Setiap kali masuk bulan Ramadhan, pasti ada hutang puasa yang kita perlu lunaskan. Jika dibiarkan terlalu lama untuk menggantikan puasa, kita akan mudah lupa bilangan hari yang memerlukan kita menggantikan puasa tersebut. 

Kali ini saya akan kongsikan dengan anda bagaimana caranya nak ingat dan menggantikan kesemua puasa dengan hanya menulis di buku nota ataupun diari.

Tidak kisahlah anda nak tulis di mana pun dan yang paling penting, anda sentiasa membelek buku nota atau diari tersebut. 

Cara Menulis Bilangan Hari Untuk Menggantikan Puasa

Tulis tajuk, contohnya “Ganti Puasa”.

Tuliskan bilangan hari yang anda perlu gantikan atau qadha’kan puasa.

Tulis nama bulan dari kalendar atau bulan apa yang anda nak mulakan untuk menggantikan puasa tersebut.

Jika anda mula menggantikan puasa pada 1 Januari, tuliskan ‘1’ atau mula pada 30 Januari, tuliskan ’30’.

Disebabkan anda perlu menggantikan puasa sebanyak 7 hari, nombor ‘6’ ini ditulis untuk mengingatkan anda ada 6 hari lagi yang anda perlu gantikan puasa. Tetapi dengan syarat, puasa pada hari tersebut anda sudah lunaskan.

Ulang cara yang sama pada hari yang lain anda gantikan puasa.

Jika sudah sampai ke ‘0’ hari yang anda perlu gantikan puasa, ini bermakna anda sudah selesai menggantikan puasa anda.

Sharing is caring!

0 0 vote
Article Rating