Cara Menentukan Target Market (Produk Kecantikan)

Cara Menentukan Target Market (Produk Kecantikan)

Saya selalu perhatikan kebanyakan wanita yang berniaga online biasanya menjual produk kecantikan. Jadi, saya nak share sedikit tentang bagaimana nak mencari target market khususnya dalam bisnes produk kecantikan. Tips ini telah dikongsikan oleh salah seorang guru saya di Telegram(lupa pula cikgu yang mana… haha).

Anda kena fahamkan ayat ini…

“Kalau dah tahu siapa sebenarnya target market kita, InsyaAllah produk kita mudah dijual.”

✅ Target Market = 📈 Sales

Tapi sebelum kenal target market, perkara penting yang wajib anda buat adalah dengan memahami produk yang dijual(product knowledge). Ini syarat wajib ye.

Jika nak menjual produk dengan sales yang banyak, fahamkan betul-betul produk yang kita nak jual tu dari aspek fungsinya, bahannya, kelebihannya dan cara menggunakannya.

💹 Product Knowledge = 📈 Sales

Kenal Produknya Supaya Mudah Dijual Nanti

Bagaimana caranya?

  • Pernah menggunakan produk yang ditawarkan.

Kalau anda sendiri dah cuba dan rasa manfaat produk yang anda jual, anda akan rasa yakin menjualnya kepada target market anda.

Kalau ada pelanggan yang bertanya, anda dengan mudah boleh menerangkan ciri-ciri produk tersebut kerana anda sudah ada pengalaman menggunakannya.

Bagaimana nak pelanggan mencuba produk yang dijual?

Antara strategi yang anda boleh lakukan adalah dengan memberi sample percuma ke pelanggan anda.

  • Mengetahui kelebihan produk yang ditawarkan.

Sebenarnya, sebab utama orang berniaga bukan semata-mata ingin menjual produk tapi ingin memberi manfaat dan solusi kepada penggunanya.

Contohnya, ramai perempuan yang berusia 30-an seperti Siti mengalami kulit tidak sekata dan kedutan halus. Siti tahu produk perawatan muka adalah salah satu penyelesaian untuk masalah kulitnya. Jadi, anda boleh menawarkan produk seperti facial serum untuk menyelesaikan masalah Siti.

Bagaimana nak sampaikan kelebihan produk kepada pelanggan?

Jika ada calon pembeli bertanya tentang produk anda, anda boleh membalas seperti ini… “Apa masalah kulit yang Puan alami sekarang?”.

  • Tahu VALUE Produk Dibandingkan Dengan Produk Pesaing

Sebagai contoh, Anda akan tahu betapa banyaknya jenama lipstick di pasaran jika Anda pun menjual lipstick.

Apa kata Anda tampilkan kelebihan lipstick yang Anda jual sebagai jenama tempatan yang tidak kalah dengan produk luar negara.

Tonjolkan kelebihan produk yang anda jual.

Bagaimana nak menguasai pasaran yang sekarang ada banyak persaingan? Ingat ye…. kalau nak menguasai market/pasaran, kuasai dulu produk yang Anda jual.

Tentukan Target Market

Target market adalah satu kumpulan pengguna yang menjadi target untuk penjualan produk Anda.

Kalau target market adalah sekumpulan orang yang diharapkan menjadi pengguna produk, target audience adalah sekumpulan orang yang diharapkan menjadi pembeli produk

Kenapa Anda perlu tahu target market Anda? Kerana setiap produk ada marketnya(pasar) sendiri.

Anda perlu tentukan target market Anda dahulu supaya produk Anda tidak ditawarkan ke orang yang salah.

Jangan sampai bagi makan ikan, kita ke kandang lembu pula. Kan sia-sia je tu.

Menjual produk ke target market yang salah ibarat bercakap ke dinding, memang tidak akan dapat hasilnya.

Contohnya, Anda menjual lip matte RM30. Tiba-tiba ada yang komen kata lip matte Anda TERLALU MAHAL. Orang yang kata macamni sebenarnya BUKAN target market Anda. Haaa…. rasa-rasa macam pernah terkena, kan.

Tapi kalau dah jumpa target market yang betul, tiada siapa yang akan mempertikaikan harga produk Anda jika nak dibandingkan dengan harga dari jenama luar yang mempunyai kualiti yang sama.

Sekarang, Bagaimana Caranya Nak Tentukan TARGET MARKET?

Walaupun Anda sudah lama berniaga, saya rasa ramai yang masih tidak pasti siapa target market yang tepat untuk bisnes, kan?

Jangan risau kalau awal-awal rasa masih samar-samar tentang target market Anda.

