Topik hari ini saya fokuskan kepada peniaga online yang ingin membuat content untuk menarik customer. Tapi sebelum itu saya nak tanya….

Sudahkah anda membantu customer anda hari ini?

Sekarang ini di Malaysia mempunyai 32.7 juta penduduk. Rasa macam pelik pula susah betul nak mendapatkan customer dengan jumlah penduduk seramai itu, kan. Apa kata kalau susah sangat, cuba kita bantu mereka untuk bertemu dengan produk kita dan memberitahu mereka tentang kelebihan produk yang kita ingin jualkan.

Ingat konsep ini. Jadikan bisnes sebagai aktiviti membantu orang dan bukan sekadar menjual produk. Kalau banyak yang membeli, Alhamdulillah. Kalau tidak ada yang membeli, tidak perlu rasa kecewa sebab niat kita ingin membantu mereka.

Kita sudah memberikan solusi untuk membantu menyelesaikan masalah mereka dengan produk kita. Masalah mereka ingin membeli ataupun tidak, itu akan difikirkan kemudian. Yang penting, kita sudah berusaha dan hasilnya serahkan kepada Allah.

Bagaimana Caranya Membantu Customer?

Inilah antara caranya kita boleh lakukan untuk membantu customer:

  • Bantu mereka faham dengan kelebihan produk kita.

Mereka tidak akan membeli kalau tidak tahu apa kegunaan produk kita. Jadi, jangan berasa bosan untuk mendidik mereka dengan menggunakan content yang menarik sehingga membuatkan mereka berasa ‘wajib’ membeli produk kita.

  • Bantu mereka untuk percaya dengan brand kita.

Kepercayaan itu adalah sesuatu yang mahal dan tidak boleh dibeli dengan duit. Kita perlukan masa untuk membina TRUST. Jadi, cuba buat akaun media sosial yang rapi dan nampak profesional. Manjakan audience(customer) dengan content yang menarik dan informatif. Jangan asyik menjual sahaja tetapi kongsikan content yang boleh relate dengan customer kita.

  • Bantu mereka untuk membeli dengan mudah.

Banyak orang yang akhirnya tidak jadi membeli sebab susah untuk membuat order. Cuba sediakan banyak platform agar customer boleh membeli produk kita di channel manapun. Mungkin boleh membeli menggunakan Whatsapp, Shopee, Lazada, website dan sebagainya. Kita juga boleh meletakkan CTA(call to action) di caption dan story highlight mengenai cara membuat order. Yang penting, kita melakukan pelbagai jenis cara agar mereka yang sudah tertarik boleh terus membeli.

  • Bantu mereka untuk senang menghubungi kita.

Jangan gunakan satu platform sahaja. Gunakan pelbagai platform yang biasa dipakai oleh customer atau target audience. Kongsikan link supaya mudah customer menghubungi kita dengan satu klik. Kalau boleh, jangan menyusahkan mereka untuk menyalin nombor akaun secara manual. Ingat, kita perlu buat sesuatu supaya mudah mereka menghubungi kita.

  • Bantu agar mereka berasa gembira.

Pernah ada pengalaman tak, teringin membeli sesuatu tapi sebab cara layanan seller yang buruk, kita terus tidak jadi membeli. Sebenarnya, inilah kunci yang paling penting yang perlu diberi perhatian. Kalau orang itu suka dengan produknya, cara layanannya, mereka tidak peduli samaada mahal ataupun jauh produk itu berada, pasti mereka akan datang dan membeli produk tersebut. Mungkin akan membeli lagi dan lagi dan lagi. Jadi, berilah layanan yang terbaik dengan membalas chat dengan pantas, layan dengan ramah supaya mereka berasa gembira ketika membeli produk kita.

Meningkatkan Penjualan Tanpa Iklan

Boleh ke tanpa iklan?

Caranya adalah dengan membuat content sebab ianya adalah percuma dan tidak perlu dibayar. Apatah lagi sekarang sudah banyak aplikasi yang boleh membantu membuat content menggunakan gambar dan juga video.

