Cara nak buat link WhatsApp untuk bisnes online. Tapi sebelum itu, saya nak kongsikan sedikit penerangan tentang WhatsApp Marketing.

Sebenarnya, melakukan Whatsapp Marketing itu adalah sangat simple jika dibandingkan melakukan marketing menggunakan platform promosi yang lain seperti Facebook, Instagram, ataupun e-mail.

Dalam WhatsApp Marketing, anda hanya perlu lakukan 3 point penting sahaja. Dengan syarat, lalukannya dengan konsisten supaya anda boleh mendapat hasil yang anda inginkan, InsyaAllah.

Apakah 3 point penting itu?

Apa Itu WhatsApp?

Sebelum saya terangkan secara panjang lebar tentang 3 point penting itu, saya ingin anda faham terlebih dahulu tentang WhatsApp. Ada 2 persediaan yang anda perlu lakukan sebelum memulakan WhatsApp Marketing, iaitu:

  1. Cara WhatsApp Bekerja
  2. Risiko Menggunakan WhatsApp

1. Cara WhatsApp Bekerja

Seperti yang saya katakan tadi, WhatsApp Marketing ini berbeza dengan platform media sosial yang lain seperti Facebook dan Instagram.

Contohnya di Facebook dan Instagram. Ketika di sana kita membuat content promosi menggunakan cara hardselling ataupun softselling, kita lakukan itu semua di akaun kita sendiri. Betul tak?

Sehinggakan Friends dan Followers kita pun mempunyai kebebasan untuk klik Like, Komen ataupun membeli produk yang kita tawarkan.

Ini sangat berbeza dengan WhatsApp.

Di WhatsApp, kita terus masuk ke akaun privacy calon pelanggan kita iaitu nombor telefon WhatsApp mereka.

Suka ataupun tidak, message promosi kita akan terus masuk ke ruangan chat peribadi mereka(nombor WhatsApp),

Dari situlah, saya dapat lihat salah satu point penting dalam WhatsApp Marketing adalah menjaga keselesaan orang yang menerima message promosi tersebut.

2. Risiko Menggunakan WhatsApp

Sebelum menggunakan WhatsApp sebagai media marketing, anda perlu tahu risiko yang bakal anda hadapi.

Apapun platform yang anda gunakan pasti mempunyai risikonya yang tersendiri. Di WhatsApp, risikonya adalah anda kena BLOCK samaada dilakukan oleh pihak WhatsApp ataupun calon pelanggan anda sendiri.

Anda tidak boleh mengelak kena block di WhatsApp dan semua itu harus diterima dengan hati yang terbuka. Gunakanlah tools atau cara apa pun, potensi untuk kena block itu tetap ada.

Jadi, tugas anda adalah dengan MENGURANGKAN potensi kena block. Inilah 2 persediaan membuat duit tentang WhatsApp yang anda kena faham.

Jika anda masih tidak boleh menerima 2 panduan asas ini, jangan sesekali terus masuk ke WhatsApp Marketing. Takut nanti bukan sahaja produk tidak terjual tapi anda pula yang berasa sentap dan kecewa berpanjangan.

Akhirnya, terus putus asa dan bisnes pun tak ‘menjadi’. Taknaklah macamtu, kan.

3 Point Penting WhatsApp Marketing

OK, seperti yang dijanjikan. Sekarang saya akan terangkan 3 point penting dalam WhatsApp Marketing.iaitu:

  1. Contact
  2. Content
  3. Funneling

Ketiga-tiga point ini akan saling berkaitan satu sama lain. Jadi, anda wajib melakukan 3 point ini dan tidak boleh memilih salah satu daripadanya. Faham?

1. Contact

Maksud ‘contact’ dalam WhatsApp, kadang-kala disalahertikan oleh beberapa orang.

Ada yang menganggap Contact adalah List Nombor Telefon WhatsApp calon pelanggan, pembeli ataupun audience mereka.

Sehingga ada yang mempunyai ribuan list contact pernah menanyakan kenapa masih kurang yang membeli produknya. Sedangkan list contactnya mencecah ribuan orang.