Anda perlu sentiasa berusaha untuk mengambil tahu siapa target market anda. Kalau lebih mendalam lagi, target audience.

Target market boleh ditentukan berdasarkan:

NEGERI

Target negeri mana yang Anda nak fokuskan.

Anda boleh fokus negeri yang paling dekat dengan tempat tinggal Anda dahulu dan kemudian barulah di’target’ secara meluas.

Kena ingat, target market anda TIDAK BOLEH di’target’ ke semua orang.

Kalau ada yang tanya “Siapa target market awak?”, jangan sesekali jawab “Semua orang adalah target market saya”. Jangan!

Jika target market Anda berada dekat atau satu kawasan dengan Anda, apa kata cuba strategi ini(menjual secara offline):

  1. Siapkan sample produk dahulu.
  2. Selepas itu, ajak mereka untuk mencuba sample tersebut secara percuma.
  3. Sambil-sambil itu, beritahu mereka kelebihan produk Anda tersebut.
  4. Mereka akan beli(sebab produk anda boleh menyelesaikan maslaah mereka).

Bagaimana pula dengan target market yang berada secara online? Cuba strategi ini:

  1. Kumpulkan followers di facebook page.
  2. Berinteraksi dengan share info-info yang menarik.
  3. Kemudian, buat copywriting iklan yang sesuai dengan bahasa mereka(target market).
  4. Setiap kali membuat copywriting untuk target market yang berbeza, gunakan bahasa yang berbeza juga.

Contohnya: Jika target market Anda berada di Kelantan, buatlah copywriting dalam loghat Kelantan. Jangan buat dalam English pula ye.

DEMOGRAFI

Target market ini Anda akan kumpulkan mereka dari segi umur, jantina, pekerjaan, pendapatan, status pernikahan dan sebagainya.

Contohnya, Anda fokus target market mengikut pendapatan isi rumah. Kalau Anda menjual bedak muka berharga RM145 kepada mereka yang pendapatannya hanya RM1500 sebulan, tentu produk susah sikit nak dijual. Dan sudah pasti golongan ini akan kata produk anda terlalu mahal.

Jadi, sudah boleh bayangkan siapa yang Anda ingin masukkan ke dalam list target market Anda?

PSIKOGRAFIK


Target market ini biasanya dari kumpulan yang meminati seseorang(artis) ataupun sesuatu(koleksi hobi).

Apabila mereka menyukai sesuatu/seseorang, mereka akan menjadi setia(loyal) dan mudah berkawan dengan orang yang mempunyai minat yang sama seperti mereka.

Bak kata kamus bisnes online “Tiada interaksi, tiada transaksi”. Maka, sering-seringlah berinteraksi.

Contohnya, Siti suka handbag kulit dan Siti pun masuk ke grup pencinta handbag kulit. Di sana, Siti menjalin silaturrahim sehingga dia banyak berinteraksi dengan peminat handbag kulit di dalam grup tersebut. Satu hari Siti mempunyai idea untuk menjual handbag kulit dan sudah semestinya Siti akan menjualnya di grup tersebut. Alhamdulillah banyak yang membeli kerana Siti memfokuskan pada target market nya.

Jadi, pilihlah grup atau komuniti yang sesuai dengan target market Anda.

BEHAVIORAL

Behavioral adalah sikap seseorang yang boleh mempengaruhi pembelian seseorang.

Saya pernah jumpa orang yang tidak suka mandi(mungkin lebih tepatnya ‘malas mandi’) bertanyakan tentang produk mandian satu jenama ini.

Cuba teka orang itu beli tak produk mandian tersebut? Iye, betul…dia tak beli pun.

Jangankan produk mandian, mandi dua kali sehari pun jauh sekali. Jadi, dia hanya sekadar bertanya sahaja,

Sebenarnya, lebih mudah kalau Anda menjual ke mereka yang menganggap produk Anda adalah sepadan dengan harga dan kualiti yang mereka inginkan.

Selepas itu, jalin interaksi dengan orang-orang yang Anda sudah targetkan, InsyaAllah pasti ada yang membeli.

Atau ikut strategi ini:

  1. Listkan siapa target market kita.
  2. Kongsikan info-info yang menarik di media sosial sehingga ada yang mengikuti apa yang Anda kongsikan.
  3. InsyaAllah, apabila Anda menjual sesuatu pasti mudah untuk menjual.

Atau cuba bayangkan calon pembeli yang Anda targetkan dan doakanlah semoga mereka dilimpahkan rezeki sehingga mereka akan membeli produk Anda.

Sekian sahaja untuk hari ini dan semoga perkongsian yang tidak seberapa ini memberi manfaat.

P.S: Workbook Cara Menentukan Target Audience Anda.