Cara Menulis Copywriting Untuk Menarik Pelanggan
Ada beberapa persediaan lain yang perlu dilakukan sebelum mula membuat copywriting.

Ramai yang menganggap copywriting adalah sekadar menulis. Sedangkan ada banyak persediaan yang perlu dibuat sebelum mula membuat copywriting. Bagi yang tidak faham apa itu copywriting, saya akan menjelaskannya dengan lebih mendalam dalam post ini.

Maksud Copywriting Dalam Bahasa Melayu

Copywriting ialah menggerakkan orang untuk melakukan sesuatu walaupun dalam bentuk penulisan. Ia seolah-olah anda bercakap apa yang anda fikirkan(dalam bentuk penulisan) sehingga anda berjaya mengarahkan pembaca anda untuk membeli, share, like, komen atau seumpamanya. Copywriting juga adalah seni mengolah kata-kata supaya:

  • Yang mulanya tidak tahu menjadi tahu.
  • Yang mulanya tidak kenal menjadi kenal.
  • Yang mulanya tidak ambil peduli, mula menjadi pemerhati.
  • Yang mulanya menjadi pemerhati, mula rasa tertarik dan suka.
  • Yang mulanya suka, menjadi pembeli.
  • Yang pernah membeli, terus follow atau subscribe!

Bagaimana nak menjual sesuatu tanpa menatap muka tetapi ada yang sukarela membeli dengan kita? 

Dengan menggunakan copywriting, produk kita mudah mendapat pehatian dan laris di jual walaupun hanya menggunakan kata-kata.

membuat ayat copywriting
David Ogilvy — Father of Advertising

Menurut David Ogilvy, apabila kita menjual menggunakan kata-kata di media(media sosial, contohnya), kita harus menggunakan bahasa target market kita.

Kalau menjual tudung labuh, gunakan bahasa yang sopan. Kalau mereka selesa dipanggil sebagai ‘sis’, gunakan panggilan ‘sis’ itu dalam setiap content. Kalau mereka selesa dipanggil sebagai ‘anda’, gunakan ‘anda’.

Yang penting, gunakanlah bahasa target market anda. Itulah langkah pertama yang anda kena ingat sebelum mula membuat copywriting.

Tapi, apa itu target market? Apa bezanya dengan target audience?

Sebenarnya, target audience dan target market adalah sama tetapi tidak serupa. Biasanya, kedua-duanya adalah orang yang sama yang anda sasarkan dalam market anda. 

Anda boleh mendapatkan Workbook Menentukan Target Audience ini secara percuma untuk menentukan target audience anda sendiri. 

Lain bisnes, lain target audience-nya… hanya anda sendiri yang boleh menentukannya dengan tepat. Dalam post ini saya akan lebih banyak menyebut mereka sebagai target market.

Menentukan Target Market adalah kunci utama dalam membina bisnes.

Perasan tak, kadang-kadang produk kita dah bagus. Harga pun takdelah mahal sangat. Tapi nak dapatkan pembeli bukan main susahnya. Itulah orang panggil ‘asal menjual’.

Kalau kita ‘asal menjual’, itu bermakna kita belum ada target market yang spesifik. Kalau orang tanya “Awak target siapa membeli produk ni?”. Jawapan biasa orang yang orang ‘asal menjual’ ialah “Saya jual kat semua orang”. 

Sebelum menjual eloklah kalau kita membuat kajian atau selidik dulu siapa target market kita. Dari situ, barulah kita kenal siapa pembeli yang akan kita target-kan.

Anda harus tahu siapa mereka, bagaimana cara untuk mencarinya, di mana mereka selalu berkumpul, lelaki atau perempuan dan sebagainya.

Apabila anda nak bercakap kepada semua orang, anda bukan bercakap ke sesiapa pun — Meredith Hill

Kena ingat tu…  target market(target audience) adalah sepuluh kali LEBIH PENTING daripada copywriting.

Ada satu bisnes yang copywriting-nya tidak berapa bagus tapi target market-nya tepat dan mempunyai niche yang spesifik. Tapi, setiapkali mereka promosikan produk, produk mereka sangat laku walaupun copywriting-nya hancur.

