Cara Membuat Content Di Pelbagai Platform Untuk Beginner
Apa sahaja yang kita nampak di internet seperti artikel di blog, video di youtube , iklan, podcast atau post² di media sosial semuanya adalah content dan mereka yang membuat content ini lebih dikenali sebagai content creator(pembuat content).

Hari ini saya nak kongsikan tentang Cara Membuat Content Di Pelbagai Platform seperti di Facebook, blog, Youtube dan sebagainya.

Saya menyusun setiap topik di bawah ini supaya mudah untuk dijadikan rujukan. Lebih bagus kalau dibaca dari awal. 

cara buat content

Ciri-Ciri seorang content creator

Apa yang membezakan setiap content creator ialah pengetahuan mereka tentang topik yang disampaikan, gaya penulisannya, kecerdasannya dan kemahiran mereka mendapatkan traffic. Selain itu, anda tidak perlu mendapatkan ijazah atau mempunyai latarbelakang yang hebat untuk menjadi seorang content creator.

Anda hanya perlu tahu asas-asas ini, iaitu:

  • mempunyai tatabahasa yang baik.
  • suka mengkaji secara mendalam mengenai topik-topik yang berkaitan.

Apa persediaan sebelum menjadi content creator?

mwnulis5422

Sebelum membuat content, perhatikan perkara-perkara berikut:

Mulakan dengan menyelidik topik yang ingin disampaikan

Jangan sesekali menulis tanpa mengetahui apa yang ingin disampaikan. Pastikan anda tahu tujuan(goal) anda membuat content.

Buatlah content yang berkaitan dengan niche anda dan kenalpasti siapa target audience anda sebelum mula membuat content untuk mereka. Dapatkan workbook ini untuk menentukan target audience.

Menggunakan tatabahasa yang baik

Mencampuradukkan bahasa seperti bahasa rojak dan banyak kesilapan dalam ejaan boleh menyebabkan audience berasa tidak selesa untuk membaca content anda. Walaupun anda menggunakan gaya bahasa yang selalu digunakan oleh target audience, pastikan penyampaiannya sedap dibaca oleh sesiapa pun.

Kenalpasti kata kunci(keyword) untuk content anda

Anda perlu tahu bagaimana orang menjumpai post atau content anda. Semua ini bergantung kepada ‘kata kunci’ yang dipilih ketika menulis di blog, membuat video di youtube atau di media sosial yang lain.

Belajar membuat subheadings yang menarik

Subheadings boleh membuatkan content menjadi mudah difahami dan memastikan pembaca mudah membacanya. Menulis subheadings memerlukan percubaan berkali-kali sehingga anda pasti apa yang anda ingin sampaikan.

Subheadings memberitahu setiap topik dalam setiap perenggan.
Edit, edit dan edit

Sila semak content yang ditulis(buat video youtube pun kena menulis juga) sebelum klik butang ‘publish’ supaya anda tidak terlepas mana-mana bahagian yang penting. Kadang-kadang kita tidak sedar yang kita membuat kesilapan. Tapi semakin kerap anda mengedit, penulisan anda akan menjadi semakin baik.

Bagaimana Nak Praktis Menulis Content?

Titik awal menjadi seorang content creator yang serius adalah dengan menulis di blog atau membuat video di youtube. Jika masih takut-takut atau ingin mencuba, buatlah content di media sosial seperti facebook ataupun Instagram.

Selain itu, banyakkan membaca buku untuk meningkatkan kemahiran(skill) anda menulis. Kebanyakan penulis yang terkenal memang suka membaca buku sebab mereka yakin penulisan mereka menjadi bertambah baik hasil daripada banyak membaca.

Banyakkan membaca jika ingin menulis dengan baik.

Anda pertama kali menjadi content creator?

Selalu juga saya dengar orang bertanya seperti ini…

“Macammana nak buat content ni? Nak mula kat mana dulu? Coach dah suruh buat content hari-hari kalau nak tarik audience.”

Saya sendiri pun pernah merungut juga ketika mula-mula nak membuat content. Ramai yang suruh buat content tapi tidak ajar pun macammana nak buat. Betul tak?

