Kemahiran Yang Perlu Dikuasai Untuk Menulis Copywriting Yang Bagus

Kemahiran Yang Perlu Dikuasai Untuk Menulis Copywriting Yang Bagus

Apa kesilapan yang orang akan nampak jika anda bukan seorang copywriter yang bagus? Antaranya ialah artikel anda:

  • Berada page yang jauh ke belakang di Google Search.
  • Pembaca tidak dapat menjumpai page anda.
  • Content anda dianggap tidak bermanfaat,
  • Tiada pembaca dan tiada sesiapa yang share.
  • Copywriting anda tidak menarik pelanggan yang berpotensi.
  • Tiada jualan dan anda tidak mendapat hasil keuntungan.

Tapi anda perlu tahu bukan hanya copywriter sahaja yang bertanggungjawab untuk membuatkan sesuatu bisnes itu menguntungkan. Marketer, penulis SEO, pengiklan, eksekutif, pengurus, semuanya adalah orang-orang yang boleh dianggap penting juga.

Tetapi kemahiran copywriting anda akan memberi kesan secara langsung ke atas prestasi artikel yang ditulis seperti:

  • content untuk media sosial
  • content untuk blog dan landing page
  • slogan produk
  • kempen iklan
  • penerangan produk
  • e-mail newsletter
  • skrip video
  • dan banyak lagi.

Jika anda bercadang untuk menjadi copywriter yang serius, anda mesti membuat persediaan. Banyak impian peniaga bergantung pada bahu anda. Saya akan menyenaraikan kemahiran yang paling penting yang perlu dimiliki oleh copywriter yang bagus.

Luangkan masa satu atau dua hari untuk mencari beberapa sumber untuk mempelajari kemahiran ini sebab saya percaya anda pasti akan mendapat manfaat daripadanya.

Berikut adalah kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh seorang copywriter untuk membantu meningkatkan tahap content dan conversion:

copywriting-kemahiran berkaitan yang anda perlu ada

1. Kemahiran Menulis

Ada sebab kenapa kemahiran ini berada di kedudukan nombor satu. Tanpa kemahiran menulis yang baik, copywriting tidak akan wujud. Tetapi sudah tentu kita tidak boleh menulis copywriting secara sembarangan.

Kemahiran menulis artikel dan esei adalah berbeza dengan kemahiran menulis yang diperlukan untuk membuat copywriting.

Berikut ialah kemahiran menulis yang perlu anda kuasai sekiranya anda ingin menjadi copywriter yang bergaji tinggi:

 

Penulisan Tajuk(Headline)

Tajuk yang menarik dapat menarik minat pembaca lebih daripada content-nya sendiri. Disinilah bahagian yang paling banyak dibaca jika dibandingkan dengan bahagian yang lain. Dengan membaca tajuk sahaja, ia dapat membantu terjadinya conversion/closing(pembelian).

Begitulah hebatnya tajuk(headline). Jadi, anda perlu tahu membuat headline yang bagus. Ketahui cara menulis headline yang memukau di sini.

Penulisan Persuasif

Copywriting yang ditulis untuk marketing bukan dibuat hanya untuk hiasan. Ia diletakkan di laman web atau media sosial untuk mendorong pembaca untuk membuat tindakan(action).

Copywriting anda harus cukup meyakinkan untuk pembaca melakukan sesuatu. Disebabkan ‘sesuatu’ itulah anda akan mendapat manfaat daripada mereka seperti mendapat lebih banyak jualan produk.

Lebih persuasif copywriting anda, lebih ramai pelanggan berduyun-duyun masuk untuk mengetahui perniagaan anda, iaitu samaada di media sosial, website, kedai e-commerce, dan sebagainya.

Penulisan Yang Teliti dan Mendalam

Tidak semua audience anda tahu lebih mendalam tentang perniagaan anda. Sebahagian daripada mereka tidak tahu dan mungkin memerlukan panduan yang mendalam. Jadi, sebahagian daripada tugas anda sebagai copywriter akan didedikasikan untuk mencipta content yang mendalam tentang jenama, produk dan perkhidmatan anda.

Selalunya, penulisan yang mendalam perlu ditulis dalam bentuk content yang lebih panjang. Berpuluh-puluh artikel yang bagus mempunyai lebih 1,000 perkataan dan berkemungkinan mempunyai peluang yang lebih tinggi dalam hasil carian.

Ini bermakna lebih banyak engagement, lebih tinggi kedudukan anda di hasil carian seperti Google Search.

2. Kemahiran SEO

Walaupun orang yang mempunyai kepakaran dalam SEO perlu ada dalam perniagaan anda, ia juga merupakan kemahiran yang patut dikuasai jika anda bercadang untuk menjadi copywriter yang bagus. Ini kerana kebanyakan content anda akan berada di internet.

Dan jika anda mahu target audience anda membaca copywriting anda, adalah penting untuk memasukkan kata kunci(keyword) yang mempunyai volume tinggi. Tetapi, ini tidak akan berlaku jika anda tidak tahu cara melakukan SEO.

