Cara Membina Personal Branding Yang Kuat

Cara Membina Personal Branding Yang Kuat

Harini saya nak share tentang Personal Branding.

Saya tengok ramai juga yang tanya macammana nak brandingkan(jenama) produk dan brandingkan bisnes, tapi harini saya nak kongsikan macammana nak brandingkan diri Anda sendiri, bukan produk dan bukan bisnes.

Sebelum menjual produk, langkah terawal yang Anda kena buat ialah membangunkan personal brand sebab zaman sekarang ramai audience atau prospek akan melihat penjualnya dahulu sebelum melihat produk yang dijual.

Jadi, personal branding tersangatlah penting terutamanya jika Anda mempunyai audience atau prospek yang TIDAK akan membeli jika TIDAK kenal dengan penjualnya (ini realitinya!).

Kenapa mereka tidak membeli?

Sebab kita tidak ada branding… tidak ada personal branding.

Apa Itu Personal Branding?

Sebelum tu, apa kata kita fahamkan dulu tentang istilah Personal Branding.

Saya akan senaraikan beberapa nama ini dan cuba jawab secara spontan apa yang terlintas di fikiran Anda ketika melihat atau mendengar nama mereka:

  • Tun Dr. Mahathir:
  • Datuk Lee Chong Wei:
  • Oprah Winfrey:
  • Steve Jobs:
  • Remy Ishak:
  • Christiano Ronaldo:

Kalau personal brand mereka sudah cukup kuat, apa yang Anda tulis di atas tidak akan jauh berbeza dengan apa yang saya fikirkan.

Dah faham, kan?

Khairul Aming

Contohnya,

Ketika mendengar nama KHAIRUL AMING, mungkin yang muncul di fikiran anda adalah seorang content creator masakan yang akan kongsikan 30 resepi sepanjang bulan Ramadhan.

Betul tak?

Kalau Anda faham bahagian ini, maknanya Anda sudah faham apa itu Personal Branding.


“Your Personal Brand is the mental picture your prospects get when they think about you”

— Peter Montoya, The Brand Called You

Personal brand adalah gambaran yang kuat dan jelas yang ada di fikiran audience atau prospek Anda…

Soalan Yang Selalu Ditanya Mengenai Personal Branding

Saya nak bina Personal Brand tapi nak mula dari mana?

Langkah awal kalau ingin membina personal brand, anda harus ikut step by step ini:

  1. Tahu skill dan kemahiran yang Anda perlu ada dalam bidang yang dipilih (Competence)
    • Di tahap awal ini, Anda perlu ada pengetahuan dan kemampuan dalam mendalami pekerjaan, tugas atau bidang yang Anda ingin fokuskan.
    • Contohnya, kalau hobinya adalah memasak, personal brandnya adalah menjadi seorang content creator dalam bidang masakan.
    • Atau kalau kemahirannya adalah dalam bidang fotografi, personal brandnya adalah menjadi seorang content creator dalam mengedit gambar, photoshop dan sebagainya.
  1. Membina nama baik (Reputation)
    • Ini adalah gambaran atau tanggapan orang lain yang membuatkan mereka PERCAYA dan mudah ingat tentang kita. Jadi, sebaik-baiknya binalah nama baik di dalam bidang yang Anda fokuskan nanti.
    • Cuba tanya, apa yang pernah Anda bantu atau beri kepada audience sebelum ini?
    • Contohnya, kalau dia seorang coach bisnes, apa bisnesnya?
    • Atau kalau dia seorang content creator masakan, apa resepi yang dia pernah kongsikan?
  1. Mempunyai hasil yang telah dicapai (Potential)
    • Ini adalah hasil yang diperoleh dari bidang yang Anda fokuskan dan tahapnya lebih tinggi dari Reputation tadi.
    • Contohnya, Ali adalah seorang content creator masakan(Competence) dan telah membuat banyak resepi di youtube channelnya(Reputation). Dia juga telah menjadi 5x JUARA dalam pertandingan masakan di rancangan TV(ini adalah Potential).
    • Bila Anda sampai di tahap ini, orang lain akan menganggap anda seorang yang expert!

Tapi ingat, Anda kena ikut langkah 1 sehingga 3 mengikut turutan. Kalau sampai tahap 1 dan 2 sahaja pun tak apa.

Semoga dengan ketiga-tiga tips ini membuatkan Anda terbayang macammana nak bina Personal Brand yang kuat, powerful dan hebat dari awal.

Adakah perlu membuat personal branding di semua media sosial sekaligus? Atau fokus pada satu media sosial sahaja?

Sebaik-baiknya fokus kepada satu atau dua media sosial dahulu dan pastikan ada ramai target audience Anda di sana.

Sebenarnya, bukan senang nak fokus kepada semua media sosial jika kita masih baru membina personal brand. Takut tak terbuat nanti sebab selalunya nak update content berkualiti akan makan masa yang lama.

Bukannya tidak boleh untuk membina personal brand di beberapa media sosial tetapi kemungkinan besar Anda akan mudah hilang fokus dan cepat burnout nanti.

Saya lihat kebanyakan content creator yang ternama, hanya fokus kepada satu atau dua media sosial sahaja dan apabila mereka telah mencapai gol mereka(contohnya, ada lebih 100,000 followers dan engagement rate yang tinggi), barulah mereka fokus ke media sosial yang lain.

Jadi, sebaik-baiknya pilih satu media sosial yang boleh membuatkan Anda konsisten dan disitulah tempat berkumpul target audience Anda.

Sebagai contoh, kalau Anda menjual baju hoodie kepada golongan anak muda yang suka bersenam dan jaga pemakanan. Di manakah mereka selalu berada?

