3 Cara Mencari Topik Untuk Membuat Content

3 Cara Mencari Topik Untuk Membuat Content

Content memainkan peranan penting bukan sahaja untuk menarik target audience tetapi juga menambahkan followers yang kita ada sekarang untuk membuat pembelian.

Tapi bagi orang yang baru beginner atau baru nak mula membuat content mesti bingung, kan? Topik apa yang sesuai yang kita boleh buat content?

Cubalah idea topik yang akan saya kongsikan ini.

Mencari Topik Yang Sesuai

Nak buat content tapi tak tahu nak mula dari mana dan topik apa yang boleh menghasilkan wang dalam jangkamasa yang panjang?

Pastikan sebelum membuat content, kita cuba 3 cara ini:

  1. Cari topik yang kita suka dan sering kita cari.

Cuba tengok balik akaun media sosial kita. Apakah akaun yang paling banyak kita like, komen dan juga save? Kadang-kadang kita tidak sedar minat kita terhadap sesuatu topik.

Mungkin ada yang tidak sedar yang dia sudah follow banyak akaun yang berkaitan kesihatan, digital marketing, buat duit dan sebagainya.

Selepas dah tahu jenis akaun yang kita selalu follow, kemudian listkan topik yang selalu menarik perhatian kita. Topik-topik inilah yang kita dijadikan sebagai content.

Tetapi, pastikan topik yang sensitif seperti kesihatan mental, kulit, sakit jantung dan sebagainya mempunyai latar belakang atau bukti pendidikan atau pengalaman yang sahih.

  1. Cari topik yang kita sudah ada pengalaman atau skill.

Mungkin ada yang tertanya-tanya,

” Macammana ni… aku tak banyak pengalaman dan belum sampai tahap expert?”

Jangan risau… kita masih tetap boleh membuat content sebab membuat content tidak semestinya kita kena tunggu sampai kita sudah pakar dalam bidang tu.

Kita boleh mula dengan apa yang kita tahu dulu. Bayangkan dari tahap kepakaran yang ada, dari tahap 1 sehingga tahap 10, mungkin kita baru berada di tahap 4. Dari sini, kita sebenarnya boleh membimbing orang dari tahap 0 ke 4 dan dalam masa yang sama kita masih dalam proses untuk mencapai ke tahap 10.

Boleh ke mula walaupun kita belum mahir?

Sebenarnya, masih ramai orang perlu bimbingan dari zero. Tidak semua orang mampu belajar terus ke tahap yang tertinggi(tahap 10). Tapi jangan lupa untuk berterus-terang yang kita hanya membimbing beginner dan bukan yang expert dalam bidang tu.

Contohnya tajuk posting saya hari ini yang fokus untuk beginner yang ingin membuat content.

  1. Cari topik yang dicari market atau menyelesaikan masalah orang.

Kalau nak memilih topik seperti ini, kita perlu ada target audience yang spesifik yang ada masalah yang spesifik juga. Selain itu, kita kena cari solusi untuk menyelesaikan masalah mereka ini.

Contohnya, kita memilih topik kesihatan. Dari situ, target audience kita adalah orang yang bekerja di pejabat yang mahu menurunkan berat badan serta ingin hidup sihat dan mempunyai bentuk badan yang ideal. Masalahnya ialah mereka tidak ada waktu untuk bersenam sebab sibuk bekerja.

Dari sini, kita dapat melihat apa MASALAH-nya dan KEINGINAN-nya. Mereka mahu mencapai keinginan tersebut tetapi terhalang dengan masalah.

Haaa… dari situlah kita boleh membuat content yang fokus menjawab masalah mereka dan membantu mereka mencapai keinginan iaitu mendapat tubuh badan sihat yang ideal.

Content seperti ini boleh menghasilkan wang sebab topiknya banyak dicari market. Bagi anda yang mahu tahu lebih mendalam bagaimana mengenali market sehingga tahu apa masalah mereka, sila dapatkan target audience workbook ini yang sangat diperlukan oleh seorang content creator.

Sekarang dah ada idea, kan? Inilah langkah terawal kalau kita baru sahaja ingin menjadi seorang content creator. Jangan lupa share postingan ini dengan kawan-kawan yang teringin nak jadi content creator juga sebagai tanda kita menyokong kawan-kawan kita. Semoga Bermanfaat.