Cara Mencari Produk Terlaris di Shopee (Khas Untuk Peniaga)

Cara Mencari Produk Terlaris di Shopee (Khas Untuk Peniaga)

Kali ini saya akan beri tutorial tentang cara untuk mencari Winning Product di Shopee khusus untuk Anda yang ingin berniaga online.

Seperti yang Anda ketahui, kejayaan seseorang dalam bisnes online itu BUKAN dipengaruhi oleh teknik iklan semata-mata.

Tapi kunci utamanya adalah bagaimana menjumpai Winning Product atau produk yang terbaik yang boleh meningkatkan bisnes online Anda.

Bagaimana caranya?

Saya ingin tunjukkan kepada Anda pencarian yang simple sahaja.

Sebenarnya ada banyak lagi teknik untuk mencari produk terlaris. Contohnya, kalau Anda fokus pada produk import, Anda boleh mencarinya di AliBaba, Taobao atau 1688.

Tapi kali ini saya ingin mengajak Anda untuk mencari produk terlaris menggunakan Shopee.

Ini khususnya jika Anda membuat bisnes online yang fokus di Malaysia sahaja.

Ok. sekarang Anda buka komputer atau Apps Shopee, dan ikuti langkah demi langkah berikut ini:


  1. Jika Anda tidak pernah menjual di Shopee, saya sarankan Anda pergi ke shopee.com.my (versi desktop) dan klik akaun seller iaitu ‘Seller Centre’.
  1. Tapi sebelum itu, pergi ke halaman utama Shopee, scroll ke bawah dan Anda akan jumpa kategori Produk Terlaris (Top Products). Kemudian klik Lihat Semua (See All).
  1. Anda akan ditunjukkan beberapa jenis produk terlaris. Tapi sayangnya, di sini hanya terhad kepada produk-produk yang selalu Anda cari(search) sahaja.

Seperti yang Anda nampak, kategori yang saya buka adalah Non Stick Pan dan macam-macam lagi(dalam bulatan merah). Kalau saya klik See More, ada beberapa senarai produk yang lain juga akan ditunjukkan.

Disitulah terkumpulnya kategori produk-produk yang Anda pernah cari di Shopee Search. Hanya produk yang terlaris yang ditunjukkan di bahagian ini dan tidak semua produk disenaraikan di situ. Bahagian itu hanya fokus pada History sahaja iaitu produk yang pernah disearch sebelum ini.

  1. Jika Anda pernah menjual produk di Shopee atau sudah mempunyai seller akaun, Anda boleh klik (no.1). Di sini terdapat bahagian Business Insights (no.2), klik disitu.
  1. Kemudian klik Selling Coach (no.1) —> Top-selling Products (no.2) dan disini (no.3) ada pelbagai jenis kategori. Pilih kategori pilihan Anda.

Bahagian ini adalah senarai semua kategori yang ada di Shopee. Bukan sahaja produk yang kita pernah cari berada di situ, tetapi juga semua produk yang terlaris dikumpulkan di sini.

  1. Sebagai contoh, saya ingin melihat Women Bags / Wallets dan kemudian saya ingin melihat dompet (Wallets). Jadi, disini Shopee akan menyenaraikan 30 produk terlaris dalam kategori Wallets dalam 30 hari terakhir.
  1. Sebenarnya 30 hari terakhir itu adalah tarikh produk terlaris yang disenaraikan Shopee. Seperti yang anda lihat di atas, produk terlaris yang disenaraikan adalah antara 30 Mei 2021 sehingga 29 Jun 2021.
  1. Dan ini adalah produk terlaris dalam kategori Wallets dan merupakan produk Top 1 iaitu penjualan paling banyak di Shopee sepanjang 30 hari terakhir.
  1. Anda boleh lihat bilangan produk yang terjual dari awal disenaraikan adalah lebih dari 30,000 unit… WOW!
  1. Dan kemudian lihat reviewnya samaada palsu ataupun tidak.

Jadi, itulah caranya.

Yang penting sekali, cari dan selidiklah dahulu setiap produk yang diinginkan oleh target market atau target audience Anda. Sebenarnya, lagi ramai orang membeli produk itu, maknanya itulah petanda produk itu laku di pasaran.


Itu sahaja tips dari saya bagaimana mencari produk terlaris di Shopee. Semoga cara ini juga memudahkan Anda mendapat idea untuk berniaga dan boleh mendapat keuntungan dengan lebih cepat, InsyaAllah.

OK, semoga bermanfaat. Silakan share kepada kawan-kawan yang lain.

P.S: Cara Daftar Program Affiliate Dari Shopee (2021)


Untuk ilmu yang lebih mendalam tentang Bisnes Shopee, saya syorkan Anda mendapatkan eBook ini: