Cara Membuang Rasa Takut Membuat Content

Cara Membuang Rasa Takut Membuat Content

Ketika pertama kali kita mahu kongsikan content ke media sosial untuk dilihat ramai orang yang kita tidak kenali, rasa takut tu mesti melebihi segala-galanya, kan? Takut kalau content kita tu tidak menarik, tidak ada yang tengok, ramai yang unfollow ataupun diejek terutamanya dari kawan-kawan.

Pernah tak rasa macamtu?

Saya sendiri ketika mula-mula nak menulis blog ini pun rasa takut juga. Tapi selepas challenge diri untuk menulis setiap hari selama sebulan, rasa takut hilang sedikit demi sedikit.

Apa Sebenarnya Yang Membuatkan Kita Rasa Takut?

Kebanyakan ‘sifu’ dalam bidang content mengatakan alasan utama rasa takut adalah malu sebab kita baru bermula dari zero. Malu sebab kita tidak ada followers yang banyak, malu sebab postingan kita tidak ada yang like dan kita promosi apa-apa pun nampak sepi.

Tapi ramai yang tidak sedar, boleh dikatakan semua akaun di media sosial yang mempunyai followers yang berjuta-juta bermula dari zero juga. Dari titik awal itulah mereka berproses untuk berkembang dan banyak belajar untuk membina content.

Apa Kesannya Bila Berasa Takut?

Bila rasa takut sangat, biasanya kita tidak akan post apa-apa. Sedangkan kita ambil masa yang sangat lama untuk membuat content tersebut. Tapi, kesan yang utama adalah rasa menyesal sebab kita tidak bermula dari awal dan tidak konsisten membuat content.

Bayangkan, akaun media sosial yang sudah mencapai berjuta-juta followers itu adalah akaun yang kita ikut dari zaman awal mereka mempunyai hanya 10 orang followers sahaja. Pasti rasa menyesal kenapa kita tidak cuba mengupload content waktu itu juga, kan?

Sebagai contoh, Khairul Aming…. siapa tak kenal Khairul Aming, seorang content creator yang mempunyai berjuta-juta followers di Instagram. Dia sendiri mengaku dia membina content dari zero dan dapat merasakan hasilnya selepas 4 tahun!

Walaupun kita sudah membaca bermacam-macam jenis tips dan mengikuti seminar sifu sana sini… kalau tidak mempraktikkan apa yang kita belajar, kita tidak akan tahu bagaimana rasa prosesnya dan hasilnya selagi kita tidak cuba untuk membuatnya dari awal.

Tapi macammana kalau masih gagal juga?

Selepas kita dah cuba membuat content dan upload secara konsisten, jangan terlalu fikirkan yang kita akan berjaya ataupun tidak. Setidak-tidaknya, kita masih boleh belajar sesuatu dari prosesnya walaupun gagal.

Bayangkan kalau content kita dapat mengubah hidup seseorang menjadi lebih baik. Apa yang terjadi dengan orang itu kalau kita tidak upload content tersebut?

“Jangan biarkan ketakutan untuk ‘posting’ content membuatkan kita menyesal pada masa akan datang dan menghalang kita untuk menjadi orang bermanfaat buat orang lain.”

Yang penting, mulakan sahaja dulu.

Terlalu banyak berfikir nanti satu benda pun kita tidak akan buat. Yang penting, mulakan dari sekarang dengan membuat content yang bermanfaat. Nikmatilah proses yang sedang kita jalani sebab tidak ada hasil terbaik yang instant di dunia ini, Semoga tetap bersemangat membuat content yang bermanfaat ye, kawan-kawan.

Tips memaksakan diri membuat content:

Cuba cabar diri dalam sebulan dengan mengupload content setiap hari tidak kiralah di media sosial, youtube ataupun blog. Saya sendiri pun mempraktikkan challenge ini sekarang 🙂