Hari ini saya ingin menjelaskan tentang Headline dengan lebih mendalam kerana inilah bahagian yang pertama yang kita perlu titik beratkan ketika membuat copywriting.

Saya baru sahaja singgah di Facebook Page seorang coach yang mengajar tentang bisnes online dan satu persoalan yang terus muncul di komen beliau ialah… macammana nak buat copywriting?

Walaupun saya ada menerangkan tentang copywriting dengan lebih mendalam di dalam post sebelum ini, saya rasa macam tidak cukup lagi.

Sebab headlinelah, penjualan boleh berlaku di opt in page ataupun sales page. Sebab headlinelah, orang nak baca satu blog post ataupun klik video youtube yang mereka nampak.

Jadi, headline ni penting untuk mendapat click-through rates yang tinggi di Youtube dan ranking yang teratas dalam pencarian Google Search. Begitu juga di Facebook Ads, Pinterest Pins, IG post dan sebagainya.

Saya nak tanya kepada anda. Apa yang pertama sekali orang akan baca dulu sebelum klik blog post atau video youtube anda? Mesti baca tajuk dulu, kan. Tajuk itulah yang kita panggil Headline.

Because your headline is EVERYTHING....

Ya, headline adalah segala-galanya dalam content marketing dan juga penyebab utama closing sesuatu penjualan.

Lebih-lebih lagi jika anda dapat membuatkan orang berkata “Wow…macam menarik je post ni. Saya kena baca sampai habis ni”.

Kalau ada audience yang berkata macamtu, itu maknanya anda berjaya menarik perhatian mereka dengan headline anda.

Selain itu, headline yang boleh membuatkan orang klik ‘see more’ biasanya ada strateginya. Stategi itulah yang saya akan tunjukkan dalam post ini.

Saya akan kongsikan 7 strategi atau ‘headline templates’  yang boleh membuatkan orang teruskan membaca content ataupun klik video youtube anda. 

Tapi, sebelum itu anda perlu membuat copy block dahulu.

Suratkhabar
mempunyai headlines
yang bagus.

Copy Block

Copy Block adalah point-point penting yang ada di dalam copywriting anda.

Menulis Copy Block memerlukan anda berfikir secara kreatif tentang perkataan yang akan digunakan tentang produk, kempen ataupun artikel tertentu. Ini supaya mesej anda dapat disampaikan kepada audience dengan jelas dan tepat.

Bagaimana membuat Copy Block?

Terdapat point-point penting yang anda perlu tuliskan, iaitu:

  1. Desired Results
  2. Time
  3. Key Benefits
  4. Challenge or Fear

Sekarang, saya akan jelaskan semua ini dengan lebih mendalam supaya anda faham cara menulisnya.

Point² penting boleh
di'highlight' untuk menulis
copy blocks.

Desired Results

Desired Results merupakan hasil yang pelanggan anda inginkan selepas menggunakan produk atau servis yang anda tawarkan..

Contoh desired results seperti:

  • menurunkan berat badan sebanyak 10kg.
  • meningkatkan penjualan sebanyak 3 kali ganda.
  • memiliki kulit wajah yang bebas dari jerawat.
  • menutup aurat dengan sempurna.

 

Time

Kadang-kadang kita rasa tidak sabar untuk mendapat hasil yang kita inginkan ketika menggunakan sesuatu produk atau servis. Betul tak?

Pelanggan anda pun sama juga. Mereka selalu mahukan sesuatu yang memberikan hasil yang cepat.

Oleh itu, Time ialah jangkamasa waktu yang munasabah untuk pelanggan anda mendapatkan hasil yang mereka inginkan.

Contoh Time adalah seperti:

  • dapat menurunkan berat badan sebanyak 10 kg dalam masa 2 bulan.
  • dapat meningkat penjualan dalam masa 7 hari.
  • kulit bebas jerawat dalam masa 3 hari.
  • dapat menutup aurat dengan sempurna tidak sampai seminit.

 

Key Benefits

Key benefits boleh diketahui ketika anda bertanya “Kenapa pelanggan saya mahu dapatkan desired results tadi?”

Ramai yang lebih mengutamakan ciri-ciri produk berbanding manfaat produk. Kunci utama Key Benefits adalah MANFAAT dan bukan ciri-ciri sesuatu produk atau servis.

Sebagai contoh, tiada siapa yang mahu membeli drill(gerudi tangan) tanpa sebab. Selalunya orang membeli drill untuk membuatkan lubang di dinding supaya dapat menggantung gambar atau perhiasan.

Oleh itu, manfaat menggunakan drill ialah memudahkan kita untuk menebuk lubang di dinding dengan cepat. Manakala ciri-ciri sebuah drill ialah mempunyai berat tidak sampai 1kg.

Contoh ciri-ciri yang lain tentang drill.

Challenge or Fear

Challenge or Fear adalah cabaran terbesar atau ketakutan yang akan dirasai oleh pembeli produk anda untuk mencapai desired results mereka.

Contoh:

  • berasa lapar ketika berdiet.
  • tiada pembelian ketika closing.
  • rasa sakit ketika menggunakan produk wajah.
  • tudung sukar dibentuk.

Setelah mengetahui keempat-empat copy blocks ini,  kita akan menggunakannya ke dalam 7 headline templates di bawah ini pula.