Teruskan membaca sebab saya akan menjelaskannya dengan lebih mendalam. 

Jenis-Jenis Platform untuk membuat content

Sebelum membuat content, anda kena tahu platformnya dahulu.

Platform adalah tempat anda  mengumpulkan audience dan di situlah anda boleh menyampaikan content yang menarik, relevan dan bermanfaat.

Tapi, macammana nak pilih platform yang betul? Saya akan terangkannya sebentar lagi. 

Dibawah ini adalah beberapa platform yang selalu digunakan untuk membuat content, iaitu:

  • Facebook
  • Instagram
  • Youtube
  • Telegram
  • Whatsapp
  • E-mail
  • Blog
  • Tiktok
  • Twitter
  • dan seumpamanya.

Apa Yang Membezakan Setiap Platform Ini?

Kita kena tahu setiap platform mempunyai audiencenya yang tersendiri. Tidak semua platform mempunyai jenis audience yang sama.

Orang yang selalu scroll di Tiktok, mungkin tidak minat untuk scroll di Instagram Reels. Orang yang selalu menonton video di Youtube, mungkin tidak menonton video di Facebook(sayalah tu).

Tetapi anda kena tahu ada dua jenis platform yang berbeza iaitu platform yang ‘high control’ dan ‘less control’.

Platform ‘high control’ vs ‘less control’

Platform high control adalah platform yang anda boleh control(kawal) sepenuhnya seperti blog dan e-mail.

Platform less control adalah platform yang anda TIDAK boleh control(kawal) sesuka hati kerana ada pihak lain yang mengawalnya seperti Facebook, Instagram atau media sosial yang lain. Kalau suatu hari nanti Facebook terpaksa ditutup, anda tidak boleh buat apa-apa.

Tetapi ada kekurangannya apabila menggunakan platform yang high control ini. Kekurangannya ialah susah nak mendapat traffic atau audience. Biasanya, kita memerlukan sekurang-kurangnya 8 bulan untuk mendapatkan traffic. Itupun kalau membuat content secara konsisten.

Berbanding dengan platform yang less control, kita mudah mendapat banyak audience dalam masa yang singkat.

Adakah boleh menggunakan kedua-dua jenis platform ini?
Lagi bagus kalau guna kedua-duanya! Dengan cara ini, anda boleh menarik audience di media sosial untuk masuk ke blog anda seperti Siakapkeli, The Vocket atau portal media lain lakukan.

Bagi yang pertama kali membuat content(beginner), kalau boleh anda fokus kepada satu platform dahulu yang membuatkan anda boleh membuat content secara konsisten dan boleh memberi komitmen yang baik dalam jangkamasa yang panjang.

Apabila content di dalam satu platform itu sudah banyak, barulah buat content ke platform yang lain. Tapi sebaik-baiknya anda fokus ke SATU platform yang high control dan satu lagi di platform less control.

Kebanyakan orang Malaysia menggunakan Whatsapp dan Facebook sebagai platform jual beli

Bagaimana bentuk format contentnya? 

Sebelum memilih bentuk(format) content yang sesuai, tentukan dahulu siapa target audience anda. Sila dapatkan WorkBook ini jika masih tidak pasti siapa target audience anda.

Ada 3 format yang biasa dibuat untuk membuat content, iaitu:

  • Penulisan– Banyak dibuat di Facebook, Twitter, Linkedin, Telegram, blog, e-mail.
  • Video– Banyak dibuat di Youtube, Tiktok, Instagram, Facebook.
  • Audio(podcast)– Banyak dibuat Spotify, ITunes, blog.

Contohnya, kalau anda membuat content memasak, sudah semestinya target audience anda lebih suka content yang berbentuk video.

Jika target audience anda adalah jurugambar, content anda mestilah banyak yang berbentuk visual/gambar dan ada sedikit penulisan untuk menerangkannya. Jadi, Instagram adalah platform yang sesuai untuk anda membuat content.

Biasanya, content berbentuk penulisan kerap dibuat di mana-mana platform pun. Instagram yang dulunya adalah platform visual/gambar pun masih memerlukan kita untuk menulis di situ.

