Cara Menulis Gol, Matlamat dan Azam Tahun Baru 2020 + Free Printable Guide

Cara Menulis Gol, Matlamat dan Azam Baru Tahun 2020.

Baru-baru ini ketika saya sedang mencari tips atau checklist mengenai bagaimana caranya nak membina bisnes online, kebanyakan orang yang sudi berkongsi tips atau checklist untuk membuat bisnes online ini mengatakan setkan gol atau merencanakan matlamat dengan berkesan adalah perkara pertama yang perlu difikirkan sebelum memulakan apa-apa bisnes.

 

MENULIS GOL

Menulis gol bukanlah satu kerja yang mudah sebab kita kena berfikir dengan lebih mendalam tentang bagaimana rupanya kehidupan yang kita inginkan dan kalau anda seperti saya, mungkin anda berfikir bentuk bisnes apa yang diimpikan.

Jadi, cara yang paling mudah atau yang banyak membantu saya menulis gol ialah kita bahagikan gol yang nak ditulis mengikut kata kunci tertentu seperti saya nak ‘mencapai’…., saya nak ‘mencuba’… dan kata kunci yang lain mengikut apa yang kita inginkan.

Kalau gol utama anda adalah membina bisnes online, anda boleh menulis ‘Bermula pada hari ini, saya nak mula berniaga secara online” dan disini kata kuncinya adalah “mula”. Ataupun “Bermula pada hari ini, saya nak menyimpan wang RM50,000 setahun” dengan menggunakan kata kunci “menyimpan”.

Saya sarankan anda menulis sekurang-kurangnya 9 gol yang anda inginkan dan tidak semestinya menulis gol yang berkaitan dengan bisnes online sahaja, anda juga boleh menulis gol yang boleh memberi manfaat pada kehidupan yang akan datang.

Saya sarankan anda menulis dan listkan sekurang-kurangnya 9 gol dahulu.

SMART GOAL

Langkah kedua adalah menulis ‘SMART Goal’ yang setiap huruf dari perkataan S,M,A,R,T ini mempunyai maksud tertentu dan Smart Goal ini juga merupakan kaedah yang banyak membantu kita menulis gol dengan teliti supaya kita nampak ke mana arah tujunya gol tersebut.

 

Specific=Khusus

Agak susah sebenarnya kita nak menulis gol secara spesifik atau jelas jika kita tidak pasti tujuan utama kita menulis gol tersebut dan untuk mengatasi masalah ini kita boleh bertanya apa, kenapa, siapa, dimana dan bagaimana.

Sebagai contoh, kita boleh ambil gol yang kita dah tulis pada awal tadi iaitu ‘Bermula pada hari ini, saya nak mula berniaga secara online” dan bertanyalah pada diri sendiri apa yang nak dijual?, kenapa nak buat bisnes online?siapa pembeli saya? Nak jual kat mana? Dan bagaimana nak merealisasikan bisnes online ini? Semua soalan ni kita tak perlu jawab semua tapi sebaiknya kita dapat menjawab sekurang-kurangnya 2 soalan dari soalan-soalan tersebut.

Dari situ kita dapat menulis dengan lebih mendalam lagi, contohnya, ‘Bermula pada hari ini, saya nak mula berniaga secara online dengan kaedah dropship di website saya sendiri dengan menjual T-shirt berwarna pastel yang memfokuskan pembeli dari kalangan remaja.

 

Measurable= Terukur

Menetapkan jangkamasa atau ukuran dalam gol sebenarnya dapat membantu kita menggunakan masa dengan sebaik-baiknya, menjadikan kita lebih berdisiplin dan kita boleh nampak dengan jelas bagaimana perjalanan dari awal sehingga gol tersebut menjadi realiti.

Kalau anda masih kabur bagaimana nak masukkan huruf ‘M’ ini didalam gol, cuba tanya pada diri sendiri “barapa banyak?” dan “bila kita hendak gol kita tu tercapai?”. Sebagai contoh ‘Bermula pada hari ini, saya nak mula berniaga secara online dengan menjual tshirt lebih 100 helai sebulan” dan 100 helai sebulan itulah dipanggil measurable atau terukur.

 

Achievable= Dapat Dicapai

Salah satu syarat utama yang kita perlu titikberatkan ketika menulis gol ialah kita kena pastikan gol tersebut mampu dicapai. Tetapkan yang ia bukanlah satu gol yang terlalu mudah untuk kita lakukan atau terlalu susah dan rumit sehingga rasa mustahil untuk dicapai.

Untuk membuat gol yang mampu dicapai anda boleh bertanya pada diri sendiri “Bagaimana caranya aku nak capai gol ni?” dan dari situ anda boleh bayangkan apakah langkah demi langkah yang mampu dibuat. Contohnya setkan berapa duit boleh disimpan setiap bulan untuk mencapai 50,000 setahun dan yang penting anda perlu kerja kuat sehinggalah dapat membuatkan gol tersebut satu realiti.

 

Relevant= Munasabah

Gol yang relevant ialah gol yang dianggap munasabah ataupun masuk akal yang boleh memberi kesan yang baik bukan kepada kita sorang tetapi pada orang lain juga. Apabila kita mempunyai target ataupun gol, kita nak ada orang lain yang boleh bagi dorongan supaya kita bersemangat untuk mencapai gol tersebut.

Sebagai contoh, anda seorang pekerja bank dan mensetkan gol ingin menjual nasi kukus ayam berempah sebanyak 1000 bungkus setiap hari pada waktu pagi hingga tengahari. Gol ini tidak relevant sebab pekerja bank mana ada masa nak menjual pada waktu hari bekerja,kan?

