Senarai 5 gunting fabrik untuk memotong kain. Ketika menjahit, gunting adalah alat jahitan yang sangat penting yang kita perlu sediakan. Nak taknak, kita tetap kena menggunting kain.

Sebab itulah, ada yang sanggup mendapatkan gunting fabrik yang berkualiti supaya dapat dijadikan satu ‘investment’ yang boleh digunakan dalam jangkamasa yang panjang.

Kebanyakan tukang jahit mengakui gunting yang berkualiti akan memberikan hasil kepuasan yang berbeza dibandingkan dengan menggunakan gunting yang kurang berkualiti.

Jadi, memilih gunting fabrik yang betul tidak boleh dipandang remeh.

Perbezaan Gunting Fabrik dan Gunting Biasa

Kalau anda pernah memotong kain menggunakan gunting biasa, anda mungkin pernah rasakan betapa susahnya memotong kain dengan betul. Hasilnya akan menjadi tidak tepat ataupun kainnya menjadi tidak sekata. Akhirnya, kain itu pun tidak boleh dipakai lagi.

Menurut Carolyn Friedlander, menggunakan gunting fabrik yang bagus akan memberikan kepuasan dan mood yang baik walau apapun projek yang dilakukan.

Gunting yang bagus memudahkan kita memotong kain dengan selesa dan mendapatkan hasil ukuran pola yang tepat. Ia juga memudahkan memotong bahagian tertentu yang susah digunting yang tidak boleh dibuat dengan gunting biasa.

Gunting Lebih Tajam

Kita akan mendapat kepuasan apabila hasil kain yang dipotong adalah bersih dan tidak mempunyai lebihan tetas benang atau kain yang banyak.

Dengan adanya gunting fabrik, tugasan dapat berjalan dengan lancar.

Macammana pula dengan gunting biasa?

Gunting biasa boleh digunakan untuk memotong apa-apa sahaja KECUALI memotong kain. Contohnya, anda masih memerlukan gunting biasa untuk memotong kertas pola.

Kebanyakan gunting biasa tidak mampu memotong kain dengan baik. Memotong kain jeans dengan gunting biasa boleh menyebabkan kerosakan pada kain. Ini disebabkan bilah guntingnya tidak mempunyai tahap ketajaman yang sesuai untuk memotong kain yang tebal.

Gunting fabrik yang bagusk adalah gunting yang boleh memotong kain dengan sekata, laju dan tepat. Jadi, gunakanlah gunting fabrik dan bukannya gunting biasa apabila memotong kain.

Tips Menggunakan Gunting Fabrik

Jangan memegang gunting fabrik dengan terlalu kuat dan keluarkan jari telunjuk seperti yang ditunjukkan di atas.
Credit- nationalsewingcircle

Kebanyakan gunting fabrik adalah berat dan kalau tidak biasa, pergelangan tangan anda akan sakit dan lenguh. Untuk mengelakkan rasa kurang selesa, jangan memegang atau mencengkam gunting dengan terlalu kuat. Rileks. Pegang seperti biasa supaya dapat mengelakkan rasa sakit ketika memotong kain nanti.

Selepas itu, perhatikan jari telunjuk ketika memegang gunting. Pastikan jari telunjuk ‘dikeluarkan’ atau direhatkan sepenuhnya ketika memotong kain. Ini boleh mengelakkan jari menjadi penat dan lenguh.

Cara menggunting kain mengikut garisan

Jika anda mempunyai masalah untuk memotong kain mengikut garisan yang tepat, ada satu tips yang saya boleh kongsikan. Letakkan tangan di atas permukaan kain(pastikan tangan tidak terangkat). Ketika memotong kain, jangan angkat gunting anda. Tips ini boleh merehatkan tangan anda daripada berasa lenguh ketika memegang gunting yang berat.

Info Menarik Mengenai Gunting Fabrik

Sebelum membeli gunting fabrik, pastikan anda tahu ciri-ciri gunting yang betul, iaitu:

  • Gunting fabrik ada beberapa saiz. Gunakan saiz besar untuk memotong pelbagai jenis kain dan saiz kecil untuk ‘trimming’ atau memotong lebihan benang.
  • Gunting yang bersaiz besar(lebih 8″) adalah berat, sangat tajam dan harganya lebih mahal daripada gunting biasa. Jika tidak biasa, tangan anda akan berasa lenguh menggunakan gunting ini.
  • Gunting yang bersaiz kecil adalah ringan dan bersaiz kurang daripada 6″.
  • Selain menggunakan gunting, rotary cutter juga boleh digunakan untuk memotong kain.
  • Jika gunting jatuh, kedudukan bilah gunting boleh lari atau tidak sekata. Oleh itu, jagalah gunting anda sebaik-baiknya.
Rotary Cutter

Membeli Gunting Fabrik

Anda teringin membeli gunting tetapi tidak tahu nak beli di mana? Di sini saya akan senaraikan 5 gunting fabrik yang boleh dibeli secara online.

Penjagaan Rapi Gunting Fabrik

Anda jangan sesekali berasa menyesal membeli gunting yang mahal atau berjenama. Gunting yang berkualiti boleh bertahan bertahun-tahun lamanya jika dijaga dengan rapi.

Tapi perlu diingat, jangan sesekali menggunakan gunting fabrik untuk memotong kertas atau dawai. Itu memang pantang betul!

Anda akan sedar, anda tidak akan selesa menggunakan gunting yang sudah digunakan untuk menggunting kertas, dawai atau seumpamanya. Disebabkan melanggar pantang, gunting fabrik akan menjadi cepat tumpul atau mungkin tidak boleh memotong kain langsung.

Jagalah gunting seperti kita menjaga tupperware emak kita(siapa yang faham, pasti tahu apa yang saya maksudkan).

Salah satu tips untuk memastikan gunting fabrik tidak dipakai sesukahati oleh orang lain adalah dengan membuat tanda pada gunting itu dengan balutan kain ataupun sticker yang ditulis ‘Untuk Menggunting Kain Sahaja”.

Kenapa Tidak Boleh Guna Gunting Biasa?

Sudah beberapa kali kita diingatkan jangan menggunakan gunting fabrik untuk memotong benda lain terutamanya kertas, kan. Kalau degil juga saya tak tahulah nak kata apa. Untuk menguatkan pantang larang ini, saya kongsikan pendapat daripada pakar mengenai penggunaan gunting fabrik vs gunting biasa.

Memotong kertas menggunakan gunting fabrik tidak akan terjadi masalah yang besar. Tetapi bahan-bahan yang terkandung di dalam kertas seperti serat yang kasar, mineral dan pengawet boleh menumpulkan bilah gunting dengan cepat.

Kalau anda ingin menjaga gunting dalam jangkamasa yang panjang(harga pun mahal,kan), buanglah tabiat buruk ini. Tapi ia bukanlah satu musibah yang besar kalau masih ada yang tetap mahu menggunakan gunting fabrik untuk memotong kertas sebab semua gunting akan menjadi tumpul juga selepas digunakan beberapa kali.

Dengan syarat, jangan lupa untuk lapkan bilah gunting dengan kain secara kerap supaya serpihan kertas tidak melekat. Itu yang penting sekali. Kalau tidak, gunting anda tidak akan berfungsi dengan baik.

Pakar dalam bidang jahitan
Sumber: threadsmonthly.com

Semoga bermanfaat!