Checklist Fokus Beribadat Sepenuhnya Ketika Bulan Ramadhan

Checklist Fokus Penuh Beribadat Ketika Bulan Ramadhan (Ramadhan Checklist pdf disediakan).

Jadi, tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan yang penuh berkah dan pengampunan.

Jika anda mempunyai azam untuk menggunakan masa di bulan Ramadhan dengan sebaik-baiknya, saya ada sertakan satu checklist yang boleh diikuti dan memudahkan ‘plan’ supaya pada bulan Ramadhan ini kita dapat memberikan fokus yang penuh untuk memperbaiki diri dengan sebaik-baiknya.

Pastikan anda sudah bersedia dan mempunyai azam yang kuat untuk menggunakan peluang beribadat di bulan Ramadhan ini dengan sepenuh hati.

Pada awalnya, mungkin anda akan berasa amat susah untuk melakukan tugasan yang diberikan dalam checklist ini jika anda tidak pernah melakukannya sebelum ini. Jadi, sebaik-baiknya anda sudah cuba untuk melakukan semua ibadat ini sebelum masuk bulan puasa yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Tugasan-tugasan yang anda perlu ikuti adalah seperti berikut:

Ramadhan Checklist

AKTIVITI HARIAN

  • Istighfar 100x (pagi)
  • Solat Dhuha (minimum 4 rakaat)
  • Solat awal waktu
  • Menjaga wudhuk
  • Berdoa setiap kali selepas solat
  • Membaca surah Yasin (pagi)
  • Berdoa sebelum berbuka (minimum 5 minit)
  • Membaca surah Al-Mulk (malam)
  • Membaca surah Yasin (malam)
  • Mengqadhakan solat (minimum 3 solat)
  • Solat Tarawikh+Witir
  • Tahajjud (minimum 4 rakaat)
  • Istighfar 100x (malam)
  • Bersedekah (minimum RM1 sehari)
  • Menghafal ayat Al-Quran
  • Membaca Al Quran (minimum 30 minit)
  • Menghafal & mengamalkan doa
  • Membaca tafsir Al-Quran (minimum 15 minit)\
  • Kongsikan perkara baik

MEMPERBAIKI DIRI (CHALLENGE)

  • Kurang menggunakan hp/tablet/media sosial
  • Tidak mencela/cakap belakang/gosip
  • Menjaga pandangan
  • Elak mendengar muzik/TV/Movies
  • Menulis ‘gratitute journal’
  • Mengambil wudhuk sebelum tidur
  • Membaca doa sebelum setiap aktiviti
  • Maafkan semua orang sebelum tidur

Pastikan tugasan di atas anda lakukan sepanjang bulan Ramadhan dan diteruskan pada bulan yang lain secara istiqomah.

Untuk memudahkan anda melakukan tugasan yang diberikan diatas, saya sediakan ‘Ramadhan Checklist’ yang disusun supaya anda boleh melakukannya.

Anda boleh print checklist tersebut di: Ramadhan Checklist

Selamat berpuasa dan semoga bulan Ramadhan ini adalah bulan yang terbaik untuk kita menjadi lebih baik daripada sebelum ini 🙂

Sharing is caring:
error

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of