Dalam Whatsapp, saya berfikir sebaliknya. Sebenarnya kita perlu ada List WhatsApp dan Contact WhatsApp.

List WhatsApp adalah nombor WhatsApp yang datang dengan cara mendownload lead magnet(seperti ebook) yang saya pernah tawarkan. Ataupun mereka yang pernah membeli produk premium atau produk affiliate yang saya pernah promosikan. Dan disinilah terkumpulnya database yang mungkin jumlahnya dalam ribuan orang.

Sedangkan Contact WhatsApp adalah orang yang berada dalam List WhatsApp saya dan mereka sudah MENYIMPAN nombor WhatsApp saya. Secara automatik, ketika saya menghantar message broadcast ataupun update WhatsApp Story, mereka inilah yang dapat melihatnya.

Jadi, ‘Contact’ adalah orang yang mengenali kita sama ada orang yang menerima produk percuma yang kita berikan, produk premium yang kita jualkan atau lain-lain. Dan yang penting, mereka telah MENYIMPAN nombor telefon kita.

Jadi, masalah terbesar dalam WhatsApp Marketing adalah bagaimana caranya untuk mengubah List WhatsApp menjadi Contact WhatsApp.

Sebab itulah, kita memerlukan content untuk menyelesaikan masalah tersebut.

2. Content

Seperti yang saya terangkan tadi tentang 2 panduan asas WhatsApp, cara bekerja WhatsApp itu sangat berbeza dengan media sosial yang lain.

Kita akan masuk ke ruangan privacy List WhatsApp. Jadi, untuk membuatkan mereka berasa selesa, kita perlu membuat Content yang betul-betul related dengan mereka. Apabila mereka berasa selesa nanti, secara automatik mereka akan menyimpan nombor WhatsApp kita dengan senang hati.

Bagaimana caranya agar mereka berasa selesa dengan kita?

Pastikan content yang kita hantarkan ke mereka adalah sesuai dengan character mereka, gaya bahasa mereka, isi content yang kita kongsikan dan sebagainya.

Yang penting, pastikan interaksi akan terjadi antara anda dan mereka.

Dalam mengubah mereka daripada List WhatsApp menjadi Contact WhatsApp, anda perlu membuat struktur content yang betul untuk dihantarkan ke mereka.

Struktur content yang anda boleh gunakan adalah:

  1. Headline
  2. Perkenalan
  3. Info Ringkas
  4. Call to action

Headline

Di HEADLINE, pastikan:

  • Si penerima message akan ‘aware’ dengan message yang kita hantarkan sehingga membuatkan mereka membuka message kita.
  • Anda mesti tahu di bahagian notification, setiap message yang masuk di WhatsApp hanya perenggan pertama dari isi message yang kita dapat lihat.
  • Jadi, disinilah tugas HEADLINE bermula iaitu membuatkan mereka mahu membuka message tersebut.

Perkenalan

Seterusnya, tugas content adalah memulakan dengan PERKENALAN:

  • Agar mereka aware dan tidak terkejut menerima message anda.
  • Contohnya, anda memberi Ebook percuma “Buat Duit Tanpa Modal Di Internet”.
  • Buatlah ayat seperti “Assalamualaikum. Saya Fadz dari Melaka. Terima kasih ye sebab dah download Ebook “Buat Duit Tanpa Modal Di Internet” yang saya sudah berikan secara percuma.”
  • Perkenalan seperti ini akan membuatkan mereka berasa selesa.
  • Apatah lagi jika Ebook yang anda berikan mempunyai content yang sangat bagus.
  • Jadi, secara automatik interaksi yang anda akan dapatkan dari mereka adalah ucapan terima kasih.
  • Secara automatik, mereka akan menyimpan nombor telefon anda.

Info Ringkas

Bagaimana pula dengan INFO RINGKAS. Begini caranya membuat info yang ringkas:

  • Sebarkan informasi yang ringkas yang menjadi GOALS dari content yang anda hantarkan.
  • Buatlah mereka berasa ingin tahu tentang info yang lebih lengkap.
  • Apabila semua itu berjaya dilaksanakan, secara automatik meraka akan lakukan struktur yang keempat.