 

Time Based= Batas Waktu

Kalau kita tau apa tujuan kita mensetkan sesuatu gol, biasanya kita akan menetapkan waktu bila gol tersebut disiapkan atau bila kita nak gol tersebut menjadi realiti supaya kita dapat fokus dalam menyiapkan mental, fizikal ataupun modal seawal yang mungkin.

Sebagai contoh,
Anda nak menyimpan RM50,000 setahun. Sepatutnya  dalam jangkamasa setahun tu, anda boleh fikirkan apa strategi yang nak dilakukan setiap bulan agar gol untuk menyimpan 50,000 tersebut boleh dicapai pada waktu yang ditetapkan.

 

MEMILIH 5 GOL/TARGET

Selepas menulis 9 gol tadi dan sudah tahu cara menulis gol secara bijak(Smart goal), sekarang cuba anda pilih 5 gol dari 9 gol yang anda tuliskan tadi. Kemudian fikirkan secara mendalam gol apa yang akan memberi impak atau kesan yang sangat positif dalam hidup yang membuatkan  anda sangat yakin boleh mencapai gol itu nanti.

 

GARIS WAKTU(TIMELINE)

Selepas memilih 5 gol tadi, buatkan timeline ataupun garis waktu dengan menulis tugasan atau strategi dari awal bagaimana gol akan dilaksanakan sehinggalah ke tarikh akhir gol tersebut tercapai.

Sebagai contoh, anda nak menyimpan RM50000 selama setahun dan dari situ anda boleh membayangkan anda perlu menyimpan sekurang2nya RM4200 setiap bulan. Jadi setiap bulan, anda kena tahu bagaimana caranya untuk mendapatkan RM4200 sebulan.

 

TO-DO LIST

Dari contoh gol tadi, anda telah menetapkan untuk menyimpan RM50000 setahun, anda perlu menyimpan sekurang2nya RM4200 sebulan. Tapi apa yang perlu dibuat untuk mendapatkan RM4200 setiap bulan?

Dari sinilah to-do list boleh ditulis dan pastikan setiap tugasan diberikan jangkamasa berapa jam atau berapa hari untuk diselesaikan dan pastikan juga tugasan tersebut berkait rapat dengan gol yang ingin dicapai. Memberi jangkamasa atau daeadline untuk setiap to-do list ni bagi saya sebenarnya boleh membuatkan kita bertambah tak sabar dan bersemangat untuk mulakan sesuatu tugas.

 

EISENHOWER MATRIX

Susunkan ‘to-do list’ anda dengan menyusun dari tugasan yang paling tidak penting sehingga yang paling penting dan diingatkan sekali lagi tugasan yang kita buat tu kena ada kena mengena atau berkait rapat dengan gol kita. Dan nak menyusun to-do list seperti ini mmg ada caranya isitu kita menggunakan Eisenhower matrix.

Eisenhower matrix adalah cara bagaimana kita menyusun tugasan yang perlu dilakukan secepat mungkin ataupun tidak. Dengan cara ini juga kita dapat membezakan mana tugasan yang paling penting yang perlu kita lakukan ataupun tugasan yang kurang penting yang boleh kita tinggalkan.

Jadi, Eisenhower matrix ni dibahagikan kepada 4 bahagian mengikut tugasan yang paling penting dan yang kurang penting yang perlu dilakukan secepat mungkin ataupun tidak.

Bahagian pertama adalah tugasan to-do list yang memerlukan kita menyiapkannya dahulu daripada tugasan yang lain. Ini bermakna tugasan ini adalah tugasan pertama yang perlu dibuat sehingga siap kerana tugasan ini sangat penting. Ia juga dapat memberi kesan yang sangat besar dalam kehidupan atau pekerjaan kita.

Untuk memudahkan anda menyiapkan tugasan yang sangat penting, anda boleh gunakan timer supaya dapat menyelesaikan tugas mengikut waktu yang ditetapkan.

Contohnya, menyiapkan website online shop (sebab disitulah kita perlu letak barang jualan kita).

Bahagian kedua adalah tugasan yang biasanya kita letakkan dalam jadual atau kalendar dan biasanya tugasan ini adalah penting tapi kita tidak perlu terburu-buru nak disiapkan, sebagai contoh pergi bersenam ke gym.

Bahagian ketiga ini pula adalah tugasan yang tidak terlalu penting untuk kita tapi kita perlu bertindak secepat mungkin. Tugasan ini biasanya berkait rapat dengan telefon ataupun emel dan salah satu contohnya ialah seorang kawan telefon kita dan minta tolong kita membuat sesuatu tapi disebabkan kita ada tugasan yang lebih penting kita boleh minta kawan yang lain menolong kawan tersebut.

Bahagian keempat ini pula adalah tugasan yang kita tak perlu buat atau boleh tinggalkan terus sebab ianya tidak penting dan boleh ditangguhkan. Biasanya tugasan untuk bahagian ni boleh membuatkan kita suka menangguh masa untuk membuat tugasan yang penting di bahagian pertama dan yang kedua.

Sebagai contoh, bermain game ataupun melayari internet lebih daripada masa yang ditetapkan.

Untuk memudahkan anda membuat gol atau azam baru yang seperti ditunjukkan pada harini, anda bole download link ini. Semoga bermanfaat dan saya harap info pada hari ini dapat mengubah hidup anda menjadi lebih baik.

Download ~ Free Printable Guide


Membuat azam baru ~ free download

Sharing is caring:
error

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of