Free Instagram Story Highlight Cover | Percuma Untuk Semua

Harini, saya nak buat ‘Instagram Story Highlight Covers’ yang khas dibuat untuk korang semua. Tak kisahlah kalau IG korang tu tema travel ke, mommy ke ataupun takde tema haha!!

Jadi, saya akan buat 2 jenis ‘covers’ dan korang boleh download atau simpankan secara percuma. Yeah… semuanya FREE.

Sejak mula memfokuskan diri pada Instagram dan mula ‘upload’ video di IG story, tiba-tiba rasa teringin nak ada ‘IG story highlight cover’ macam orang lain. Kalau takde, memang main ambil je screenshot kat story tu jadi ‘cover’,kan.

 

Instagram Story Highlight Cover yang pertama…

 

Instagram Story Highlight Cover yang kedua…

Saya tahu ada sesetengah daripada kalangan kita yang teringin nak ada ‘covers’ yang tersendiri tapi tak tahu macammana nak buat. Nak beli rasa macam lebih baik beli benda lain, kan. Sebab situasi macamtulah, lebih elok rasanya kalau saya bagi ‘covers’ ni secara percuma je.

‘Covers’ ini korang boleh download dan gunakan terus untuk dijadikan ‘IG Story Highlight Cover’ dengan memuat turun cover ni. Tapi sebelum tu, korang dikehendaki memasukkan emel didalam form yang disediakan dibawah entri ni. Selepas tu, korang akan menerima setiap satu gambar ‘cover’ diatas melalui emel.

‘IG Story Highlight Cover’ ni sangat senang nak digunakan.

Mula-mula upload ‘IG story’ dan selepas tu klik ‘add to hightlights’. Kemudian klik simbol ‘+’ , namakan ‘highlight story’ korang dan upload gambar ‘covers’ tersebut.

Gambar ‘covers’ yang saya berikan adalah dalam format PNG. Korang tak boleh download terus menggunakan phone sebab semua gambar diletakkan dalam satu zip file. Sila download menggunakan komputer dan selepas semua gambar dah download, barulah pindah ke phone pulak.

 

Itu saje dan jangan lupa isikan form dibawah ni ye.

Dapatkan 'Instagram Story Highlight Cover' Di Sini

* indicates required
Sharing is caring:
error

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of