Digital Business Card-Cara Unik Untuk Memperkenalkan Diri Di Media Sosial

Digital Business Card-Cara Unik Untuk Memperkenalkan Diri Di Media Sosial

Harini saya nak kongsikan tentang Digital Business Card yang merupakan cara unik untuk memperkenalkan diri kita di media sosial.

Tapi sebelum tu saya nak tanya…

Anda pernah pakai business card (yang kertas tu)?

Bagi yang pernah menggunakan business card, mesti pernah mengalami hal seperti ini….

Anda pergi ke event dan di sana Anda dapat business card dari beberapa orang yang Anda baru jumpa. Sebagai balasan, Anda pun bagi business card Anda ke mereka juga.

Bagi yang rajin, mesti buat follow up.

Bagi yang malas dan jenis cepat lupa, apa yang jadi dengan business card yang bertimbun tu?

Pernah alami hal seperti ini?

Bagi yang sedar akan hal ini, mereka akan rasa menyesal nak guna business card lagi dan nak berhenti menggunakannya.

Menyesal sebab rasa rugi kenapa kena keluarkan duit yang banyak untuk sekeping kad yang selalunya akan hilang, dilupakan atau tidak ada tindakan apa-apa daripada orang yang menerima business card tersebut.

Jadi, hari ini saya nak pesan berhentilah menggunakan business card(yang jenis kertas) dan gantikan dengan cara ini(terutamanya kalau aktif berniaga online)…

Apa Itu Digital Business Card?

Digital business card adalah business card yang berbentuk virtual(tidak dapat dipegang seperti business card kertas) untuk share info contact kita kepada audiens, prospek atau pelanggan.

Ianya sama seperti business card biasa yang mengandungi info tentang tempat kerja, maklumat peribadi dan sebagainya.

Apa yang membezakan dengan business card biasa, digital business card boleh meletakkan link yang boleh terus diklik, video, email, media sosial dan lain-lain.

Kelebihan Menggunakan Digital Business Card

Ada banyak kelebihan dengan menggunakan Digital Business Card, antaranya:

  1. Contactless
    • Tidak perlu jumpa orang secara berdepan untuk memberikan digital business card.
    • Anda tidak perlu godek-godek beg untuk mencari business card Anda.
    • Anda hanya perlu simpankannya di dalam file telefon bimbit dan sangat mudah untuk dicari.
  1. Boleh Diedarkan Seberapa Banyak Yang Kita Nak
    • Dengan hanya mempunyai SATU digital business card, Anda boleh beri ke seberapa banyak orang yang Anda nak.
    • Tidak seperti business card yang biasa, Anda tidak perlu menghadkan kuantiti business card mengikut berapa keping kad yang ada.
  1. Boleh Di Edit Bila-Bila Masa
    • Jika ada perubahan info pada kad, Anda hanya perlu membuat sedikit update pada digital business card Anda dengan menggunakan template yang sama.
    • Digital business card TIDAK perlu dibeli beberapa kali. Hanya perlu beli sekali dan boleh di edit beberapa kali.
    • Kalau menggunakan business card yang biasa, Anda perlu membeli kad yang baru jika ingin membuat sebarang update.
  1. Eco Friendly (Mesra Alam)
    • Tidak perlukan kertas.
  1. Mudah Untuk Di Share
    • Anda tidak perlukan maklumat peribadi orang lain untuk memberi digital business card.
    • Kalau Anda tidak ada email dan nombor telefon audience/prospek atau pelanggan, Anda tidak ada masalah untuk memberi digital business card Anda kepada mereka.
    • Digital business card boleh dikongsikan di:
      • Email
      • Whatsapp
      • Media Sosial
      • Zoom
      • QR Code
      • SMS
      • dan lain-lain secara online.

Macammana Nak Dapatkan Digital Business Card?

Ada beberapa cara untuk mendapatkan Digital Business Card samaada menggunakan apps, freelancer, fiverr dan sebagainya.

Anda boleh mengupah orang untuk membuat digital business card Anda mengikut harga yang telah ditetapkan.

Contohnya,

Harga Digital Business Card di Fiverr
Harga Digital Business Card di Etsy

Jika Anda ingin support blog saya ini, Anda juga boleh menggunakan template Digital Business Card yang saya buat di…

Anda akan mendapat DUA Design Concepts yang boleh digunakan beberapa kali dengan hanya satu pembelian.

Bagaimana Cara Menggunakan Digital Business Card?

Digital Business Card yang dah siap, biasanya dalam bentuk link url(seperti mini website), pdf ataupun QR Code.

Sebaik-baiknya gunakan link url supaya mudah untuk audience, prospek atau pelanggan mengklik butang link yang sudah di-link-kan di dalam digital business card Anda nanti.

Tapi, kalau Anda ingin menggunakan e-mail, digital business card dalam bentuk pdf pun OK juga.

QR Code pula boleh diletakkan di buku(kalau anda seorang penulis) dan apa sahaja yang ‘printable’ supaya mudah untuk mereka scan untuk pergi ke url digital business card Anda.

OK, mari kita tengok secara terperinci tentang ketiga-tiga cara ini….

Link URL

Contohnya, saya menggunakan Canva(kalau anda nak cepat, anda boleh gunakan template saya di sini).

Selepas Digital Business Card saya dah siap, saya boleh dapatkan link dengan mengklik Share –> Share link to View. Kemudian, klik Copy Link.

Kalau rasa link yang diberikan tadi terlalu panjang, Anda boleh pendekkan link tersebut di bitly.

Simpankan link url ini di dalam file dokumen seperti di Google drive supaya mudah nak dicari nanti.

Link ini juga boleh diletakkan di bahagian profile media sosial Anda seperti Twitter, Instagram, Facebook dan seumpamanya.

Selain itu, anda juga boleh menghantar link ini di e-mail, whatsapp dan sebagainya. Asalkan mereka online.

File pdf

Jika anda menggunakan Canva, anda boleh download Digital Business Card di dalam bentuk pdf dengan mengklik Download —> PDF PRINT.

Kenapa pakai pdf print?

Pdf Print digunakan supaya orang yang membuka digital business card Anda nanti dapat mengklik link yang anda berikan.

File Pdf sesuai dihantar menggunakan email(jika anda menghantar dokumen).

QR Code

Anda boleh download QR Code dengan pastekan url link anda tadi.

Buka Canva, klik More atau QR Code (di bahagian kiri) —> masukkan url link ==-> Generate Code —> Download QR Code yang diberikan dalam bentuk gambar JPG atau pdf.

QR Code ini boleh diletakkan di buku yang anda tulis dan ebook.

Kalau anda berjumpa dengan audience, prospek atau pelanggan secara berdepan, minta saja mereka scan QR Code dari telefon bimbit anda.

QR Code juga boleh diletakkan di zoom, google meet, video(bahagian tepi) dan juga packaging produk Anda.

Jangan lupa letakkan ayat ‘Scan This Code’ supaya mereka tahu QR Code itu perlu di scan.

Senang, kan?

Semoga dengan menggunakan Digital Business Card ini, memudahkan Anda untuk memperkenalkan diri dan membuat personal branding.

Kalau rasa post ini bermanfaat, silakan share dengan kawan-kawan terutamanya yang membuat bisnes online dataupun seorang content creator.