Cara Paling Mudah Untuk Membina Blog (walaupun tidak mahir menggunakan komputer)

Mencari cara paling mudah untuk membina blog?

Ada halangan nak membina blog sebab tak mahir menggunakan komputer?

Sekarang, anda berada di tempat yang betul sebab sebentar lagi saya akan tunjukkan cara membina blog walaupun anda tidak mahir menggunakan komputer.

Cara Paling Mudah Untuk Membina Blog (walaupun tidak mahir menggunakan komputer)

Ini adalah entri blog saya yang pertama selepas blog ini diubah konsep.

Saya berharap inilah konsep blog terbaik yang saya pernah lakukan apabila menulis entri blog yang pertama iaitu menunjukkan cara membina blog.

Sebentar lagi saya akan tunjukkan secara step by step bagaimana nak membina blog tetapi jika entri blog ini terlalu panjang, anda semua disarankan untuk bookmark entri blog ini supaya mudah untuk dirujuk beberapa kali.

 

Tentukan tujuan anda berblog: Wang atau Sekadar suka-suka

Mula-mula sekali kita kena fikir apakah tujuan kita menulis blog. Adakah kita menulis blog untuk memperoleh wang ataupun kita menulis blog sekadar suka-suka untuk berkongsi dengan keluarga dan kawan-kawan?

Kalau anda nak menulis blog secara suka-suka, anda boleh menggunakan blogger dan tidak perlu membaca tips yang seterusnya dibawah ini.

Saya kurang mahir untuk menulis blog yang ditulis sekadar suka-suka. Blog saya sebelum ini pun banyak yang dah bersawang sebab idea dan semangat untuk menulis blog sekadar suka-suka ini sudah hilang.

Kalau anda ingin menulis blog yang memberi sumber pendapatan, anda perlu membina blog di WordPress dengan menggunakan domain sendiri. Sila teruskan membaca ye… saya akan terangkan ini semua sebentar lagi.

 

Apakah yang dimaksudkan dengan domain sendiri?

Domain adalah url website yang hujungnya ada “.com”, “.my”, “.info” dan sebagainya. Domain sendiri adalah domain yang anda beli sendiri atau lebih dikenali sebagai self-hosted. Contoh self-hosted domain biasanya akan nampak seperti www.letakdomainsendiri.com.

Jika kita lihat url blog kita di blogger, alamat urlnya ditulis seperti www.letakdomainsendiri.blogspot.com . Ramai tak sedar, blogger mempunyai hak untuk membuat apa sahaja pada blog kita sebab domainnya pun adalah hak milik blogger.

Sebab itulah menggunakan domain sendiri adalah lebih baik untuk blog dan ada banyak kelebihannya walaupun kita perlu mengeluarkan wang sedikit.

 

Tentukan niche: Apa yang anda teringin sangat nak tulis?

Paling mudah pilihlah topik yang membuatkan anda berasa seronok dan bersemangat untuk dikongsikan kepada orang lain. Contohnya, kalau anda suka kucing dan rasa gembira sangat bila dapat berkongsi cerita tentang kucing, ini bermakna niche anda adalah kucing! Tapi, pastikan niche ini adalah sesuatu yang kita mahir, mempunyai pengetahuan tentangnya atau mempunyai minat yang mendalam.

Bagi pendapat saya, blog yang memberi tips dan cara untuk menyelesaikan masalah adalah antara blog yang mudah menarik perhatian orang untuk membaca blog kita. Contohnya, kalau niche kita adalah kucing, kita tulislah blog tentang cara menyediakan makanan yang sihat untuk kucing.

Selepas itu, jangan lupa letakkan sekurang-kurangnya satu gambar yang cantik dan menarik dalam entri blog kita tu nanti.