Kenapa? Sebab target market-nya sesuai dan tepat. Itulah yang lebih penting daripada copywriting-nya sendiri.

Bagaimana pula kalau sebaliknya?

Dalam hal ini, target market-nya dia sasarkan kepada sesiapa saja tetapi copywriting-nya bagus. Ini selalu menyebabkan penjualan produknya tidak begitu laku.

Macammana boleh jadi macamtu?

Walaupun copywriting-nya bagus, target market-nya salah. Sebab itulah pembelinya sedikit.

Target Market adalah 10 kali ganda LEBIH PENTING daripada Copywriting.

Mengetahui 3 Rumus Bisnes Online Sebelum Membuat Copywriting

Sebelum berniaga online, pastikan anda faham 3 rumus ini iaitu traffic, conversion dan relationship. Ketiga-tiga rumus ini saling berkait rapat.

Jika ingin mendapatkan sales yang banyak, pastikan trafic-nya tinggi, conversion-nya banyak dan relationship-nya dijalankan dengan baik. Tetapi, masalah yang sering dihadapi oleh peniaga online adalah mereka inginkan sales yang tinggi tapi traffic-nya sikit, conversion-nya tidak ada dan relationship-nya tidak dijaga. Jadi, memang patutlah sales nya gitu-gitu aja kalau 3 rumus ini tidak diambil perhatian.

Apa Itu Traffic(trafik)?

Tips buat duit di blog mengenai traffic.

Traffic ialah orang yang masuk ke website, media sosial ataupun whatsapp kita.

Kita kena fikirkan macammana caranya untuk mengubah ‘traffic’ ini kepada pembeli. Di bahagian inilah yang dipanggil sebagai ‘conversion/closing‘. Jika anda fokus ke copywriting, anda perlu memberi perhatian penuh di bahagian conversion ini.

Sebelum membuat copywriting, sebaik-baiknya anda kena tahu cara mendapatkan traffic samaada melalui organic traffic, paid traffic ataupun direct traffic. Biasanya beginner akan menggunakan organic traffic melalui penulisan di blog, email, youtube, whatsapp atau media sosial.

Cara Mendapatkan Traffic

Bagi beginner, bukan senang nak mendapatkan trafik yang tinggi ketika membuat bisnes online yang bermula dari ‘zero’. Ada satu strategi yang diajarkan oleh beberapa peniaga online yang dah berjaya yang majoritinya menggunakan teknik ini. Mereka boleh buat, takkan kita tak boleh, kan?

Ada 4 langkah yang anda kena buat, iaitu:

  1. Membuat ‘kolam ikan’

    Langkah terawal untuk mendapat penjualan produk yang laris adalah dengan membuat ‘kolam ikan’. Itulah langkah pertama yang anda harus buat.

    Pada awalnya, memang tidak ada ikan sebab kita baru membuat kolam.

    ‘Kolam Ikan’ ini adalah satu platform yang kita pilih untuk mengumpulkan target market seperti menggunakan e-mail, whatsapp ataupun media sosial yang lain. Pilihan di tangan anda sendiri.

  2. Masukkan ‘ikan’ ke dalam kolam

    Selepas membina kolam, barulah senang nak masukkan ikan.

    ‘Masukkan Ikan’ ini bermaksud anda kumpulkan target market anda ke platform(kolam) yang dipilih tadi.

  3. Beri ‘ikan’ makan

    Biasanya, selepas memasukkan ikan, ramai peniaga online akan terus memancing ikan. Sedangkan kita perlu memberi makan kepada ikan-ikan ini dahulu sebelum menangkapnya. 

    ‘Beri ikan makan’ bermaksud anda perlu kongsikan sesuatu yang bermanfaat kepada target market anda. Di sinilah anda perlu menulis content yang mereka minat ataupun memberi informasi yang lebih mendalam tentang produk yang anda jual.

    Di tahap ini, JANGAN menjual apa-apa dulu.

  4. Pancing ‘ikan’

    Selepas memberi ikan makan dan ikan-ikan anda sudah kenyang, tibalah masanya anda pula yang berasa lapar. Jadi, di tahap inilah anda boleh menangkap ikan.

