Cara Bijak Mengatur Tugasan To Do List Yang Berkesan

Jika anda suka menulis planner, mesti anda sudah biasa membuat to do lists.

Disini saya nak kongsikan bagaimana saya mengatur jadual to-do lists yang betul yang dapat menyelesaikan tugasan-tugasan yang penting pada hari tersebut.

Ketika membuat to do lists, seboleh-bolehnya kita mahu menyelesaikan kesemua lists yang ditulis. Biasanya, kita akan menulis lists yang panjang berjela dan akhirnya kita rasa stress sebab tidak dapat menyelesaikan lists tersebut.

Adakah usaha kita tidak cukup untuk menyelesaikan kesemua tugasan tersebut?

Membuat to do lists memerlukan komitmen dan setiap kali tugasan tersebut sudah diselesaikan, ia memerlukan anda menandakan atau menggariskan tugas-tugas yang sudah dibuat.

Sebenarnya, menulis to do lists setiap hari akan membuatkan hari yang kita tempuh akan menjadi semakin produktif dan teratur.

Dibawah ini saya akan menyenaraikan 5 cara bagaimana membuat to do lists yang mudah diikuti dan yang paling penting, boleh membuat kita menjadi lebih fokus.

To do lists boleh ditulis diatas kertas ataupun dibuku nota. Anda juga boleh membeli Lemon Series To Do List yang comel dan memudahkan kita menulis to do lists yang perlu dibuat setiap hari.

 

1. Menulis to do lists secara bijak dan jujur

Tulis yang penting sahaja. Jangan tulis rutin yang anda biasa buat atau tugasan yang tidak memerlukan reminder.

Sebagai contoh, kalau anda perlu bangun pada pukul 5 pagi, anda hanya perlu setkan jam loceng jika ingin bangun pukul 5 pagi. Tidak perlu ditulis pada kertas to do lists.

Disebabkan tugasan yang remeh inilah yang membuatkan to do lists anda menjadi semakin panjang berjela.

Kalau anda menumpukan pada tugasan yang mudah dan remeh, mungkin anda akan berasa rasa kesal sebab anda tidak dapat melakukan tugasan yang penting kerana masa tidak cukup. Ini perkara biasa ketika baru bermula menulis sebab saya pun pernah mengalaminya.

Pastikan anda highlight tugasan yang amat penting yang perlu diselesaikan pada hari tersebut.

Pilihlah tugasan yang wajib diselesaikan dan jangan takut untuk berkata ‘tidak’ pada tugasan yang tidak penting. Fokus pada tugasan yang memerlukan perhatian yang lebih.

Jangan lupa berikan sedikit masa rehat selepas tugasan yang penting tadi telah diselesaikan.

Untuk mencapai sesuatu yang paling bernilai, kadang-kala kita perlu membuang apa yang tidak bernilai.

(Bernadette Devlin)

 

2. Menulis ayat yang memberi inspirasi

Pastikan ayat yang anda tulis di to do lists adalah ayat tugasan yang memberikan anda semangat dan inspirasi supaya ianya akan membuatkan anda lebih bekerja kuat untuk mencapai gol yang telah ditulis.

Sebagai contoh, tugasan yang penting pada hari ini ialah saya nak habiskan ulangkaji matematik. Jika saya mahu lebih bersemangat,  saya akan tulis ‘habiskan ulangkaji matematik sehingga bab 4 sebelum 12 tengahari’.

A dream is just a dream. A goal is a dream with a plan and a deadline.
-Harvey Mackay

 

3. Mangutamakan tugasan yang penting

Berdasarkan tips no.1, anda boleh lihat saya menekankan yang kita perlu memikirkan dahulu apakah tugasan yang paling penting yang perlu dibuat pada hari tersebut.

Tugasan penting biasanya adalah tugasan yang paling berat yang boleh membuatkan kita rasa ingin menangguh waktu dan ‘malas’ sedikit.

Tulis tidak lebih daripada 3 tugasan yang penting dan fokuslah pada tugasan tersebut sebelum melakukan tugasan-tugasan yang lain(kurang penting). Tugasan yang penting ini sebaik-baiknya dilakukan pada awal pagi ataupun dijadikan tugasan pertama yang anda perlu mulakan.

Pecahkan masa berapa lama tugasan tersebut perlu disiapkan secara berperingkat. Jika perlu, gunakan alarm supaya kita dapat menyiapkan tugas dalam masa yang ditetapkan.

The first step is the most important. It is the most crucial and the most effective as it will initiate the direction you have chosen.
-Steve Backley

 

4. Beri perhatian pada tugasan yang boleh membuatkan anda risau

Sebagai contoh, perlu siapkan assignment sebab kena hantar pada minggu hadapan ataupun mengemas rumah sebab saudara-mara nak datang beraya.

Inilah antara contoh tugasan yang mungkin boleh membuatkan anda berasa risau jika tidak diberi keutamaan. Kalau buat tugasan yang lain dahulu, kemungkinan anda akan rasa tidak tenteram sebab ada tugasan yang lebih penting belum dilaksanakan lagi.

Push your limits.
That’s how you grow 10x better than yesterday.

 

5. Siapkan to do lists sebelum masuk tidur

Sebaik-baiknya, kesemua to do lists telah ditulis sehari sebelumnya supaya anda tahu dan nampak jelas tugasan yang perlu diselesaikan pada keesokan hari.

Dengan meluangkan masa sepenuhnya pada lists yang ingin ditulis, anda dapat menetapkan masa tugasan dengan lebih teratur kerana anda akan tahu tugasan apa yang penting ataupun tidak.

Sebaik sahaja bangun pagi, lihatlah to do lists tersebut sekali lagi sebelum anda memulakan hari anda pada hari itu.

Kesimpulannya…

Cara Bijak Mengatur Tugasan To Do List Yang Berkesan

Pada awalnya, anda mungkin akan berasa susah untuk menulis to do lists seperti ini. Saya sendiri memerlukan masa yang panjang untuk memikirkan tugasan yang tepat dan terbaik yang berkait rapat dengan gol hidup saya.

Semoga tips kali ini dapat mengubah hidup anda menjadi lebih teratur dan dapat menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. Semoga bermanfaat…dan jika ada tips yang lain, jangan lupa kongsikan tips  anda dibawah.

 

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of