 

Pilih nama yang tepat untuk blog

Sediakan satu kertas dan tulislah seberapa banyak nama yang dirasakan sesuai dengan blog anda. Inilah nama ‘domain sendiri’ yang kita sebutkan tadi. Contohnya niche utama anda adalah membuat tshirt kucing dan gaya hidup seekor kucing yang sihat. Mungkin anda boleh meletakkan nama ‘kucing lifestyle’, ‘kucing sihat’ atau ‘healthycats’ dan sebagainya. Ini hanyalah contoh. Sebaik-baiknya penuhkan satu kertas dengan nama yang anda rasakan sesuai.

Selepas itu, cek nama tersebut di Serverfreak dengan menulis nama-nama tadi didalam kotak ‘Find Your Domain‘. Ini nak menentukan samaada nama domain yang ditulis sudah digunakan ataupun tidak. Pastikan jangan membuat jarak atau ‘space’ ketika menulis nama domain. Kalau ada ‘space’, sambungkan sahaja dua perkataan tadi menjadi satu. Kalau boleh, jangan letakkan ‘-‘ ataupun nombor.

Seboleh-bolehnya gunakan ‘.com’ dan jika tiada pilihan, anda juga boleh menggunakan ‘.my'(tapi yang ini lebih mahal daripada .com). Kalau boleh janganlah guna ‘.net’, ‘info’ dan seumpamanya. Sebaik-baiknya, carilah sampai kita dapat domain yang akhirnya ada ‘.com’.

 

Dapatkan ‘hosting’ untuk blog 

Sebelum kita mempunyai kedai, kita perlu menyewa tapak kedai, kan? Di internet, tapak kedai boleh dianggap sebagai ‘hosting’. Jadi, kita perlulah menyewa ‘tapak kedai’ tersebut sebelum kita membina sebuah blog.

Apakah jenis ‘host’ terbaik yang pernah digunakan?

Terdapat pelbagai jenis ‘host’ yang boleh dipilih samaada secara terus di Malaysia ataupun di luar negara.

Antara ‘hosting’ terbaik yang saya pernah gunakan ialah Serverfreak. Sehinggalah sekarang, saya masih setia dengan Serverfreak. Sebelum ini, saya pernah menggunakan ‘hosting’ yang lain tetapi berdepan dengan masalah sebab ‘customer service’ mereka sangatlah teruk. Saya belum pernah guna ‘hosting’ dari luar negara. Setakat ini, saya hanya menggunakan ‘hosting’ didalam negara supaya apa sahaja masalah yang saya hadapi mudah diperbetulkan memandangkan waktu negara kita dan negara luar adalah berbeza.

Setakat ini, saya belum pernah ada masalah dengan Serverfreak. Apa sahaja masalah yang saya hadapi, memang mereka dapat selesaikan dengan sangat cepat. Ini juga antara perkara yang amat penting yang kita perlu ambil berat sebelum membeli ‘hosting’…. pastikan segala masalah kita boleh diselesaikan dengan pantas dan ‘customer service’nya mestilah tip top.

 

Gunakan WordPress

Di Serverfreak, terdapat juga pakej ‘WordPress Hosting’ yang khas dibuat untuk memudahkan anda membina blog. Terus-terang, saya belum pernah menggunakan pakej tersebut. Saya menggunakan pakej yang lain dan pakej tersebut memerlukan saya ‘install’ WordPress secara manual di cpanel. Disebabkan kali ini kita ingin membina blog untuk orang yang tak mahir menggunakan komputer, saya rasa inilah pakej terbaik yang anda boleh gunakan.

Selepas anda membeli pakej ‘WordPress Hosting’ di Serverfreak, sekarang anda sudahpun ada sebuah blog.

Tetapi anda perlu menetapkan tema(‘theme’) website yang sesuai dengan blog yang ingin dibina pula.

 

Tentukan tema yang sesuai untuk blog

Selepas kita menyewa tapak kedai, biasanya kita akan ubahsuai kedai tersebut supaya dapat menarik perhatian orang yang lalu-lalang. Ubahsuai yang kita buat itulah boleh dianggap sebagai ‘theme’ atau tema untuk website kita.