    ‘Pancing ikan’ bermaksud menjadikan target market anda sebagai pembeli. Disinilah anda mengajak mereka membeli produk anda dan anda mendapat duit daripada mereka.

Cara Menarik Orang Menjadi Traffic Kita

Dengan adanya database, itu bermakna kita sudah mendapat maklumat target market(ikan) melalui nombor telefon ataupun e-mail mereka.

Tapi bagaimana nak menarik orang supaya memberikan database-nya?

Di sinilah, kita kena buat LEAD MAGNET.

 

Apa itu Lead Magnet?

Lead magnet adalah sesuatu yang boleh menarik orang untuk betul-betul berminat mengikuti platform(kolam) kita. Ada 3 sebab yang membuatkan mereka menjadi lead magnet secara sukarela, iaitu:

  1. Mereka ingin belajar. 
  2. Mereka suka dengan content yang kita kongsikan. 
  3. Mereka ingin mendapatkan penawaran istimewa daripada kita.

Jadi, anda kena fikirkan dari sekarang macammana nak mendapatkan lead magnet ini. Bagaimana nak mendapatkan nombor telefon dan e-mail mereka? Bagaimana nak minta mereka join ke FB Group? Semua ini perlu dirancang dari awal supaya kita tidak lalai.

Jangan sampai dah penat perah otak menyiapkan copywriting, baru anda sedar target market anda pula tak sesuai. Fikirkan siapa traffic-nya, visitor-nya atau prospeknya supaya dapat mengumpulkan mereka dalam satu platform.

Sebelum membuat copywriting, pastikan target market anda adalah orang yang sesuai untuk di'pancing'.

Cara Menulis Copywriting Yang Menguntungkan

Sekarang tibalah di bahagian conversion iaitu membuat copywriting. Sebelum membuat copywriting, anda harus melalui langkah-langkah tertentu dan tidak boleh terus menulis sesukahati.

Ini antara sebab yang membuatkan ramai orang gagal membuat copywriting yang menguntungkan. Ramai yang mengabaikan langkah-langkah wajib dan terus menulis tanpa apa-apa persediaan.

Langkah-Langkah Menulis Copywriting

Ada 5 langkah awal yang perlu dibuat sebelum mula menulis copywriting, iaitu:

  1. Membuat gol
  2. Tentukan siapa mereka(target market)
  3. Kenalpasti masalah atau impian mereka
  4. Kuasai product knowledge
  5. Ikut susunan Copywriting yang betul

Membuat Gol

Sebelum membuat copywriting, anda harus mengetahui apa goal anda terlebih dahulu.

Apa itu Goal?

Goal adalah tujuan anda membuat sesuatu perkara.

Adakah anda membuat copywriting dengan tujuan untuk mendapatkan like, komen, share atau ingin menjual produk?

Awal-awal lagi anda kena pastikan goal anda terlebih dahulu supaya anda boleh membayangkan apa yang perlu ditulis dan tahu ke mana arah tujuannya.

Kalau tujuannya ingin mendapatkan traffic, ini bermakna copywriting itu perlu mengandungi isi kandungan yang boleh menggerakkan orang untuk klik share.

Begitu juga kalau tujuannya ingin menjual produk. Anda perlu membuat isi copywriting yang menggerakkan orang untuk melakukan pembelian.

Boleh bayangkan tak? Pendek kata,kita tidak boleh terus menulis copywriting tanpa tujuan. Fungsi utama menulis copywriting adalah membuat orang tertarik untuk membaca tulisan kita dari awal sampai habis.

Tentukan Siapa Target Market

Seperti yang saya sebutkan di awal tadi, anda kena tahu siapa target market supaya anda tahu nak bercakap ke siapa.

Mula-mula, ambil tahu siapa orangnya mulai dari umur, jantina, tempat tinggal, pendidikan dan apa keinginannya.

Kenapa penting?

Sebab bercakap dengan BBNU adalah berbeza jika dibandingkan bercakap dengan orang tua. Ikut logiklah, kan.

Jadi, dalam membuat copywriting, gunakanlah bahasa dan istilah yang biasa digunakan dalam market anda.

Kalau target market adalah emak-emak, jangan gunakan bahasa bapak-bapak pula. Tak sesuai tu.