Bagi pendapat saya, sudah semestinya Anda perlu fokus di Instagram ataupun di Tiktok sebab disitulah ramai anak muda berkumpul untuk mengetahui banyak info yang mereka inginkan tentang senaman dan pemakanan sihat.

Kalau Anda suka membuat content yang panjang, boleh cuba buat content di youtube.

Kalau tak tahu macammana nak tentukan target audience, sila dapatkan workbook ini:

Berapa lama untuk kuatkan personal branding?

Susah nak menjawab soalan ini sebab semuanya bergantung kepada target audience, content yang konsisten dan competence, reputation & potential Anda. Tapi yang pasti, ianya makan masa yang lama dan perlu berterusan. Bukan 10 minit dan bukannya semalaman.

Lebih baik Anda fikirkan bagaimana nak kuatkan personal brand Anda dahulu sebelum memikirkan berapa lama nak dapat personal brand yang kuat.

Ini seakan-akan, lebih baik Anda fikirkan apa manfaat yang Anda boleh berikan kepada audience sebelum berfikir tentang sales atau duit bisnes yang Anda akan dapat.

Boleh bayangkan?

Sebagai contoh, Anda boleh cuba buat challenge dengan memfokuskan kepada Competence(1 tahun), Reputation(8 Bulan) dan Potential(2 tahun).

Atau Anda sudah sampai tahap seperti yang dikatakan oleh Jeff Bezos ini…


“Your brand is what other people say about you when you’re not in the room.”

— Jeff Bezos, founder Amazon.com

Saya tak yakin langsung buat video untuk personal brand saya. Macammana ni?

Siapa kata nak bina personal brand wajib buat video? Gambar, penulisan dan juga podcast pun boleh dikatakan personal brand seseorang juga.

Tidak semua orang mampu berada di depan kamera, tidak semua orang mampu menulis dan tidak semua orang mampu bercakap dengan lancar. Setiap orang ada keunikannya dan kekuatannya tersendiri.

Saya cadangkan sebelum Anda terlalu patuh kepada algoritma media sosial(mungkin sebab Anda terpengaruh dengan trend media sosial sekarang yang mengutamakan video), apa kata buat personality test di SINI dulu.

Personality test ini tidaklah tepat 100% tapi mungkin dalam 70-80%.

Dengan mengetahui serba sedikit tentang personaliti Anda, Anda boleh tahu kekuatan dan kelemahan Anda di mana…. seorang performer, penulis atau podcast?

List semua kelemahan dan kekuatan Anda dan dari situ Anda boleh nampak macammana rupanya personal brand Anda nanti. Be yourself!

Kalau kita buat video tunjuk muka…adakah itu personal branding?

Tidak semestinya.

Sebenarnya, menunjukkan muka tu memudahkan kita berinteraksi dengan audience dan audience kita akan rasa seperti kita sedang bercakap dengan mereka.

Tapi ada juga yang mempunyai personal branding yang tidak pernah menonjolkan muka tetapi engangement rate dia sangat tinggi.

Contohnya, youtuber Jihyunkkung… seorang content creator tentang kehidupan harian orang yang tinggal bersendirian.

Videonya tidak sampai seminggu, sudah mencecah lebih 1 juta views dan ada lebih 3,000 komen. Semua videonya tidak menunjukkan wajahnya.

Macammana dia boleh bina personal brand yang kuat?

  • Dia tahu target audiencenya adalah: Orang bujang yang tinggal sendirian dan suka memasak.
  • Target audiencenya selalu berada di youtube.
  • Competence-nya: Masakan orang bujang/tinggal sendirian.
  • Reputation-nya: Mempunyai beberapa resepi mudah setiap hari untuk makan sorang.
  • Potential-nya: Memiliki lebih 2 juta subscribers dan setiap videonya mempunyai lebih 1 juta penonton.

Dari content creator seperti inilah yang membuatkan saya terfikir yang video tidak menunjukkan muka dan tidak banyak bercakap pun boleh menyerlahkan personal branding seseorang.

Tapi tidak semua content sesuai buat seperti ini.

Content seperti ini sesuai kalau Anda ingin tunjukkan sesuatu seperti masakan, kraf, unboxing atau apa sahaja video yang berkaitan how-to.

Kalau Anda ingin memberi tips atau info yang perlu membuatkan Anda banyak bercakap, video tunjukkan muka itu memang sangat diperlukan supaya orang dapat fokus dengan apa yang Anda sampaikan.

Yang penting, content kena menarik dan banyak membantu target audience Anda.

Personal branding tanpa tunjuk muka dan suara… adakah boleh dipanggil sebagai personal branding?

Seperti yang saya jelaskan tadi, walaupun tidak menunjukkan muka dan suara memang boleh dipanggil sebagai personal branding sebab konsep video tersebut adalah personal brand-nya.

Selain itu, cuba kita ambil contoh penulis buku.

Memang ramai penulis buku yang kita tidak tahu wajah dan suara mereka tetapi boleh kenal dengan gaya penulisan atau konsep novel yang mereka ketengahkan.

Itu juga dipanggil personal brand-nya.

Walaupun majoriti daripada penulis buku dan penulis lirik ini menggunakan nama yang berbeza daripada nama sebenar.

Semuanya bergantung kepada bidang yang Anda ingin fokuskan.

Entahlah… selama ini tak tahu saya buat betul ke tak tentang personal brand saya ni. Bagaimana nak brandingkan diri sebagai seorang Reseller?

Saya ada jawapannya di post Cara Membina Personal Branding(untuk Agen, Reseller, Dropship) .

Semoga Bermanfaat.

Itu sahaja untuk hari ini. Kalau Anda ada soalan lain tentang personal branding, sila tinggalkan soalan di ruangan komen.

InsyaAllah, kalau ada kesempatan saya akan kongsikan dengan panjang lebar.