Cara Buat Duit Di Facebook Profile

Cara Buat Duit Di Facebook Profile

Setelah bertahun-tahun membuat bisnes online, barulah saya sedar betapa pentingnya membuat marketing di media sosial. Dari situlah saya mula belajar tentang dunia social media marketing.

Tapi kalau orang tanya siapa yang paling ramai membeli, saya boleh menjawab tanpa berfikir panjang.

Jawapannya ialah emak-emak.

Sejak bertahun-tahun membuat bisnes online, golongan emak-emak inilah yang ramai membeli. Rugi kalau kita tidak targetkan emak-emak ini sebagai target market kita dalam bisnes online. Mereka bukan sahaja aktif membeli tetapi rajin juga berniaga online.

Jadi, di mana kita boleh jumpa dengan golongan emak-emak ini?

Jawapannya, di Facebook.

Topik hari ini saya nak kongsikan tentang:

  • cara membina facebook personal yang menarik pelanggan.
  • waktu yang sesuai untuk post di facebook.
  • cara membuat post yang menjual(bukan hard selling).
  • cara menambahkan trafik ke facebook dan mengumpul database prospek/target market.

Target Market= Emak-Emak

Menurut guru saya, golongan emak-emak sangat suka menggunakan Facebook Personal kalau dibandingkan dengan Facebook Page.

“Emak-emak ini suka benda-benda free.”

Guru Saya Yang Juga Seorang Emak

Bila sebut tentang benda free, kalau boleh emak-emak ini nak mengiklan pun nak free juga. Sebab itulah Facebook Personal lebih disukai berbanding Facebook Page.

Walaupun ramai yang merasakan diri mereka tidak pandai menggunakan internet(media sosial) atau tidak pandai berniaga online, tapi bagi saya berniaga sebenarnya bukan datangnya dari bakat tetapi dari usaha dan kemahuan diri sendiri.

Kalau kita pandai menggunakan facebook, InsyaAllah yang lain pun kita akan cepat belajar cara penggunaannya. Kalau rasa facebook boleh menaikkan sales, apa nak ditunggu lagi. Cubalah menggunakan facebook untuk menambahkan sales.

Kenapa Menjual di Facebook?

Berbeza dengan Instagram, Instagram kena kumpulkan followers kalau nak ramai ikut apa yang kita kongsikan.

Berbeza dengan Tiktok. kita kena masuk fyp dulu kalau nak ramai orang menonton video tiktok yang kita kongsikan.

Daripada kajian yang dibuat, ramai pengguna Instagram dan Tiktok adalah golongan generasi millennial/anak muda. Facebook pula dipenuhi dengan golongan dewasa antara umur 24 hingga 45 tahun.

Disebabkan kita lebih targetkan kepada emak-emak, eloklah kita pilih Facebook dan lebih fokus kepada story atau cerita yang kita ingin sampaikan.

Yang penting, kita kena tahu di mana target market kita banyak berkumpul dan platform(media sosial) yang mereka banyak gunakan.

Kenapa Pilih Facebook Personal?

Menurut guru saya, beliau melihat orang yang membeli produk kosmetik, makanan minuman, fesyen atau berniaga apa pun, kebanyakannya akan memilih membeli dengan orang yang mereka percaya dan kenal daripada memilih membeli dengan orang yang mereka tidak kenal.

Dari situlah, kita harus membina personal brand dari awal.

Sejauh manaorang lain kenal kita? Apakah manfaat yang akaun media sosial kita boleh berikan?

Bila sebut pasal personal branding, saya teringat kang Dewa pernah cakap yang Facebook personal adalah tempat yang paling sesuai untuk membina personal branding.

Menurut guru saya pula, ketika orang sudah kenal kita di media sosial sebagai seorang yang boleh dipercayai dan penjual yang menjual produk yang berkualiti, mudah untuk mereka membeli produk kita tanpa berfikir berkali-kali.

“Jadi, memang sayang betul kalau kita tak pandai mengambil peluang padahal peluang dah tersedia di depan mata. Tinggal kita nak bertindak ataupun tidak”, kata guru saya.

Cara Membina Kepercayaan Orang

Sebelum membina kepercayaan orang, kita kena tahu siapa prospek kita.

Tapi, apa itu prospek?

Prospek adalah orang yang sesuai sebagai target market kita dan ada kemungkinan INGIN membeli produk yang kita jual.