Tapi dimana kita nak cari target market kita?

Cuba bertanya ke customer anda atau cuba membuat survey sendiri.

Kalau belum ada customer, tanyakan kepada followers atau anda boleh main agak-agak dulu siapa target market anda untuk sementara waktu. Selepas dah add customer, barulah buat kajian secara mendalam tentang target market anda.

Dari pengalaman saya, kita tidak boleh menentukan target market  yang tepat dalam jangkamasa yang singkat. Ada masanya market kita akan berubah mengikut waktu.

Download workbook ini untuk mengenalpasti siapa target audience/market anda.

Kenalpasti apa masalah dan impian mereka

Ada dua soalan yang saling berkait yang boleh dijadikan sebagai point utama ketika membuat copywriting, iaitu:

  1. Apa impian terbesar mereka?

Contohnya, saya target nak menurunkan berat badan sebanyak 5kg. Jadi, impian saya adalah ingin menurunkan berat badan. Kalau target market anda adalah orang-orang seperti saya, content anda wajib menceritakan tentang penurunan berat badan.

2. Apa masalah terbesar mereka?

Contohnya, masalah terbesar saya ialah kulit wajah mudah berjerawat. Jadi, saya ingin menyelesaikan masalah kulit berjerawat ini. Kalau target market anda adalah orang-orang seperti saya, content anda wajib menceritakan tentang masalah kulit berjerawat.

Kuasai product knowledge

Agak mustahil anda boleh membuat copywriting yang bagus kalau anda tidak faham dengan produk yang ingin dijual.

Cuba jawab soalan-soalan ini:

  • Kenapa orang membeli produk anda?
  • Apa uniknya produk anda?
  • Apa bezanya produk anda dengan produk yang lain yang mempunyai ciri-ciri yang sama?
  • Kenapa orang kena membeli dengan anda?
  • Kenapa kena beli sekarang?
  • Kenapa orang tidak membeli produk anda? (Tuliskan alasan yang biasa mereka berikan ketika menolak apa yang anda tawarkan).

Sebab utama yang membuatkan iklan gagal... pengiklan lupa menjelaskan mengapa orang harus membeli produknya.

Cara membuat susunan ayat Copywriting

Ada beberapa cara yang boleh diikuti untuk membuat copywriting tetapi saya akan kongsikan cara yang ringkas dahulu. Cara ini mempunyai 4 susunan ayat copywriting yang anda boleh ikuti langkah demi langkah, iaitu:

  1. Headline/Tajuk
    Tujuan membuat Headline adalah untuk menarik perhatian orang. Headline boleh membuatkan orang berasa ingin tahu lebih lanjut tentang artikel yang anda tulis dan mereka mula tertarik dengan content anda. Jadi, buatlah tajuk yang membuatkan orang berasa ingin tahu kisah selanjutnya.
  2. Interest
    Ditulis selepas Headline untuk membuat orang mengangguk atau mengiyakan apa yang anda sampaikan.
    Bahagian interest ini juga membuatkan orang berkata “Inilah yang aku rasa sekarang”.
    Apa yang perlu ditulis di bahagian interest ini?
    Tulislah tentang masalah yang mereka(target market) rasakan atau alami.
  3. Desire
    Ditulis selepas Interest dan isi kandungannya berkaitan dengan cara anda menyelesaikan masalah mereka.
    Jelaskan kenapa produk anda boleh menyelesaikan masalah mereka. Ceritakan tentang value atau manfaat produk anda.
  4. Action
    Di bahagian terakhir inilah anda perlu beritahu apa tindakan yang mereka harus lakukan. Membeli? Share? Komen?
    Kalau tidak pasti, sila rujuk balik tujuan atau goal copywriting anda.

Cara Menulis Copywriting Yang Lebih Mendalam

Tadi saya tunjukkan cara membuat copywriting yang ringkas. Sekarang pula adalah cara membuat copywriting yang lebih detail dan mendalam.