Di WordPress, terdapat pelbagai ‘theme’ yang anda boleh pilih dan antara ‘theme’ yang paling popular sekali adalah ‘theme’ percuma yang WordPress berikan. Jika anda baru sahaja membina blog, saya cadangkan gunakan sahaja ‘theme’ yang percuma. Kalau takde idea, pilihlah ‘theme’ yang ‘background’nya berwarna putih sebab ‘theme’ sebegini memudahkan pembaca membaca apa yang kita tulis di blog.

Kalau anda ada duit lebih, anda boleh naiktaraf website anda dengan membeli ‘theme’ yang lebih profesional. Anda boleh membeli ‘theme’ WordPress yang menarik di Themeforest yang boleh di’install’ sekali dan setiap ‘update’ boleh di’download berkali-kali secara percuma. Pastikan anda membaca ‘review’ dan melihat ‘rating’ sebelum mengeluarkan wang membeli ‘theme’ di sana. Antara ‘theme’ yang paling ramai beli dan mempunyai rating yang tinggi adalah Avada, X ataupun  The 7.

 

Logo blog

Selepas dah ada ‘theme’ yang sesuai untuk blog, anda perlu mencipta logo sendiri pula. Paling mudah, buatlah logo di Canva.

Saya kurang bersetuju jika anda ingin membuat logo dengan meletakkan muka anda sendiri sebab ianya nampak kurang profesional. Kalau ingin membuat blog sekadar suka-suka takde salahnya letak muka sendiri. Paling mudah sekali gunakanlah konsep ‘less is more’ ketika membuat logo.

Anda boleh sahaja mengupah orang lain untuk membuat logo tetapi dari pengalaman saya, bentuk logo akan sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Jadi, eloklah buat sendiri sahaja.

 

Mula menulis

Akhirnya….

Inilah ‘part’ yang paling penting dan yang paling seronok!

Selepas yakin semua sudah di ‘install’ sepenuhnya, anda boleh terus membuka ‘dashboard wordpress’ menggunakan alamat ‘domain’ yang telah didaftar seperti www.domainbloganda.com/wp-admin (ini sebagai contoh sahaja).

 

Tambah gambar yang menarik pada setiap entri blog

Gambar adalah salah satu kemestian jika anda mahu blog anda nampak menarik.

Sekarang terdapat pelbagai gambar ‘stock photos’ yang nampak sangat profesional yang boleh di’download’ secara percuma ataupun dibeli dengan harga yang amat berpatutan.

Saya lebih suka google ‘free stock photos’ sahaja.

Jangan sesekali mengambil gambar orang lain tanpa izin tuan empunya gambar. Itu adalah satu kesalahan yang besar. Sebab itulah wujudnya pelbagai website ‘stock photos’ yang memudahkan kita menggunakan gambar tanpa ‘copyright’.

Selepas semuanya selesai, sekarang terpulang pada anda nak menulis apa di blog.

 

Kesimpulannya

Bukan susah pun nak membina blog, kan. Tapi bagi saya, yang paling susah adalah untuk mengekalkan semangat untuk menulis.

Bila kita sudah ada ‘niche’, ia memudahkan kita untuk menulis jika dibandingkan dengan blog yang ditulis sekadar suka-suka yang tidak mempunya ‘niche’ yang tetap. Sebab itulah ‘niche’ adalah sangat penting untuk difikirkan sebelum kita membina blog.

Saya memperuntukkan sekurang-kurangnya 10 jam seminggu untuk fokus pada penulisan blog dan 10 entri blog ditulis setiap bulan.

Saya hanya perlu mengeluarkan duit untuk membeli:

‘Domain’, ‘hosting’ dan ‘theme’ setiap tahun(bukan setiap bulan ye).

 

Bagaimana dengan blog anda pula?

Sila tinggalkan komen di bawah ini apakah ‘niche’ blog anda dan ceritakan serba sedikit mengenainya.

 

(Entri blog ini mungkin mengandungi ‘affiliate links’. Penulis akan menerima komisen sekiranya anda menggunakan ‘affiliate links’  tersebut. Walau bagaimanapun anda TIDAK akan dikenakan apa-apa kos tambahan).

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of