Membina kepercayaan orang tu macammana pulak?

Membina kepercayaan(trust) adalah pelbagai jenis usaha atau tindakan yang kita buat dengan cara kongsikan ilmu bermanfaat, menjawab soalan-soalan yang target market kita ingin tahu atau membina personal branding yang kuat.

Dengan membina kepercayaan, mereka akan percaya kepada kita sehingga kita nak menjual apa pun senang.

Sebagai contoh, ada abang ini menjual tudung. Kalau dia sudah lama membina kepercayaan orang, tidak peliklah kalau ramai yang membeli tudung dia.

Jadi, perkara pertama yang wajib dibuat ialah buat prospek percaya kepada kita dahulu.

Cara Membina Kepercayaan Prospek(Target Market):

Berasa yakin.

Sebelum kita menyakinkan target market/prospek, pastikan kita sudah yakin dengan produk atau info yang kita ingin kongsikan.

Keyakinan kita jangan setengah-setengah. Macammana orang nak percaya kalau kita sendiri tidak yakin?

Kongsi testimoni dan review.

Sudah pasti target market/prospek kita akan lebih tertarik dan percaya kalau mereka dapat melihat sendiri produk kita di depan mata.

Lebih bagus kalau review/testimoni itu daripada pelanggan yang sudah membeli ataupun kita sendiri yang tunjukkan kelebihan produk kita.

Testimoni=keberhasilan produk.

Sentiasa munculkan diri.

Kalau kita jarang muncul, susah mereka nak ingat kewujudan kita.

Ingatlah, “Diri kita adalah apa yang kita postingkan”. Jadi, jangan kongsi posting yang membuat orang marah atau yang pelik-pelik. Pastikan semuanya positif dan bermanfaat.

Manfaatkan kemudahan yang ada.

Di facebook sudah ada story, video live dan macam-macam lagi. Gunakanlah semua itu dengan sebaik-baiknya.

Sebagai contoh, tunjukkan cara membungkus barang customer di story, naikkan status apabila bertemu orang-orang yang penting atau aktiviti-aktiviti yang lain.

Story= menambah kepercayaan orang.

Apabila kita kongsikan aktiviti harian(yang berkaitan dengan personal brand/bisnes), prospek/target market akan berasa lebih dekat dengan kita.

Gambar profile.

Kalau ramai yang belum kenal kita di facebook, letaklah gambar wajah yang bagus dan terang.

Gambar=menggambarkan siapa diri kita.

Jangan letak gambar kartun, kucing, bunga atau apa sahaja yang buat orang susah nak mempercayai kita.

Bila Nak Post Di Facebook Personal?

Apa content yang kita boleh post di facebook untuk meningkatkan engagement dan menguatkan personal brand?

Saya sendiri pun kadang-kadang tidak tahu nak post apa di facebook. Bingung, kan?

Guru saya kata, target market/prospek mesti bosan kalau post kita adalah menjual produk setiap hari di facebook. Jangan sampai ada yang kena ‘mute’ sebab mereka dah tak sanggup nak tengok post jualan kita yang selalu keluar di feed ataupun di story.

Facebook adalah social media dan bukannya selling media. Di facebook, orang lebih suka kita share cerita daripada kita jual barang.

Jadi, kalau nak menjual kita kena pandai membuat status yang tidak nampak seperti menjual. Salah satunya adalah dengan menggunakan softselling dan tahu waktu yang sesuai untuk kongsikan post itu di facebook.

Antara waktu yang disarankan:

PAGI (pukul 7:00 a.m hingga 10:00 a.m).

Buat postingan tentang kisah inspirasi, motivasi pagi, doa atau content yang bermanfaat.

TENGAHARI(pukul 12:00 p.m hingga 1:00 p.m).

Buat postingan yang membuatkan orang lain akan tinggalkan komen seperti pertanyaan, menegur kawan, berita terkini, kisah kelakar dan lain-lain.

MALAM(pukul 8:00 p.m hingga 10:00 p.m).

Buat post yang berkaitan bisnes online kita dalam bentuk convert selling ataupun soft selling. Jangan sesekali terus hardselling melainkan kita ramai pengikut(yang pernah membeli) dalam facebook kita tersebut.

Hardselling tidak digalakkan sebab ramai yang dah kena banned sebab terlalu banyak buat post menjual secara direct.

