Jenis Simpanan Yang Anda Perlu Tahu (kalau tak nanti menyesal!)

Pernah terfikir, macammana cara nak menyimpan duit?

Pernah rasa menyesal sebab tak menyimpan duit dari awal?

Hari ini saya akan kongsikan jenis-jenis simpanan yang anda perlu tahu dan sediakan… kalau tak, nanti menyesal di kemudian hari.

Tanpa berlengah masa, mari kita teruskan membaca.

 

SIMPANAN UNTUK MASA SEKARANG

Menabung adalah salah satu contoh simpanan yang boleh dibuat sekarang. Teringat masa kecilĀ² dulu , memang banyak iklan di TV yang menggalakkan kanak-kanak menabung dan akibat terpengaruh dengan iklan-iklan tersebut, macam-macam jenis tabung yang mak belikan. Ada tabung bangunan tabung haji, tabung unta(bunyi muzik setiap kali masukkan syiling) dan tabung bentuk tin minuman. Sampaikan projek kemahiran hidup masa kat sekolah dulu pun buat tabung juga.

Menabung ni sebenarnya satu habit… satu sikap yang positif dan baik.

Jadi, tabiat menabung itu sangat penting sampaikan Robert Kiyosaki berkata….

“Kalau anda ingin menjadi kaya, bukan berapa wang yang anda hasilkan tapi yang paling penting adalah berapa wang yang anda simpan.”

Untuk permulaan, biasakan anak-anak anda mengasingkan sedikit duit poket untuk ditabung sebab didikan kewangan sejak awal itu tersangatlah penting. Jika sejak kecil anak-anak tidak diajar untuk menabung, kemungkinan besar anak anda nanti tidak tahu cara menyimpan duit ketika dewasa nanti.

Menabung ni sangat penting sebab duit itulah nanti kita akan gunakan ketika berlakunya kecemasan ataupun kita dalam keadaan terdesak memerlukan duit.

 

SIMPANAN UNTUK MASA HADAPAN

Terdapat tiga cara simpanan untuk masa hadapan:

  • Pelaburan Emas

Pelaburan emas merupakan simpanan dalam jangkamasa panjang kerana ia adalah persiapan sebelum kita ditimpa kesusahan dan merupakan pelaburan untuk mendapat keuntungan, meningkatkan kekayaan, mengekalkan kuasa beli, perlindungan harta, insuran diri dan mengelak kebocoran wang.

Emas juga mampu membantu manusia membina kehidupan yang baru.

Tetapi, anda juga memerlukan ilmu untuk membuat pelaburan emas ini. Saya tidaklah arif tentang pelaburan emas tetapi terdapat satu ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas yang boleh dibaca jika anda ingin menambahkan ilmu tentang emas sebelum melaburkannya.

  • Pelaburan Saham

Pelaburan saham boleh menjadi aset atau hadiah yang terbaik dari untuk masa depan anda dan anak-anak. Selain boleh digunakan disaat kecemasan, ia merupakan kemudahan untuk anak menyambung pelajaran di Universiti, melangsungkan perkahwinan, atau sebagai duit deposit rumah pertama mereka.

Antara cara pelaburan yang anda dan juga anak-anak boleh buat ialah dengan membuat simpanan ASB, Tabung Haji, SSPN-i(boleh dibuka seawal usia 1 tahun!) dan Unit Trust.

Jika anda berminat untuk belajar teknik pelaburan saham, Genius Saham akan membantu anda memberi ilmu yang anda ingini tentang dunia saham.

  • Pelaburan hartanah

Cara simpanan yang sangat disarankan oleh pakar-pakar ekonomi!

Ini adalah kerana selama beratus-ratus tahun, bahkan beribu-ribu tahun sebelum ini…. ahli perniagaan atau tokoh yang berjaya seakan-akan wajib melibatkan diri mereka didalam bidang hartanah.

Ini kerana nilai hartanah tidak akan turun dan nilainya akan terus naik. Walaupun kadang-kala harganya turun sedikit, lambat-laun akan naik juga.

Kalau anda ingin tahu dengan lebih lanjut tentang bidang hartanah, sila baca blog atau ebook Celik Hartanah. Ilmu juga penting sebelum kita membuat pelaburan hartanah ini.

 

SIMPANAN SETELAH MENINGGAL DUNIA

Maksudnya adalah sedekah.

Anda boleh membuat simpanan untuk saham akhirat ini melalui tempat ibadah, menolong fakir miskin dan anak yatim dan juga menolong orang-orang tua.

Inilah yang diajarkan oleh agama kita.

Walaupun satu hari nanti kita sudah tiada di dunia ini, InsyaAllah simpanan akhirat kita sentiasa bertambah dengan niat melakukan perkara-perkara yang disebutkan tadi.

Jadi, anda harus faham bahawa 3 jenis simpanan ini sangat-sangat penting.

Jenis Simpanan Yang Anda Perlu Tahu kalau tak nanti menyesal

Jika tidak ada 3 jenis simpanan ini, kemungkinan besar anda akan mengalami masalah kewangan yang luar biasa. Jangan menunggu sehingga umur 30, 40 atau 50 tahun barulah anda terfikir membuat simpanan-simpanan ini. Bayangkan jika usia dah masuk 60 tahun dan anda mengalami masalah kewangan yang teruk.

Adalah wajar kalau kita menghadapi masalah kewangan ketika di awal usia(umur 20-an) tapi kita mestilah berusaha untuk mengelak mengalami masalah kewangan yang sama ketika memasuki umur 30-40 tahun. Walaupun anda tergolong dalam keluarga yang berada, 3 jenis simpanan ini memang perlu disediakan sebab kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan.

Semoga anda berdisiplin untuk menabung mulai hari ini!

Sharing is caring:

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of