Pada tahap ini, anda mungkin sudah mengumpulkan traffic atau ‘ikan’ yang tepat. Cara membuat copywriting yang mendalam mempunyai struktur ayat seperti berikut:

  1. Headline
  2. Penawaran
  3. Alasan
  4. Bonus
  5. Testimoni
  6. Memberi Jaminan/Gerenti
  7. Call To Action (CTA)
  8. Pesanan/Kesimpulan

Kesemua struktur ini perlu ada di setiap penawaran atau promosi anda. Tapi perlu diingat, struktur copywriting ini boleh berubah mengikut platform yang anda pilih. Contohnya, kalau anda menulis di twitter, anda tidak boleh menulis copywriting yang sama seperti menulis di landing page.

Jadi, struktur copywriting ini bakal berubah berdasarkan perubahan platform(kolam) yang anda gunakan.

Setidak-tidaknya anda harus faham membuat copywriting yang lebih mendalam itu mempunyai 8 struktur penulisan yang anda perlu fahami.

Headline= Iklannya iklan anda

Disebabkan bahagian Headline adalah bahagian yang sangat penting, saya ingin menjelaskannya dengan lebih mendalam lagi.

Kalau anda gagal membuatkan orang berasa tertarik membaca headline anda, besar kemungkinan anda akan susah mendapatkan orang membeli produk anda walaupun produk yang dijual itu sangat berkualiti dan harganya berpatutan.

Kenapa boleh jadi macamtu?

Bayangkan kalau orang membaca headline pun dia dah rasa meluat, adakah dia ingin teruskan membaca juga? Mesti tidak, kan. Di situlah titik permulaan yang membuatkan copywriting itu tidak berjaya untuk menarik orang membacanya.

Bagi yang biasa membuat copywriting, di bahagian headline inilah yang memakan masa yang sangat lama untuk dibuat. Kalau anda beri masa 30 minit untuk saya membuat copywriting, mungkin saya perlukan 15 minit hanya untuk membuat headline sahaja.

David Ogilvy — Father of Advertising

Tapi harus diingat, ketika menulis Headline, jangan buat orang berkata:

  • Siapa peduli?
  • So, what?
  • Apa untungnya yang saya dapat?

Kalau anda sendiri merasakan Headline anda tidak bagus, orang lain pun mungkin berpendapat yang sama juga. Jadi, jangan gunakan Headline yang kita sendiri pun tidak suka membacanya.

Paling penting, jangan terkeluar 3 soalan tadi apabila membaca Headline. 

Jenis-Jenis Headline

Memang bukan senang nak menulis Headline ni, kan. Untuk memudahkan anda, saya kongsikan 13 jenis headline yang menghasilkan, iaitu:

  1. Benefit Headline
    Headline yang memberi keuntungan kepada pembacanya.
  2. News Headline
    Headline yang berbentuk berita atau pengumuman.
  3. Selective Headline
    Headline yang fokus kepada Target Market mereka.
  4. Curiosity Headline
    Headline yang membuatkan orang berasa ingin tahu dengan lebih mendalam.
  5. Gimmic Headline
    Headline yang berbentuk kejutan atau ‘click bait’.
  6. Fear Headline
    Headline yang buat orang takut.
  7. Question Headline
    Headline yang berbentuk pertanyaan.
  8. Quotation Headline
    Headline yang berbentuk ‘quote’ dari kata-kata tokoh atau orang terkenal.
  9. Command Headline
    Headline yang berbentuk suruhan atau ajakan.
  10. Claim Headline
    Headline yang mengaku dia yang ‘terpaling’ atau ‘satu-satunya’.
  11. You & I Headline
    Headline yang ditulis  ‘saya’ dan ‘anda’ sahaja. Biasanya ditulis oleh orang yang berpengaruh.
  12. Teaser Headline
    Headline yang berbentuk ugutan atau menentang orang.
  13. Brand Headline
    Headline yang menyebut jenama yang terkenal.

Tips Buat Copywriting

Setiap kali menulis copywriting, jangan lupa:

  • Penulisan ditujukan ke SATU orang (target market). 
  • Gunakan gambar dan video yang sesuai.
  • Gunakan ayat aktif.
  • Menulis seperti anda bercakap.
  • Fokus kepada manfaat. Dalam satu perenggan, pastikan hanya ada satu manfaat.
  • Tulislah menggunakan point-point. Bukan cerita yang panjang lebar yang tidak ada penghujungnya.
  • Gunakan huruf besar dan huruf kecil pada tempatnya.
  • Gunakan ‘bold’ pada ayat yang dianggap penting.
  • Gunakan bahasa yang disukai atau yang difahami oleh pembaca anda.

