Kata-Kata Semangat Dan Tips Untuk Usahawan

Baru-baru ini saya mengikuti kursus online 2 hari secara percuma tentang bisnes online. Sebelum mengikuti kursus ini, saya tidak selidik latarbelakang penceramahnya dan itulah kali pertama saya mengikuti kursus yang beliau kendalikan.

Tidak seperti course usahawan yang lain, saya akan selidik dahulu latarbelakang penceramahnya sebelum mendengar apa yang ingin disampaikan. Saya lebih berminat mengikuti kursus berbentuk teknik dan strategi ataupun study case yang lebih spesifik dan teliti.

Kursus hari itu terlalu fokus kepada motivasi dan boleh dikatakan hanya 5% sahaja teknik penjualan yang dikongsikan. Buat saya terfikir, “Menjadi usahawan ni memang perlu motivasi ke?”. Patutlah bila saya ikut webinar usahawan yang fokus kepada teknik, awal-awal lagi diaorang dah bagitahu yang ini webinar bisnes dan bukan webinar motivasi. Bukan sorang dua kata macamtu, boleh diakatakan setiap course yang saya ikut akan kata macamtu.

Jadi, ini adalah antara soaljawab yang saya dengar dari kursus haritu:

Soalan motivasi: Cara meningkatkan semangat berbisnes yang selalu moody tu macammana ye? Kadang-kadang terus takde mood nak menjual.

Jawapan: Pada mulanya manusia tu kan ada semangat KALAU ada motivasinya. Motivasi manusia ini ada 2 iaitu mengelakkan kesusahan dan mencari kesenangan.

Bayangkan, adakah korang sanggup berlari keliling padang bola sebanyak 5 pusingan waktu tengahari buta? Mesti TAKNAK, kan.

Lain cerita kalau dah selesai berlari korang dapat hadiah tunai RM5,000.

Kalau dapat duit sebanyak itu, sanggup tak berlari keliling padang? Mesti NAK dan siap berlari bersungguh-sungguh lagi.

Jadi, dari sini kita ambil kesimpulan yang kita mesti menemukan alasan yang kuat kenapa nak menjalani bisnes dan apa risikonya kalau tak meneruskan bisnes kita tersebut. Kena tahu STRONG WHY dahulu.

Biasanya kalau dah tahu STRONG WHY, tak ada lagi masalah rasa tak bersemangat, InsyaAllah.

Soalan teknik: Macammana cara untuk menarik perhatian viewers jika mereka sudah bosan dengan content kita sebelum ini?

Jawapan: Biasanya kalau rasa bosan tu apa yang korang buat? Jangan jawab nak tidur ye. Itu dah tak termasuk.

Pertama, kita mungkin boleh berevaluasi. Fikirkan content apa yang nak ditunjukkan, kenalpasti respon viewers dan kemudian cari penyebabnya. Contoh, adakah content korang terlalu ‘berjualan’? Takpun cuba buat macamni:

  • Buat content yang audience atau viewers inginkan ataupun pancing mereka dengan giveaway ataupun promo.
  • Tahu apa yang trending ketika itu. Contohnya sekarang tengah trending TikTok challenge. Cuba sertai challenge tersebut dengan gaya yang unik dan berbeza daripada sebelum ini.
  • Ubah gaya atau variasi lain ketika upload content. Kalau di Instagram, tak perlulah panggil diri minmin ke apa ke…cuba buat karakter macam Duckscarf iaitu D.

Anda suka motivasi kata-kata semangat atau teknik berjualan? Sebagai seorang yang berbisnes/usahawan, anda pilih yang mana menjadi keutamaan?

Sharing is caring!

0 0 vote
Article Rating