Kita boleh membuat content yang mengandungi informasi menarik yang sesuai dengan produk sehingga content tersebut mampu menarik traffic ataupun calon pelanggan ke kedai online kita.

Contohnya, kalau menjual skincare bererti kita boleh membuat content tentang tips mencegah jerawat, cara mengurut muka, rutin penjagaan wajah di malam hari, tips memilih skincare yang sesuai dan sebagainya. Yang penting, buatlah content yang sesuai dengan target market sebab semakin contentnya sesuai… maka akan semakin mudah untuk kita membuat market tertarik dan mempromosikan produk kita tanpa paksaan.

Jadi, content yang mempunyai pengaruh yang kuat adalah sangat penting.

Sekarang, bolehlah kita mencari idea content yang sesuai dengan penjualan kita, kan.

Bagaimana caranya membuat calon pembeli mahu membeli dengan kita?

Menjual produk yang sama tapi kenapa bisnes dia lebih laris?

Pernah tak nampak orang yang bisnesnya hebat sedangkan dia menjual produk yang sama seperti yang orang lain jual?

Kita pasti pernah membeli sesuatu yang mungkin kita tidak perlu, tapi akhirnya kita membeli juga. Kita membeli mungkin sebab layanan yang bagus atau cara promosinya membuatkan kita secara tidak sedar rasa ingin membeli.

Sebenarnya banyak sebab lain kenapa orang membeli sesuatu produk. Yang penting, kita jangan hanya menjual produknya tapi kita juga perlu memberi value lain yang membuatkan customer mahu membeli dengan kita. Macammana caranya?

  1. Tonjolkan diri dimana pun calon pembeli berada.

Sekarang bukan zamannya lagi untuk berniaga hanya di satu platform sahaja. Berikan calon pembeli kemudahan untuk nampak dan membeli produk kita. Ada sesetengah customer yang tidak jadi membeli sebab kedai online tersebut tidak berada di marketplace. Jadi, jangan sampai kita kehilangan customer. Sebaik-baiknya kita perlu berada di semua channel yang target market kita berkumpul.

  1. Cara promosi.

Semua orang tidak suka dijualkan. Maka, berniagalah tanpa terlihat seperti menjual.

Bagaimana caranya? Mulakanlah dengan membuat content dan copywriting. Orang yang baru kenal online shop kita, akan rasa penat kalau hanya ditunjukkan content tentang produk sahaja. Jadi, berikanlah content yang bermanfaat dan boleh menghiburkan customer. Ubah cara hard selling menjadi soft selling ataupun story telling. Ceritakan produk kita dari hati dan buat mereka faham kalau produk kita boleh menjadi solusi masalah mereka.

Daripada menulis,

“Jangan tunggu lama-lama… serum halal ni harganya hanya RMxxxx”

Lebih baik kita menulis,

“Alhamdulillah sekarang wajah cerah dan sihat bukan lagi sekadar impian. Puan xxx sudah berhasil membuktikannya. Setelah rutin menggunakan skincare xxx selama 4 bulan, wajahnya nampak lebih cerah, halus dan lebih sihat.”

  1. Servis yang tip top.

Sekiranya kita adalah customer, kita akan memilih membeli di mana? Adakah membeli dari seller A yang membalas chat lama, suka marah-marah dan selalu salah reply? Ataupun membeli dari seller B, yang cepat membalas chat, peramah dan selalu bagi free gift?

Sekarang boleh bayangkan ye, servis yang tip top tu macammana. Sudah semestinya orang akan memilih servis yang terbaik.

Kesimpulannya, jangan membandingkan rezeki kita dengan rezeki orang lain. Yang penting, kita berusaha dan melalukan strategi yang terbaik untuk menarik customer kita. Semoga bermanfaat dan tolong share ke kawan-kawan yang lain ye.

Sumber inspirasi: Tri Widayanti