Berapa kali kita boleh post? Terpulang kepada masing-masing. Lagi banyak, lagi bagus.

Sebenarnya, 3 kali post dalam sehari pun dah cukup. Kita gunakanlah waktu yang lain itu untuk fokus kepada bisnes. Takkan kita nak meluangkan masa kat media sosial lebih banyak daripada masa untuk berniaga, kan.

Pada waktu yang lain kita boleh memantau post status yang kita dah kongsikan, membalas komen orang, like komen orang lain atau follow up DM mana-mana customer yang sudah tertarik dengan produk kita tapi masih belum membuat pembayaran.

Semua ini pun bergantung kepada target market kita juga.

Contohnya, kalau target market kita adalah peniaga online yang setiap jam sentiasa online, kita boleh post bila-bila masa sahaja dan InsyaAllah memang ada yang membaca apa yang kita post kan.

Kalau boleh, setiap post kita itu letakkan gambar yang menarik samaada gambar produk, gambar testimoni pelanggan, quote dan sebagainya.

Pendek kata, tekniknya lebih kurang sama macam menulis blog.

Kenapa Buat Post Jualan Pada Waktu Malam?

Menurut guru saya, kebanyakan orang akan berbelanja dalam mood yang terbaik ketika waktu malam. Biasanya, mereka akan membuka media sosial selepas balik dari kerja.

Kita kena sedar betapa pentingnya akaun facebook kita apabila ianya mula dikenali ramai. Perancangan yang teliti perlu dibuat dari sekarang untuk mengetahui arah tuju akaun facebook kita tersebut.

Jadi, jangan malas dan bagi banyak alasan kalau matlamat kita membuat akaun facebook adalah ingin membina kepercayaan orang.

Macammana kalau akaun facebook kita tu dah lama tak aktif?

Aktifkan dari sekarang, buat content dan berinteraksilah dengan orang yang kita rasakan adalah target market kita. Selepas itu, tambah pengikut(add friend) yang menjadi sasaran kita sebagai target market.

Yang penting, kenalah bersabar. Kalau kita konsisten kongsi content yang bermanfaat yang sesuai dengan target market, InsyaAllah hasilnya pasti ada.

Tips Mendatangkan Trafik Dari Facebook

Kena tanya diri sendiri dahulu.

Dah ada ke post orang lain yang kita dah like dan komen?

Kalau kita nak orang lain like dan komen, kita sepatutnya kena rajin untuk like dan komen post orang lain juga. Kalau belum pernah, jangan haraplah orang lain nak like dan komen post kita.

Apabila dah biasa merutinkan aktiviti membaca post orang lain, tekan like dan komen, apa yang kita buat itu akan membuat orang lain ke post kita pula(atas izin Allah SWT).

Selepas kita dah berjaya mengumpulkan target market kita di facebook sehingga sudah sampai tahap bertukar-tukar nombor telefon, inilah waktu yang tepat untuk kita up whatsapp story pula.

Jagalah aset berharga yang dinamakan database ini(nombor telefon dan email). Kita WAJIB menyimpan database mereka yang sudah tertarik dengan post kita di facebook tadi.

Buatlah mereka seperti kawan baik supaya mereka semakin dekat dan selesa dengan kita.

Jika semuanya sudah dibuat, InsyaAllah kita menjual apa pun senang untuk mendapatkan sales. Yang penting, semua target market yang tepat telah dikumpulkan ke dalam ‘kolam’ kita.

Kesimpulan

Membina kepercayaan orang di facebook memerlukan proses dan makan masa yang panjang.

Jangan ingat kita akan mendapat trafik yang banyak dengan cepat selepas mempraktikkan semua ini. Semuanya berproses dan mungkin makan masa berbulan-bulan dan ada yang bertahun-tahun. Yang penting, kena konsisten.

Facebook personal tidak perlu membayar apa-apa dan semuanya percuma. Jika kita konsisten dengan content yang menarik dan bermanfaat, kita akan mendapatkan hasil yang kita inginkan apabila masaya tiba.

Bonusnya adalah kita dapat membina personal brand yang kuat apabila kita konsisten dan berjaya menarik trafik yang ramai.

Dan ingat, semua ini berproses dan tidak ada yang instant.

Semoga bermanfaat dan saya pun berharap anda mendapat idea bagaimana nak menggunakan facebook personal anda dengan sebaik-baiknya.