Cara Menjaga Hubungan Dengan Pelanggan

Selepas conversion, kita ke rumus yang terakhir iaitu relationship. Ini bukan tentang membina hubungan dengan pasangan hidup tetapi lebih fokus kepada membina hubungan jangkamasa panjang dengan target market terutamanya yang sudah menjadi prospek kita.

Ada 3 cara bagaimana membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan, iaitu:

1. Ubah mindset menjual bukan kerana duit semata-mata.
2. Beri layanan yang bagus.
3. Beri manfaat yang pelanggan inginkan.

Menjual bukan kerana Duit semata-mata

Salah satu jalan pintas untuk membuat sales yang banyak adalah dengan membina hubungan yang baik dengan pelanggan.

Bagaimana membina hubungan baik dengan pelanggan?
Hubungan yang baik adalah hubungan yang saling memerlukan dan menguntungkan kedua-dua belah pihak. Tujuan utamanya bukan untuk mendapatkan sales yang tinggi tetapi memikirkan cara untuk membantu mereka.

Secara ringkasnya, terdapat pertukaran value(manfaat) antara pelanggan dan diri anda sebagai penjual.

Bagaimana caranya?

  • Pertama, kenalpasti apa masalah mereka yang anda boleh tolong selesaikan. Buat satu servis atau produk dengan niat membantu.
  • Kedua, pelanggan yang tertarik dengan produk anda akan mendapatkan produk itu kerana dapat membantu menyelesaikan segala masalah yang mereka hadapi. Jadi, anda mendapat wang yang ditukarkan dengan sebuah produk hasil pembelian pelanggan tadi.

Tapi yang menjadi masalahnya sekarang adalah bagaimana mendapatkan pelanggan yang tepat?

Contohnya, pelanggan yang boleh membina hubungan yang baik dengan kita dan kita boleh mendapat peluang repeat order yang tinggi hasil membina hubungan yang baik itu.

Bagaimana Mendapatkan Pelanggan Baru?

Ada 5 jenis usaha yang anda perlu lakukan untuk mendapatkan pelanggan atau pembeli yang baru:

  1. Awareness
    Bagaimana anda memperkenalkan produk ataupun diri anda kepada orang lain daripada tidak kenal menjadi kenal?

  2. Consideration
    Bagaimana membuat orang yang tadinya kenal menjadi berminat dengan produk anda?

  3. Conversion/Closing Order
    Bagaimana menyakinkan mereka supaya melakukan pembelian?

  4. Repeat Order
    Apa yang perlu anda lakukan untuk menaikkan sales ataupun order dari pelanggan yang sudah membeli produk sebelum ini?

  5. Advocacy
    Bahagian ini sangat mencabar kerana perlu mendapatkan pelanggan yang setia yang sangat percaya dengan produk yang ditawarkan.
    Bayangkan suatu hari mereka terjumpa dengan pelanggan lain yang memburuk-burukkan produk anda. Adakah pelanggan yang setia ini akan membela produk anda secara sukarela tanpa dibayar lima sen pun? Jika ada pelanggan macamtu, jagalah hubungan dengan dia baik-baik. InsyaAllah, dia akan setia walaupun sudah lama menjadi pelanggan anda.

Sumber: outboundengine.com

Kenapa kita perlu menjaga hubungan yang baik dengan pelanggan yang setia?

Menjual produk kepada pelanggan yang setia boleh meningkatkan pembelian ulang(repeat order) dengan sangat tinggi.

Ada satu kajian yang menunjukkan, kadar pembelian ulang pelanggan lama adalah sebanyak 60-70%. Manakala pembelian dari pelanggan baru adalah sebanyak 5-20%.

Jadi, inilah yang paling mencabar sebagai seorang peniaga online. Kita perlu mempunyai satu goal iaitu menjaga hubungan yang baik dengan pelanggan terutamanya pelanggan lama yang masih setia membeli dengan kita.