Tetapi sebelum itu, saya akan berikan satu contoh copy block. Inilah contoh yang akan digunakan untuk design template kita nanti, iaitu:

Desired Results: Turunkan berat badan sebanyak 10kg.

Time: 60 hari.

Key Benefits: Untuk memakai baju raya yang cantik.

Challenge or Fear: Berasa lapar.

Headline Template #1

“Macammana Nak (Desired Results)”

Berdasarkan contoh copy block yang diberikan tadi, headline template #1 ini boleh ditulis sebagai…

“Macammana Nak Turunkan Berat Badan Sebanyak 10kg” 

Itu sahaja.

Inilah contoh headline yang paling simple dan selalu digunakan dari dulu lagi oleh pengiklan sesuatu produk atau servis.

Headline Template #2

“Macammana Nak (Desired Results) Dalam Masa (Time)”

Berdasarkan contoh copy block yang diberikan tadi, headline template #2 boleh ditulis sebagai…

“Macammana Nak Turunkan Berat Badan Sebanyak 10kg Dalam Masa 60 Hari

Headline ini nampak lebih spesifik daripada headline template #1 tadi, kan. Salah satu contoh yang lain yang anda boleh tulis ialah…

“Macammana Nak Berjogging Pada Waktu Petang

Headline Template #3

“Macammana Nak (Desired Results) Tanpa (Challenge or Fear)”

Berdasarkan contoh copy block yang diberikan tadi, headline template #3 ini boleh ditulis sebagai…

“Macammana Nak Turunkan Berat Badan Tanpa Berasa Lapar

Bagi seseorang yang tidak suka berasa lapar tetapi ingin menurunkan berat badan, headline seperti ini akan menarik perhatian mereka untuk membacanya dengan lebih lanjut.

Headline Template #4

“Macammana Nak (Desired Results) Supaya Anda Boleh (Key Benefit)”

Berdasarkan contoh copy block yang diberikan tadi, anda boleh menulis headline template #4 ini sebagai…

“Macammana Nak Turunkan Berat Badan Supaya Anda Boleh Memakai Baju Raya Yang Cantik

Kalau anda mempunyai audience yang akan melangsungkan pernikahan, headline anda boleh diubah menjadi…

“Macammana Nak Turunkan Berat Badan Supaya Anda Boleh Memakai Baju Nikah Yang Cantik

Inilah headline yang mengfokuskan kepada situasi, keinginan dan kelebihan audience anda.

Ini membuatkan mereka akan meneruskan membaca atau menonton apa yang anda kongsikan kerana mereka berasa anda seorang yang prihatin.

Headline Template #5

“Macammana Nak (Desired Results) Dalam Masa (Time) Supaya Anda Boleh (Key Benefit)”

Berdasarkan contoh copy block yang diberikan tadi, headline template #5 ini boleh ditulis sebagai…

“Macammana Nak Turunkan Berat Badan Dalam Masa 60 Hari Supaya Anda Boleh Memakai Baju Raya Yang Cantik

Apabila kita menambah “supaya anda boleh”, secara automatik kita akan memikirkan tentang manfaat produk. Betul tak?

Jadi ayat “supaya anda boleh” seolah-olah memaksa anda untuk mengkaji apa manfaat produk atau servis yang ditawarkan.

Selain itu, ia seperti mendorong orang yang membaca content anda itu untuk mengambil tindakan supaya dapat mencapai hasil yang mereka inginkan.

Headline Template #6

“Macammana Nak (Desired Results) Supaya Anda Boleh (Key Benefit) Tanpa (Challenges and Fear)”

Berdasarkan contoh copy block yang diberikan tadi, anda boleh menulis headline template #6 ini sebagai…

“Macammana Nak Turunkan Berat Badan Supaya Anda Boleh Memakai Baju Raya Yang Cantik Tanpa Berasa Lapar

Headline seperti ini sesuai untuk target audience yang ingin menurunkan berat badan tetapi mempunyai perasaan takut untuk berasa lapar. Anda akan dianggap sebagai penyelamat mereka jika dapat merealisasikan impian mereka ini.

Headline Template #7

“Macammana Nak (Desired Results) Dalam Masa (Time) Supaya Anda Boleh (Key Benefit) Tanpa (Challenges and Fear)”

Berdasrkan contoh copy block yang diberikan tadi, headline template #7 ini boleh ditulis sebagai…

“Macammana Nak Turunkan Berat Badan Dalam Masa 60 Hari Supaya Anda Boleh Memakai Baju Raya Yang Cantik Tanpa Berasa Lapar

Untuk headline yang terakhir ini, kita akan gunakan keempat-empat point dari contoh copy block tadi.

Headline ini lebih spesifik daripada headline templates yang lain dan sesuai diletakkan sebagai tajuk artikel anda nanti.

Kesimpulan

Dengan adanya copy block, ia memudahkan anda untuk menulis Headline yang mengujakan.

Kalau anda membaca iklan-iklan di tahun 80-an dan 90-an, anda akan melihat kebanyakan mereka menggunakan formula headline templates seperti yang saya kongsikan sebentar tadi. Dan sehingga ke hari ini, headline templates ini masih digunakan.

Sekarang tiba masanya untuk anda pula mempraktikkan penggunaan headline templates yang saya kongsikan sebagai cara menulis headline anda.

Semoga Bermanfaat!