

  • website
  • content marketing
  • media sosial
  • e-commerce
  • email marketing
  • lain-lain.

Dari sini, kita boleh nampak yang cara marketing di bisnes online agak berbeza daripada bisnes offline.

Marketing di dunia online dikenali sebagai digital marketing.

Apa itu selling?

Selling ialah menjual sesuatu dalam bentuk skill(kemahiran) ataupun produk. Kalau di dunia online ini, kita panggil sebagai ‘bisnes online’.

Berdasarkan pengalaman saya yang pernah berbisnes online, kita boleh berniaga dengan menggunakan teknik:

  • dropshipping
  • affiliate
  • menjual di marketplace(contohnya, shopee, lazada)
  • reseller
  • lain-lain.

Memandangkan bisnes sekarang banyak yang terjejas akibat pandemik, bisnes online adalah salah satu perkara WAJIB yang MESTI dilakukan oleh peniaga. Kalau masih nak fokus bisnes offline, bersiap sedialah untuk kecewa. Ayat macam kasar tapi itulah kenyataannya.

Hasil Selidik: branding atau selling dulu?

Saya dapati semua ini BERGANTUNG kepada diri kita sendiri. Ada yang sesuai selling dulu dan ada juga yang sesuai branding dulu. Menurut Kang Dewa, tujuan kita selling adalah untuk closing(ada pembelian) dan tujuan kita branding adalah untuk mendapat loyality(kesetiaan pelanggan).

Contohnya, cuba lihat situasi 1 dan 2 ini.

Situasi 1, kalau kita berpendapat yang:

  • branding adalah logo.
  • selling adalah menjual produk.

Maka, kita patut membina branding dan selling bersama-sama. Kena ada kedua-duanya sekali berjalan seiringan.

Coca Cola fokus kepada branding dan selling.

Atau….

Kalau seperti situasi 2 ini::

  • branding adalah membina kepercayaan dan hubungan yang kuat dengan pelanggan.
  • selling adalah memberi sesuatu yang bermanfaat kepada pelanggan,

Maka, kita kena fokus satu sahaja iaitu selling ataupun branding.

Mungkin ada yang pernah tertanya-tanya seperti ini….

Kalau nak menjual di FB atau IG, adakah kita harus membina personal brand di akaun peribadi atau buka akaun yang lain yang khusus untuk menjual sahaja?

Jawapan:

Menurut Pak Subiakto Priosoedarsono, kelebihan product brand akan menghasilkan kepercayaan audience/pelanggan terhadap produk. Biasanya pelanggan tidak ambil kisah siapa penjual atau pemilik produk tersebut.

Sebagai contoh, katakanlah saya sangat setia dengan produk Safi. Walaupun dah bertahun-tahun memakai Safi, saya masih tidak tahu siapa pemiliknya dan TIDAK AMBIL PUSING siapa orangnya. Rasanya bukan saya seorang sahaja yang rasa macamni, kan? Itulah Product Brand.

Bagaimana pula dengan personal brand?

Kelebihan personal brand pula adalah pemilik atau penjual akan mendapat kepercayaan dan kesetiaan dari audience/pelanggan dan kadang-kadang audience tidak ambil kisah sangat tentang produk yang dijual.

Sebagai contoh, katakanlah Siti peminat setia pelakon Fazura. Disebabkan terlalu minat, apa sahaja yang Fazura jual atau iklankan PASTI Siti akan beli dan Siti TIDAK AMBIL PUSING produk apa yang dijual. Haaa…kalau artis ada peminat seperti Siti ni jagalah hati dia baik-baik.

Jadi, perlu buka akaun personal atau akaun bisnes?

Semuanya bergantung dan terserah kepada kita. Kalau nak naikkan engagemant atau interaksi, pilihlah akaun personal. Kalau nak mudah buat iklan(atau mungkin satu hari nanti nak buat ads), fokuslah kepada akaun bisnes.

Perkara Yang Perlu Diutamakan

Perkara utama yang kita perlu titikberatkan sebelum branding adalah product knowledge. Kita kena tahu dan peka dengan inti produk dahulu.

Kalau produk kita berkualiti, mahal dan tahan lama, eloklah fokus membina product brand.

Kalau produk kita lebih kurang sama dengan produk yang sudah ada di pasaran, eloklah fokus membina personal brand.

Kelebihan Personal Branding

Personal brand adalah salah satu cara untuk membina kepercayaan pelanggan. Saya selalu lihat orang yang ada personal brand yang kuat, memang senang untuk mengembangkan bisnes. Juallah apa pun, pasti laku.

Tapi membina personal brand selalunya akan makan masa yang agak lama juga.

Menurut kang Dewa, kita kena fokus dan konsisten share info-info yang bermanfaat dahulu. Selepas ada feedback atau traffic yang banyak, barulah boleh menjual.

Kesimpulan

Semuanya terserah kepada kita nak buat yang mana dahulu. Jangan mengharapkan hasil yang sama jika mengikut bulat-bulat cara orang lain sebab lain orang, lain rezekinya. Kadang-kadang kita tengok orang tu buat nampak berjaya dan semua menjadi. Tapi ingat, semua bergantung kepada rezeki. Yang penting, kita bertindak dan buat apa yang dipelajari.

Jadi, kawan-kawan pilih selling dulu ataupun branding dulu?

Walaupun branding biasanya makan masa yang lama tetapi hasilnya berbaloi dengan usaha kita dan jarang mengecewakan. Selling pula sangat senang nak dapat hasil yang kita inginkan tapi sampai satu tahap kita akan penat.