Cara Membahagikan Masa Untuk Membuat Content

Cara Membahagikan Masa Untuk Membuat Content

Membuat content yang berkualiti dan menarik, ada masanya agak susah tetapi kita tidak sepatutnya rasa begitu kalau kita tahu cara membahagikan masa untuk membuatnya.

Saya tengok, kebanyakan peniaga online mempunyai masalah ini sebab zaman sekarang semua orang digalakkan menjadi content creator.

Situasi peniaga online lebih kurang seperti ini…

Disebabkan terlalu sibuk dengan bisnes, sedar tak sedar belum post apa-apa di media sosial hari ini… paling teruk, dah lama tak post apa-apa dalam beberapa bulan.

Bila tersedar, barulah rasa nak cepat-cepat post sesuatu di media sosial. Disebabkan sikap tergesa-gesa ini, kita rasa tidak bersemangat nak memilih gambar yang tepat dan kata-kata yang menarik yang berkaitan dengan gambar yang kita nak kongsikan.

Kenapa? Sebab menyusun content marketing strategy bukan kepakaran kita(peniaga online).

Jadi, harini saya nak kongsikan macammana kita nak membahagikan masa untuk membuat content supaya kita dapat membuat content dengan lebih baik.

Mula Menulis Gol Untuk Setahun

Salah satu persiapan untuk membuat content yang selari dengan topik yang kita pilih ialah dengan membuat gol dalam jangkamasa setahun.


Mulakan dengan…
Siapa target audience kita?
Apakah masalah mereka yang kita boleh bantu?
Apakah soalan yang mereka selalu tanya?
Apa yang kita boleh buat untuk memberi value dalam hidup mereka?

Jika anda tidak tahu bagaimana menentukan target audience, sila dapatkan workbook ini…

Tapi di mana kita nak cari target audience?

Untuk mencari target audience yang tepat, kita perlu mencari mereka di media sosial dan pastikan di situlah tempat mereka berkumpul.

Apa bezanya target audience dan target market?

Target market adalah sekumpulan orang yang akan menggunakan produk kita.

Target Audience adalah sekumpulan orang yang akan menjadi pembeli produk kita. 

Dalam banyak situasi, target market dan target audience adalah orang yang sama.

Yang bezanya kalau kita membuat content yang fokus kepada permainan kanak-kanak pra-sekolah. Target market adalah kanak-kanak pra sekolah, manakala target audience adalah ibu bapa kanak-kanak tersebut.

Pecahkan Gol Tersebut

Lebih baik lagi kalau kita pecahkan gol dalam setahun kepada suku tahun(setiap 3 bulan), bulanan dan mingguan.

Sebagai contoh, jika gol kita ialah mendapatkan 1,000 pelanggan baru dalam setahun, kita perlu mendapatkan 250 pelanggan baru setiap suku tahun, 84 pelanggan baru setiap bulan dan 20 orang pelanggan baru setiap minggu.

Katakan dalam suku tahun pertama, content kita lebih fokus kepada topik kesihatan.

Gol kita adalah membantu orang yang bekerja di pejabat menurunkan berat badan tanpa senaman yang berat.

JanuariContent tentang resepi yang menyihatkan yang boleh dibuat bekal ke pejabat.

FebruariContent senaman ringan yang boleh dilakukan walaupun sibuk.

MacContent tentang informasi kesihatan dan cara menulis journal untuk track kesihatan diri.

Kemudian, bahagikan setiap topik menjadi content menarik seperti post tentang vision board, kerja kita di belakang tabir(BTS), komik, cara senaman, gambar makanan atau apa sahaja idea yang memberi inspirasi kepada target audience kita.

Kalau boleh, kita pamerkan diri kita supaya mereka dapat melihat dan berhubung dengan real people(bukan produk) walaupun di media sosial.

Konsisten Munculkan Diri

Munculkanlah diri beberapa kali setiap minggu. Tetapi, tidak semestinya perlu menonjolkan diri setiap kali update post di media sosial, cukuplah sekadar kita muncul untuk berinteraksi dengan audience kita.

Sebagai contoh, Instagram adalah salah satu platform yang sesuai untuk kita munculkan diri dan kongsikan content yang bermanfaat.

Bagi pendapat saya, Instagram lebih fokus kepada gambar dan video dan ramai yang menggunakan Instagram untuk mendapatkan inspirasi dan idea.

Konsisten munculkan diri, sudah buat kan?….tapi ini tidak cukup.

Kita juga perlu konsisten dengan warna dan gaya bergambar yang akan kita gunakan sebab ini akan meningkat value personal brand kita. Dengan berkongsi gambar dan video secara konsisten di media sosial akan membantu kita untuk menjadi lebih menonjol.

Sudah pastinya kita boleh buat semuanya sendiri, tetapi kita juga boleh meminta bantuan orang lain untuk menyusun content kita nanti.

Dengan melakukan tips-tips iaitu membuat gol dan konsisten, content yang kita nak kongsikan akan menjadi lebih berkualiti dan dalam masa yang sama, dapat menaikkan personal brand kita. Semoga Bermanfaat.