Call To Action

Struktur yang keempat adalah membuat Call To Action yang akan:

  • “Arahkankan” mereka melakukan sesuatu.
  • Anda boleh mengarahkan mereka untuk membalas message tersebut, klik link atau lihat Catalog WhatsApp anda.
  • Yang penting, anda harus memberikan arahan sebab manusia sentiasa lupa. Jadi, anda perlu selalu ingatkan.

Jika Contact dan Content sudah berjaya dipraktikkan, tugas selanjutnya adalah melakukan Funneling pada content tersebut.

3. Funneling

Perlu diingat, Funneling akan terjadi jika List WhatsApp sudah menjadi Contact WhatsApp anda.

Kenapa?
Proses Funneling banyak menggunakan Broadcast ataupun WhatsApp Story. Jadi, funneling akan terjadi kalau calon pembeli sudah menjadi Contact WhatsApp anda.

Secara ringkasnya, proses Funneling adalah sama seperti membuat Sales Funnel. Anda boleh mula melakukan 3 langkah Funneling seperti berikut:

  • Interaksi– agar mereka tetap selesa menjadi sebahagian dari contact kita.
  • Edukasi– agar mereka ‘aware’ dan terpesona dengan content kita.
  • Offer– mereka dengan senang hati menerima kita.

Sebelum saya kongsikan cara membuat link whatsApp, saya harap anda menjadikan post ini sebagai rujukan untuk memulakan WhatsApp Marketing.

Tujuannya supaya anda tahu bagaimana mencorakkan WhatsApp anda sesuai dengan bisnes anda sendiri.

Cara Buat Link WhatsApp

Menurut WhatsApp, anda boleh membuat link untuk sesiapa pun selagi anda tahu nombor telefon mereka yang mempunyai akaun WhatsApp. Terdapat 2 cara untuk membuat link Whatsapp yang boleh diklik, iaitu:

1. Buat Link Menggunakan ‘https://wa.me’

https://wa.me/ (no. tel)

Pastikan di bahagian (no.tel) adalah:

  • Nombor telefon yang lengkap dalam format antarabangsa.
  • Tiada sebarang angka kosong di depan.
  • Tiada kurungan.
  • Tiada tanda sengkang.

Contoh:
✅ Gunakan: https://wa.me/6012XXXXXX (jika nombor anda adalah 012)
Jangan gunakan: https://wa.me/+001-(XXX)XXXXXXX

2. Buat Link Dengan Mesej

https://wa.me/(no.tel)/?text= (urlencodedtext)

Pastikan di ruangan (urlencodedtext) adalah:

  • Dalam bentuk kod URL.
  • Tuliskan mesej anda di website URL Encoder terlebih dahulu.
  • Jangan lupa klik ‘Encode’ selepas menulis mesej.
  • Kemudian, copy dan paste terus di ruangan link (urlencodedtext) anda.

Contoh:

✅ Gunakan:

https://wa.me/6012XXXXXX?text=Saya%20tertarik%20dengan%20mobil%20Anda%20yang%20dijual

Inilah 2 cara yang dicadangkan oleh WhatsApp untuk membuat link WhatsApp di Malaysia.

3. Buat Link WhatsApp Tanpa Nombor

Jika anda download apps WhatsApp Business, anda boleh membuat link WhatsApp tanpa meletakkan nombor telefon.

Caranya adalah dengan:

  1. Buka apps WhatsApp Business.
  2. Klik bahagian ‘Setting’.
  3. Pergi ke ‘Business Setting’.
  4. Klik ‘Short Link’.
  5. Copy link tersebut.

Inilah antara cara untuk membuat link WhatsApp yang memudahkan pelanggan untuk menghubungi atau berinteraksi dengan anda.

Kesimpulan

Sebelum membuat link WhatsApp, pastikan anda belajar serba sedikit tentang WhatsApp marketing. Whatsapp adalah platform yang sangat berlainan jika dibandingkan dengan media sosial yang lain. Kita tidak boleh membuat marketing yang sama di media sosial dengan WhatsApp.

Semoga Bermanfaat!