Sejak kebelakangan ini, saya lihat content berbentuk video lebih cepat menarik audience. Kalau anda ingin mengumpulkan audience dengan cepat, content berbentuk video tidak boleh dipandang remeh.

Mindset Sebelum Membuat Content

Mindset adalah cara seseorang berfikir yang akan mempengaruhi tindakannya untuk mendapatkan hasil yang diinginkan.

Apakah mindset yang sepatutnya ada pada seorang content creator?

Pertama, anda perlu mempunyai mindset yang content anda TIDAK dibuat berdasarkan keinginan anda sahaja.

Bayangkan, anda membuat content hanya mengikut keinginan anda seorang. Kalau anda rasa content tersebut sangat bagus, belum tentu orang lain akan kata bagus. Tetapi, membuat content yang asal buat pun tidak boleh juga.

Nak tahu macammana nak buat content yang boleh menarik minat audience?

Lihat gambarajah di bawah ini. Content perlu berada ditengah-tengah antara passion/minat anda dan keinginan/masalah audience.

Kedua, sharing² dulu, selling² kemudian (bak kata kang Dewa). Kita perlu ada mindset yang content itu dibuat bukan bertujuan untuk closing penjualan semata-mata. Ketika anda membuat content, jangan terlalu fikirkan hanya nak menjual produk semata-mata. Itu adalah copywriting.

Ketiga, content yang lama boleh diubahsuai menjadi content yang baru di platform yang lain. Maksudnya, anda boleh menggunakan semula isi content yang lama dan diubah menjadi content yang baru ke platform yang lain.

Ini bukan sahaja memudahkan anda membuat content tetapi dapat menjimatkan masa untuk memikirkan isi content di platform yang lain nanti.

Tujuan Membuat Content Di Media Sosial

Sekarang ramai yang menggunakan media sosial untuk membuat content seperti di Tiktok, Instagram, Facebook dan sebagainya. 

Tapi, anda tahu tak… apakah tujuan sebenar anda membuat content?

Ramai yang membuat content hanya untuk mendapatkan followers. Itu tidak salah. Tetapi, kalau anda ingin membuat content yang konsisten, mempunyai followers yang ramai sebenarnya tidak cukup. Jadi apa lagi yang kurang?

Ramai yang tidak sedar membina ENGAGEMENT di media sosial adalah lebih penting daripada mengira bilangan followers.

Membina engagement adalah membina interaksi dengan audience sehingga mereka like, comment, share ataupun save.

Setiap elemen ini mempunyai cara penyampaiannya yang tersendiri, iaitu:

  • LIKE
    Caranya: Membuat content yang menginspirasikan atau yang membuatkan audience berasa positif.
  • COMMENT
    Caranya: Membuat content yang berbentuk pertanyaan, doa atau giveaway.
  • SHARE
    Caranya: Membuat content yang membuatkan orang akan rasa bersalah kalau tidak share dengan orang lain, content yang membuatkan orang berasa emosional(marah, sedih atau gembira) ataupun content yang sedang trending.
  • SAVE
    Caranya: Membuat content yang membuatkan orang ingin tengok content itu berkali-kali seperti How To, tutorial atau content ilmiah.

Tapi kena ingat, setiap media sosial mempunyai algoritmanya(algorithm) tersendiri. Contohnya, Instagram akan membantu menaikkan engagement anda dengan ketara jika ramai yang klik SAVE berbanding klik LIKE.

Apabila engagement anda tinggi, peluang untuk orang ramai melihat content anda adalah tinggi juga. Sebab itulah kita lihat ada influencer yang mempunyai berjuta-juta pengikut tapi yang LIKE tidak sampai 10,000 pun. Ini bermakna, tidak semua pengikut dapat melihat post terbaru influencer tersebut.

Kalau anda ingin influencer mempromosikan produk anda, pastikan engagement mereka dengan audience mereka adalah kuat(banyak komen atau ramai yang share). Jangan melihat bilangan followers semata-mata. Zaman sekarang bilangan followers tidak memberi apa-apa kesan pun kepada algoritma di setiap media sosial.

