Checklist Alat Jahitan Asas yang Diperlukan Jika Baru Belajar Menjahit

Saya sering mendengar orang berkata betapa takutnya mereka dengan dunia jahitan. Jadi, kebanyakan mereka tidak berani mencuba dan memberi pelbagai alasan sebab tidak tahu macammana nak mula.

Kalau tengok orang menyulam, menjahit baju menggunakan bendera(popular setiap kali bulan Ogos) dan sebagainya, mulalah fikir “nampaknya, memang aku tak mampu nak menjahit macam diaorang“.

 

Sebenarnya, perkara pertama yang kita perlu buat untuk menjahit ialah kita kena paksa diri. Lama-kelamaan, kita akan sedar yang rupa-rupanya tak perlu menjadi tukang jahit yang hebat untuk mencapai nikmat dan kepuasan menjahit bila kita dah ‘paksa’ diri kita untuk menjahit.

Secara jujurnya, saya juga memerlukan asas jahitan ketika mula-mula mengenali dunia jahitan. Disini saya akan kongsikan senarai alatan asas untuk menjahit yang kita perlu sediakan sebelum kita menjahit.

 

Alat Jahitan Asas yang Diperlukan Jika Baru Mula Belajar Menjahit

Alatan asas yang anda perlukan:

  • Mesin Jahit
  • Jarum mesin jahit
  • Jarum tangan
  • Benang hitam dan putih
  • Gunting kain
  • Gunting kertas
  • Seam Ripper
  • Pita pengukur
  • Pin kusyen
  • Jarum peniti
  • Safety pins
  • Kapur penanda
  • Pen penanda(washable)
  • Bobbins tambahan
  • Kain
  • Seterika

Mesin jahit
Antara alat jahitan asas yang wajib! Tak perlu membeli mesin jahit yang mahal, beli yang paling basic pun tak apa. Biasanya harganya lebih RM500 dan tak sampai RM1000.
Saya syorkan:

Jarum mesin jahit
Membeli jarum tambahan untuk mesin jahit adalah sangat digalakkan. Belilah jarum yang berkualiti mengikut kekerapan jenis jarum yang anda gunakan. Sekali lagi… diingatkan membeli jarum yang berkualiti kalau taknak jarum tu mudah patah ketika menjahit.

Jarum jahitan tangan
Walaupun anda ingin menjahit menggunakan mesin sepenuhnya, anda masih perlu menjahit menggunakan tangan. Jadi, dapatkan satu pek jarum jahitan tangan yang mengandungi pelbagai jenis saiz jarum.

Benang Hitam dan putih
Sebagai permulaan, belilah benang yang warnanya neutral seperti warna putih dan hitam. Sebab warna inilah yang kita akan kerap pakai nanti. Selepas tu, berulah boleh tambah warna lain sedikit demi sedikit.

Gunting kain
Pastikan anda menggunakan gunting ini untuk menggunting fabrik sahaja. Jangan cuba-cuba untuk menggunting kertas-amaran keras ni! Biasanya gunting fabrik yang terbaik harganya mahal sedikit tapi ianya berbaloi sebab biasanya guntingnya sangat tajam dan boleh digunting dengan tepat.

Gunting kertas
Ha… gunalah gunting ini untuk kertas sahaja. Gunting kertas ni tak perlu beli mahal-mahal. Beli yang murah pun dah ok. Lagi banyak gunting kertas yang kita ada, lagi elok.

Seam Ripper
Ini adalah benda yang paling kita TAK suka pakai tapi kalau dia takde, kita akan susah sebab dia sahaja yang boleh bukakan jahitan yang kita tersilap dengan mudah. Seam ripper wajib diletakkan di tempat yang kita mudah capai. Pastikan anda beli seam ripper yang pisaunya kecil dan janganlah beli yang terlalu besar.

Pita pengukur
Sangat penting untuk mengukur badan sendiri dan orang lain sebelum menjahit baju dan sangat berguna untuk kegunaan lain juga.

Pin kusyen
Belilah yang bentuk tomato atau strawberi. Pin kusyen ni dapat membantu jarum kita supaya sentiasa tajam dan mengelakkan karat.

Jarum peniti
Antara benda basic yang wajib ada. Belilah apa sahaja jenis yang anda suka tetapi pastikan bagus kualitinya dan ianya tidak akan merosakkan kain kita.

 

Safety Pins
Anda tak perlu safety pin yang terlalu banyak. Lagi bagus kalau setiap satu ada satu saiz. Safety pin ni selalu membantu memasukkan getah elastic ketika kita membuat skirt dan kain baju kurung.

Kapur penanda
Kapur ini sangat berguna untuk menanda baju. Belilah yang berkualiti sebab biasanya kapur ini susah ditanda pada baju yang kainnya bukan jenis cotton.

Pen penanda
Selain kapur penanda, anda juga boleh menggunakan ‘water soluble pen’. Saya lebih suka gunakan pen ini sebab ianya lebih mudah digunakan dan tandanya akan hilang sepenuhnya jika terkena air.

Bobbins tambahan
Anda memerlukan bobbins yang banyak jika anda menggunakan pelbagai jenis warna benang. Siapkan satu warna benang dengan satu bobbin.

Kain
Kalau takde kain, macammana nak menjahit, kan? 😀

Seterika/Iron
Sangat berguna dan tidak boleh tiada dalam list! Seelok-eloknya gunakan iron yang mempunyai wap stim yang kuat(jangan sampai terbakar kain pulak ye).

 

Inilah alatan asas yang kita perlu ada untuk menjahit. Sebenarnya, menjahit adalah jauh lebih mudah daripada yang kita fikirkan. Apa yang diperlukan hanyalah sedikit masa, kesabaran, mesin mesra pengguna, motivasi dan tutorial untuk melatih diri kita menjahit.

Selamat menjahit !!

Sharing is caring:

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of