Cara Membina Blog Affiliate Yang Menguntungkan

Cara Membina Blog Affiliate Yang Menguntungkan

Sekarang macam dah terlalu banyak persaingan dan halangan untuk menjual produk, kan. Selepas menjadi reseller dan penjual dropship, saya rasa kali ni saya nak cuba mendapatkan passive income pula dengan membuat Affiliate Marketing. Kata guru saya, manalah tahu rezeki saya ada di situ.

Sebagai seorang yang lebih selesa mempraktikkan apa yang dipelajari, post kali ini saya akan kongsikan langkah demi langkah bagaimana membuat affiliate marketing menggunakan blog.

Jadi, topik hari ini(membina blog affiliate) sesuai untuk:

  • anda yang ingin mendapat passive income.
  • anda yang ingin membina blog yang bermanfaat.
  • anda yang penyabar dan yakin dengan prosesnya.

Guru saya kata,

“Hasil passive income biasanya akan masuk dalam diam. Kadang-kadang duit masuk ketika kita tengah tidur dibuai mimpi.”

Guru yang baik hati

Tapi sebelum guru saya kongsikan langkah demi langkah macammana dia buat blog affiliate, dia sempat cerita dulu macammna dia terjebak.

Dia kata dia terjebak membuat blog affiliate selepas ada seorang kawan mengesyorkan dia membuat blog. Masa tu dia baru je berhenti kerja dan tak tahu nak buat apa kat rumah.

Atas nasihat kawannya tadi, dia terus belajar cara membuat blog.

Step 1: Buat blog

Video kegemaran saya tentang cara membuat blog.

Selepas dah buat blog, guru saya kata kita kena tahu keyword research, SEO dan isi content yang nak ditulis dalam blog.

Step 2: Kena tahu apa itu…

…keyword research, SEO dan content.

Apa yang saya faham tentang keyword research adalah satu perkataan atau ayat yang selalu orang taip dan cari di google.

SEO(search engine optimization) pula adalah cara ‘organik’ kita menarik trafik atau pembaca ke website kita setelah menggunakan search engine seperti google. SEO ini juga yang menentukan website kita berada di halaman pertama google ataupun tidak.

Content ialah apa yang kita tulis di website kita.

Selepas dah buat website, barulah boleh letak ads untuk dapatkan duit.

Disebabkan masa tu Google Adsense sangat popular, dia pun cubalah buat yang itu. Tapi hasil yang dia dapat tak sampai RM10 sebulan.

Suatu hari, dia perasan yang ramai kawan-kawan dia kat facebook aktif main affiliate di fb. Tiba-tiba guru saya ni dapat idea!

“Apa kata aku main affiliate guna blog!”

Selepas dia fokus affiliate di blog, semakin hari dia nampak duit affiliate dia semakin bertambah. Kalau dulu dengan Google Adsense dia dapat RM10 sebulan tapi dengan menjual produk affliate dia boleh dapat RM30 sehari.

Tapi, katanya selepas 6 bulan fokus dengan blog, barulah dia dapat penghasilan yang lumayan.

Step 3: Kena Sabar

Mungkin kita akan dapat hasilnya selepas 6 bulan.

Selepas guru saya dah bercerita panjang lebar, barulah dia nak terangkan tentang Affiliate Marketing kat saya.

Saya pun mulalah bertanya.

Apa Itu Affiliate Marketing?

Kata guru saya, bayangkan kita memperkenalkan satu produk yang nak dijual ke pelanggan kita. Selepas itu, tiba-tiba ada seorang pelanggan datang dan kata dia betul-betul berminat dengan produk tu. Kita pun bagi satu link yang membolehkan dia membeli produk itu sendiri di internet. Kalau dia membeli(buat pembayaran), dari situlah kita akan dapat komisen.

Lebih kurang macam jadi dropship jugalah.

Walaupun kita buat affiliate marketing macam menjual produk orang lain, kita sebenarnya tak ada kaitan pun dengan bisnes tu. Lainlah kalau jadi dropship. Kita kena minta izin dari ‘business owner’ dulu dan barulah boleh menjual.

Ada yang kata kalau kita jadi dropship tanpa izin business owner, bisnes kita tu boleh jatuh ke hukum haram.

Soal Jawab tentang Dropshipping

Yang penting, ada keizinan. Affiliate ni pun sebenarnya dah dapat keizinan juga sebab kalau business owner tidak buatkan link affiliate, macammana kita nak dapatkan komisen, kan.