Algoritma Facebook

Langkah demi langkah membuat content

Kalau anda masih baru(beginner) dan ingin membuat content, pastikan anda fokus ke SATU platform dahulu. Pilihan platform terpulang kepada diri anda sendiri.

Disini saya jelaskan langkah demi langkah bagaimana membuat content di mana-mana platform yang menjadi pilihan anda.

1. Anda perlu merancang(plan) content apa yang nak dibuat

Langkah yang pertama, anda kena tahu goal, format, masalah market/audience, halangan, CTA(Call To Action), tawaran yang berkaitan dengan content yang anda ingin sampaikan nanti. Ini adalah proses yang paling panjang sebab anda perlu meneliti setiap aspek secara mendalam.

2. Mula membuat content

Langkah yang kedua, anda perlu membuat isi content, kenalpasti format yang ingin dibuat dan tahu cara penyampaian anda. Sebagai contoh, saya membuat content tentang copywriting(isi) melalui video di Youtube(format) dengan cara santai dan mudah difahami(cara penyampaian).

3. Mula ‘publish’ content

Langkah yang ketiga, anda upload dan publish content yang dah disiapkan tadi ke platform pilihan anda. Fokuskan untuk upload ke SATU platform dulu seperti blog, facebook, instagram atau yang seumpamanya.

4. War-warkan(promote) content anda 

Langkah keempat, barulah anda boleh upload ke beberapa platform yang lain untuk promote content yang awal tadi. Kebanyakan post di media sosial mengambil masa yang lama untuk dilihat oleh orang lain. Lagi banyak platform yang anda gunakan, lebih ramai audience yang anda boleh dapatkan.

5. Cek data analytics atau insight

Langkah yang kelima, cuba semak balik… adakah goal anda(di langkah pertama tadi) sudah dicapai? Anda boleh tengok di bahagian insight(media sosial) atau data analytics untuk melihat buktinya.

Jika perlu, anda boleh ulang semula langkah-langkah tadi jika ada apa-apa yang belum tercapai lagi.

Cara Membuat Content Secara Konsisten

Trello sebagai tempat menyimpan idea

Membuat content secara konsisten bukan sesuatu yang mudah dilakukan jika anda tidak mempunyai banyak idea. 

Ada tak cara mudah untuk mendapatkan idea membuat content?

Cara yang saya nak berikan ini bukan mudah tapi boleh mempercepatkan proses untuk anda mendapatkan idea untuk membuat content. Disini saya akan kongsikan strategi yang anda boleh lakukan supaya anda selalu mempunyai idea dan dapat membuat content secara konsisten.

1. Kumpulkan Idea-Idea Di Satu Tempat

Apabila kita sudah mempunyai senarai idea yang banyak, mudah untuk kita menulis content pada bila-bila masa. Jadi, setiapkali ada idea yang muncul, anda boleh cepat-cepat menulisnya di buku ataupun di apps.

Tapi macammana nak mendapatkan idea yang banyak?

Anda boleh mendapat idea daripada:

  • perkara-perkara yang selalu merisaukan anda.
  • perkara-perkara yang audience anda tanya/minta.
  • apa yang pesaing anda kongsikan yang mendapat banyak perhatian?

Tuliskan idea-idea tersebut ke buku ataupun apps seperti Trello dan pastikan idea-idea tersebut adalah bagus untuk dibuat sebagai content. Jangan asal tulis sebab hasilnya nanti biasa-biasa saja.

2. Kenalpasti bilangan content yang akan di publish dalam sebulan

Kalau sudah tiba masanya anda perlu membuat content di pelbagai platform, anda boleh menggunakan kaedah ini. Pastikan anda target berapa content yang ingin dipublish setiap bulan. Sebagai contoh, anda ingin membuat:

  • 10 video ke Youtube.
  • 8 podcast ke Spotify.
  • 20 carousel ke Instagram.

Perlu diingat, semua platform mengutamakan content yang dipublish secara konsisten. Selepas dah tahu berapa content yang anda ingin publish, barulah anda boleh mula membuat content.

