Cara Menulis Blog Daripada Suka-Suka Ke Serius

Saya teringat dulu memang ramai yang berblog tentang kehidupan peribadi masing-masing dan masa tu blog tentang lifestyle merupakan satu fenomena. Ia seolah-olah kita menulis diari di alam maya dan sesiapa pun boleh membaca diari kita masa tu.

Zaman tu memang sangat seronok untuk membuat blog.

Tetapi zaman blog sudah berubah dan lebih ramai yang membuat blog sekarang lebih memikirkan cara membina bisnes. Ini bermakna membuat duit sambil berblog pada masa sekarang ini memang sangat popular terutamanya di negara yang maju. Saya rasa ini lebih menyeronokkan daripada kita menulis blog untuk suka-suka.

Cara Menulis Blog Daripada Suka-Suka Ke Serius

Jadi, harini saya nak kongsikan bagaimana nak berhenti menulis blog untuk suka-suka kepada serius.

Kenapa serius sangat? Sebab bila melibatkan duit atau bisnes, kita kena serius dan kena ada ilmu tentangnya. Lainlah kalau kita ni artis… kalau popular memang mudah nak menjual apa pun.

Zaman sekarang, anda tidak perlu mendedahkan kehidupan peribadi atau lifestyle anda kepada umum. Errr… bukan tidak boleh langsung membuat blog tentang lifestyle. Tetapi kebanyakan blogger sekarang menjadi blog sebagai tempat memperoleh pendapatan. Jadi, kalau boleh anda mesti nak menulis blog yang menguntungkan pembaca dan bukannya anda seorang.

Disini saya akan beritahu kenapa anda perlu memilih niche yang sesuai untuk menambahkan pendapatan anda menerusi blog. Macammana nak memilih niche yang sesuai?

Sesetengah orang tidak ada masalah untuk memilih ‘niche’ yang sesuai. Dia tahu apa yang dia inginkan dan tak mengambil masa yang lama untuk menulis ‘list’² niche yang dia minati.

Mencari niche yang sesuai untuk blog memang bukanlah perkara yang mudah. Saya pun pernah mencuba bermacam-macam jenis niche. Lambat-laun anda akan tahu juga niche yang sesuai dengan blog. Memang ianya mengambil sedikit masa.

Biasanya niche yang muncul selepas kita mencuba pelbagai cara dan berfikir sekian lama itulah yang lebih baik jika dibandingkan dengan niche yang tiba-tiba muncul didalam kepala.

Niche memang tersangatlah penting dan kita perlu menyediakannya secara teliti. Sebab itulah dalam entri blog Cara Paling Mudah Untuk Membina Blog, saya amat tekankan tentang niche.

Sekarang, sediakan sebuah buku latihan(macam buku sekolah) dan sebatang pen. 

Bayangkan ‘niche’ ini adalah satu topik perbualan. Tanya diri sendiri tentang:

Apakah topik perbualan yang diminati yang membuatkan kita bersemangat nak kongsikan dengan orang lain?

Anda tidak perlu menjadi terlalu ‘mahir didalam topik tersebut. Yang penting, minat dan ‘passion’ tu ada. Apabila kita berminat pada sesuatu topik dan kita kongsikan pada orang lain, secara tak langsung orang yang mendengar terasa ada magnet dengan kita. Jadi, tulislah seberapa banyak topik perbualan yang kita minati didalam buku latihan tadi.

Contohnya, anda suka bercerita tentang drama korea yang menarik dengan kawan-kawan. Dari situ, anda boleh menulis blog tentang ‘review’ drama-drama korea yang anda dah tonton.

 

Adakah topik perbualan tersebut seronok untuk diceritakan ataupun tidak?

Ini antara bahagian yang paling penting sebab kita perlu suka dengan apa yang kita ceritakan pada orang.

Pendek kata, jangan ada aura negatif pada topik perbualan tersebut.

Semasa menulis blog nanti, anda perlu menggunakan topik perbualan tersebut dalam jangkamasa yang panjang… mungkin lebih 5 tahun anda perlu bercerita tentang topik yang sama.

Fikirkan apakah topik perbualan yang membuatkan anda gembira dan tersenyum sampai ke telinga bila mendengarnya dan memperkatakannya.

 

Apakah perkara yang kita teringin sangat nak belajar supaya topik perbualan tu menjadi lebih menarik?

Memang tak perlu menjadi seorang yang pakar pun kalau nak menceritakan ‘passion’ kita pada orang lain. Tapi sampai satu tahap, kita dengan sendirinya akan cari jalan nak tambah ilmu yang berkaitan dengan topik tersebut.

Sambil² tambah ilmu, bolehlah kongsikan sekali didalam blog nanti.

 

Adakah topik perbualan kita tu pernah menolong orang?

Kalau ada, memang inilah topik perbualan(yang kita katakan sebagai niche) yang patut anda pilih. Dah hebat sangat rasanya kalau dah boleh sampai tahap menolong orang lain.

Selepas anda berjaya menjawab soalan-soalan tadi, mungkin sekarang buku latihan tadi dah penuh ditulis satu mukasurat(kalau lebih mukasurat, lebih baik).

Boleh nampak tak kebanyakan niche atau ‘topik perbualan’ yang anda tulis mempunyai kaitan antara satu sama lain?

Adakah bakat atau hobi anda tu memberi satu semangat yang dipanggil ‘passion’?

Atau niche tersebut telah menolong ramai orang tanpa anda sedar?

Daripada list yang ditulis, pendekkan list menjadi sekurang-kurangnya 5 list. Kalau ada list yang rasa tak yakin dan agak membosankan, potongkan sahaja list tersebut sehinggalah jumpa satu-satunya niche yang membuat anda gembira.

Bila dah jumpa apa yang anda minati, jadikanlah minat tersebut satu niche yang boleh dikembangkan didalam blog anda nanti.

Yang penting, jangan cepat berputus asa kalau belum jumpa dengan niche yang sesuai. Itu semua perkara biasa yang dihadapi oleh kita semua yang bergelar ‘blogger’. Anda hanya perlu sabar dan rajin menulis dalam buku latihan tadi tentang apa yang anda minati.

InsyaAllah lambat-laun akan jumpa juga ‘niche’nya. Semoga berjaya!

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of