Kenapa Mesti Jadi Affiliate?

Kelebihan affiliate marketing yang ramai nak tahu:

  • Merupakan salah satu passive income.
  • Tidak perlu pejabat. Boleh bekerja di rumah.
  • Tidak perlu modal bisnes yang terlalu tinggi.
  • Memberi komisen yang tinggi.
  • Persaingan tidak banyak.
  • Tidak perlu menguruskan order dari pelanggan.

Apa itu Produk Affiliate?

Produk affiliate ada dua jenis:

  1. Produk fizikal seperti komputer, skincare dan seumpamanya.
  2. Produk digital seperti ebook, software, template website dan seumpamanya.

Modal Yang Wajib Disediakan Sebelum Membina Blog Affiliate

Selepas buat bermacam-macam bisnes online selama bertahun-tahun, saya sebenarnya TIDAK percaya ada bisnes yang tidak perlukan modal. Sekurang-kurangnya modalnya ialah kita kena bayar pelan internet. Mana ada benda free sekarang ini.

OK, kita kena siapkan modal untuk dua perkara ini:

  • Beli domain. Gunakan nama domain yang mudah diingat.
  • Beli hosting. Cari hosting yang ada customer service yang mantap seperti serverfreak.

Step 4: Beli domain dan hosting

Saya beli domain dan hosting di serverfreak.

Cara Membina Blog Affiliate

Langkah-langkah membina blog Affiliate:

  1. Tentukan topik atau niche yang kita suka(Di media sosial, kita suka tengok posting apa?)
  2. Cari produk affiliate yang berkaitan dengan topik atau niche tersebut.
  3. Selidik masalah yang selalu ditanyakan oleh orang lain yang ada kaitannya dengan niche kita. (Tuliskan jawapan dari masalah itu sebagai artikel di blog).
  4. Tuliskan review tentang produk yang kita pernah gunakan yang berkaitan dengan niche/topik blog.
  5. Tambah ilmu SEO.
  6. Tunggu dan lihat(paling cepat pun 6 bulan).

Step 5: Ikuti checklist yang diberikan

Bahagian paling susah sekali ialah ketika nak menetapkan jenis niche atau topik untuk blog. Inilah bahagian yang paling lama untuk mendapatkan jawapan. Saya sendiri pun dapat jawapan selepas seminggu lebih. Itupun belum pasti lagi.

Kunci Kejayaan Sebuah Blog Affiliate

Ada dua cara kalau nak tengok blog itu berjaya dengan affiliate marketingnya:

  • Blog itu mempunyai niche dan topik yang diminati dan passionate.

Buatlah blog mengikut minat, hobi atau apa sahaja yang kita rasa ada kemahiran yang tinggi. Yang penting, kita suka topik yang dipilih. Sampai satu saat nanti kita akan berdepan dengan blogpost yang memerlukan masa yang sangat lama untuk disiapkan.

  • Blog itu membuat review tentang produk yang pernah digunakan dan ada pengalaman pahit manisnya.

Kalau kita nak tahu produk itu banyak manfaat atau boleh menyelesaikan masalah yang kita hadapi, mula-mula sekali kita kenalah guna produk tersebut. Betul tak? Dari situ, senanglah kita nak menulis berdasarkan pengalaman kita sendiri.

Bila Nak Start?

Sebenarnya selepas guru saya menerangkan satu persatu mengenai affiliate marketing ini, tiba-tiba saya rasa takut. Takut sebab saya baru sedar saya tak pandai menulis.

Macammana nak menulis blog kalau tak pandai menulis?

Kata guru saya, sampai sekarang dia pun tak reti menulis jugak. *Haaa… tepok!*

Dia kata, kita boleh menulis mengikut apa yang kita fikirkan(seperti menulis diari). Ataupun buat ayat seperti kita tengah bercakap.

Yang penting, orang faham apa yang kita nak sampaikan.


Kesimpulannya

Ada 5 langkah yang kita harus buat untuk membina blog affiliate, iaitu:

  1. Belajar membuat blog sendiri.
  2. Kena faham tentang keyword research, SEO dan content.
  3. Kena sabar dengan prosesnya.
  4. Beli domain dan hosting blog.
  5. Ikuti checklist yang diberikan tentang membina blog affiliate.
  6. Mulalah dari sekarang!

Semoga Bermanfaat! Sila share ke kawan-kawan ye.