Tapi macammana nak buat content yang banyak dalam sebulan?

Buatlah content batching dengan membuat content yang banyak sekaligus. 

Daripada kita perlu menulis caption baru setiap kali membuat post, alangkah baiknya kalau kita sudah menyediakan caption tersebut dari awal.

3. Publish mengikut jadual

Kebanyakan platform di media sosial, blog, podcast mempunyai tools khas untuk menjadualkan content.

Ini sangat memudahkan kita sebagai seorang content creator.

Anda hanya perlu menyiapkan content mengikut tarikh tertentu dan menjadualkannya di platform pilihan anda. Biasanya, content creator akan menyiapkan beberapa content yang boleh dijadualkan dalam masa sebulan. 

Contohnya, dalam sehari anda membuat 3 video. Video-video ini anda jadualkannya untuk di publish setiap hari Sabtu pada bulan depan.

Itulah rahsia bagaimana content creator membuat content secara konsisten.

Cabaran Membuat Content Di Pelbagai platform

Apabila anda sudah selesa membuat content di SATU platform, sampai masanya nanti anda ingin sebarkan content ke platform yang lain.

Sebelum itu, pastikan anda tahu beberapa cabaran yang akan ditempuhi apabila membuat content di pelbagai platform.

1. Memahami setiap ciri-ciri platform yang dipilih

Cabaran terbesar ketika anda membuat content di pelbagai platform adalah anda perlu memahami ciri-ciri setiap platform tersebut.

Contohnya di Instagram ada IG story, IG Live, IG Reels, Single post, Carousel post dan macam-macam lagi. Anda kena faham kesemua ciri-ciri ini sebelum membuat content di Instagram.

2. Mengetahui cara algoritma bekerja di setiap platform

Setiap media sosial mempunyai algoritmanya tersendiri. Walaupun sesetengah media sosial mempunyai cara bekerja algoritma yang sama dengan media sosial yang lain, pasti ada perbezaannya sedikit.

Tujuan kita mengambil tahu tentang algoritma supaya kita dapat menggunakan media sosial dengan betul dan menggunakan kemudahannya sebanyak yang mungkin. 

Kita boleh lihat algoritma di Youtube dan di Instagram memang sangat berbeza.

Di Youtube, mengupload video sekali seminggu sudah mencukupi untuk video tersebut disebarkan seberapa lama yang mungkin mengikut kehendak Youtube.

Berbeza pula dengan Instagram. Di Instagram, anda perlu post setiap hari. Kenapa kena buat macamtu? Sebab Instagram memberi masa 24 jam untuk menyebarkan content anda. Kalau banyak engagement, peluang untuk disebarkan di explorer lebih meluas.

3. Membuat Workflow(aliran kerja) ke setiap platform

Walaupun anda bekerja berseorangan, membuat workflow adalah sangat penting. Dengan adanya workflow, anda akan tahu apa yang perlu dibuat ketika membuat content ke pelbagai platform supaya dapat membuat content secara konsisten.

Bagaimana caranya nak membuat workflow ke pelbagai platform?

Lain orang lain caranya. Saya akan berikan salah satu contoh workflow yang anda boleh buat, iaitu:

  1. Gunakan tools seperti Trello atau Asana supaya anda dapat menyusun tugas dengan teratur dan cepat.
  2. Pilih 3 platform baru pilihan anda. Adakah menulis blog, menulis artikel di Facebook post atau membuat youtube video selama 20 minit?
  3. Jadualkan waktu anda membuat content. Contohnya, hari Ahad ini saya nak fokus membuat content yang akan dipublish di Youtube. Jadi, pada hari Ahad itu saya TIDAK akan campuradukkan dengan content yang akan dibuat di platform yang lain.
  4. Akhir sekali, ikut Langkah-Langkah Membuat Content yang saya kongsikan sebentar tadi.

Kesimpulan

Itulah penjelasan tentang cara membuat content atau perjalanan awal seorang content creator.

Saya harap dengan penjelasan ini anda tidak berasa bingung lagi macammana nak membuat content dari awal sehinggalah content anda dipublish. 

Semoga bermanfaat!