Masalahnya sekarang, ramai penjual akan terus ‘lost contact’ dengan pelanggan yang sudah membeli produk sebelum ni. Jangan macamtu, ok.

Jenis-jenis pelanggan ketika berniaga online

Bagaimana memberi layanan yang bagus kepada pelanggan?

Sebelum mengetahui caranya, alangkah bagusnya kalau anda tahu jenis-jenis pelanggan yang anda akan berdepan nanti, iaitu:

  1. Bad Customer
    Mungkin anda sudah tahu bagaimana rupanya ketika mendengar perkataan ‘BAD’.
    Bad Customer adalah pelanggan yang baran atau selalu tidak berpuas hati dengan produk yang diterimanya. Biasanya, pelanggan seperti ini mudah berasa kecewa dan banyak mengeluarkan kritikan pedas yang kadang-kala tidak munasabah.
  2. Happy Customer
    Happy Customer
    adalah pelanggan yang sudah menggunakan produk anda dan berpuas hati dengan produk tersebut. Mereka biasanya berasa gembira sebab produk anda sudah menyelesaikan masalah mereka.
  3. Delight Customer
    Delight Customer
    adalah pelanggan yang sudah membeli dan menggunakan produk anda. Tanpa diduga, produk anda bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah mereka, tetapi mereka mendapat manfaat yang ‘extra’ daripada produk tersebut. Pelanggan seperti ini mempunyai kepuasan tertinggi apabila menggunakan produk anda.

Itulah ketiga-tiga jenis pelanggan yang anda akan hadapi ketika membuat bisnes online. Kalau dah ada ramai pelanggan nanti, jangan lupa tentukan berapa ramai customer dari setiap kategori ini.

Kenapa?

Sebab dari situlah baru anda tahu anda perlu mengubah cara layanan anda kepada mereka ataupun tidak.

Perlu diingat, cara terbaik melayan customer adalah selalu berkata jujur, menepati janji dan mengutamakan kepuasan hati pelanggan.

Tips Memberi Layanan Yang Terbaik Kepada Pelanggan

Ada dua perkara yang boleh meningkatkan kepuasan hati pelanggan, iaitu:

  1. Mengetahui apa kekurangan atau kelemahan dari produk yang anda jual.
    Contohnya, anda membuat bisnes kerepek. Tugas anda sekarang mencari produk kerepek yang mempunyai komen negatif daripada pelanggannya. Kemudian, cuba cari apa yang anda boleh buat untuk menyelesaikan masalah mereka itu.

    Dalam copywriting anda nanti, sebutkan bagaimana anda boleh menyelesaikan masalah pelanggan kerepek sehingga boleh membuatkan mereka tertarik dengan produk yang anda jual.

    Kenapa mereka harus membeli dari anda? Kenapa mereka harus memilikinya sekarang juga?

  2. Mencari apa kebiasaan buruk yang penjual lakukan terhadap pelanggan.
    Mungkin ada beberapa orang masih menganggap remeh tentang hal customer service ini. Tapi anda kena ingat:

Kelebihan Melayan Pelanggan Dengan Baik

Pelanggan yang baik akan mempermudahkan jalan reseki kita ketika berniaga online. Berikut adalah beberapa kelebihan menjaga hubungan dan memberi layanan yang baik kepada pelanggan:

  • Pelanggan yang setia dapat mengurangkan bajet iklan dan promosi produk. Jadi, lebihan modal boleh digunakan untuk membeli stok barang.
  • Jika ada salah faham, pelanggan akan faham dan mudah memaafkan.
  • Peluang untuk menerima repeat order adalah tinggi.
  • Pelanggan akan mengesyorkan produk anda kepada orang lain tanpa disuruh. Contohnya, melakukan ‘word of mouth’.
  • Anda mudah mendapat feedback mengenai apa yang anda perlu perbaiki dalam marketing dan juga teknik penjualan.

Kesimpulannya

Dengan mengikuti tips yang saya kongsikan ini, saya harap artikel ini dapat membantu anda menjadi lebih bersedia untuk membina bisnes online. 

Jangan lupa rumus penting tadi iaitu traffic, conversion dan relationship.

Semoga Bermanfaat!