Ini tidak bermakna anda harus menguasai SEO secara teknikal kerana ini boleh diserahkan kepada pakar SEO. Tetapi dari segi penyelidikan kata kunci, analisis kata kunci, penempatan kata kunci, dsb. — perkara ini terletak di tangan anda sebagai copywriter.

SEO sangat penting dalam copywriting kerana apalah gunanya content artikel, blog, caption media sosial , headline jika ia bukan content yang dicari oleh target audience anda. Dengan adanya kemahiran SEO, ia membolehkan anda mengetahui minat pelanggan anda dan menggunakan kata-kata mereka dengan berkesan dalam content anda nanti.

3. Kemahiran Mengkaji Pelanggan

Tanpa pelanggan, produk atau perkhidmatan anda tidak akan ada jualan. Sebagai copywriter yang bekerja untuk jenama tertentu, kemahiran mengkaji pelanggan(target market) adalah sangat penting.

Dengan kemahiran ini anda dapat melihat keperluan dan kehendak target market anda. Ini memudahkan copywriter mmebina content yang berkaitan dan sesuai untuk target market mereka. Content yang bagus dapat menjawab persoalan setiap target merket-nya.

Bagaimana mengkaji pelanggan? Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan, iaitu:

Media Sosial

Mulakan dengan mendalami media sosial dan profil target market anda. Selidik perkara yang mereka selalu bincangkan yang berkaitan dengan industri anda. Apakah kebimbangan, pujian, isu dan cabaran mereka hadapi yang anda mungkin boleh membantu?

Susunan Content

Apabila anda menyemak website orang lain, anda akan dapat mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan perniagaan atau niche anda. Dengan cara ini, anda akan mengetahui topik yang hendak dibincangkan, perkataan yang perlu dipertimbangkan dalam copywriting anda, soalan yang perlu dijawab dan topik yang telah dibincangkan.

Survey (Tinjauan)

Ini mungkin tugas utama pasukan penyelidik. Tetapi sebagai seorang copywriter, anda perlu menjalankan tinjauan tidak rasmi di media sosial (Twitter, Instagram Stories, dll.). Lakukan beberapa soalan survey supaya audience anda boleh mengambil bahagian. Selain itu, anda boleh meletakkan soalan survey di penghujung e-mail newsletter juga.

Temu bual (Interview)

Anda tidak boleh bergantung kepada beberapa jawapan ringkas hasil daripada survey anda. Bercakaplah dengan audience seorang demi seorang. Mungkin mereka boleh memberi pandangan yang lebih mendalam tentang kehidupan mereka.

Ini boleh memberikan anda idea tentang bagaimana cara bercakap dengan mereka, perkataan yang sesuai digunakan, cara menyusun ayat, jenis cerita dan empati yang perlu anda sertakan.

Semua ini berdasarkan temubual kualitatif yang dilakukan dengan target audience dan bakal pelanggan.

Ini boleh dijadikan idea yang terbaik untuk menemubual target audience anda dalam jarak jauh dan anda boleh merekodkannya untuk menghasilkan copywriting yang sangat disasarkan ke mereka kemudian.

kemahiran untuk meningkatkan copywriting

4. Kemahiran menyelidik produk dan perkhidmatan

Sekarang masanya untuk menumpukan pada penyelidikan produk dan perkhidmatan. Mana-mana copywriter perlu mempunyai kemahiran ini untuk mengetahui cara bagaimana jenama mereka boleh memenuhi keperluan target market mereka.

Bagaimana perniagaan mereka boleh menjadikan kehidupan orang ramai menjadi lebih baik?

Kebanyakan jenama yang besar mempunyai banyak produk. Copywriter yang baik tahu apa sebenarnya yang perlu diserlahkan dan perkara yang harus ditinggalkan.

Produk apa yang paling sesuai dengan minat target market dan cabaran yang mereka hadapi?

Antara cara yang anda boleh lakukan untuk menyelidik produk atau perkhidmatan pesaing anda adalah dengan:

  1. Mula-mula dalami website dan cari setiap produk di bahagian tab e-commerce.
  2. Senaraikan semua ciri dan manfaat produk/perkhidmatan.
  3. Perhatikan penerangan produk dengan teliti supaya anda tahu keistimewaan produk tersebut dalam pasaran.

5. Kemahiran Analytic

Sebaik sahaja copywriter menulis copywriting, mereka bertanggungjawab untuk memantau prestasi copywriting tersebut.

Adakah ia mencapai target audience mereka? Adakah ia mendapat cukup share, like dan komen? Adakah anda mendapat lebih ramai pelawat hasil copywriting anda? 

Analytic hanyalah teknologi yang mengukur prestasi website dan halaman media sosial anda. Tiada sesiapa pun boleh mengetahui proses di belakang setiap platform analytic (cth. Google Analytic).

Tetapi sebagai copywriter, anda perlu mempunyai kemahiran ini untuk menganalisis prestasi content anda.

Analytic akan membantu anda melihat sama ada website atau media sosial anda dilawati lebih ramai pelawat atau adakah blog anda mendapat lebih banyak lawatan organik.

Mempunyai kemahiran analytic akan membantu anda membuat copywriting yang lebih baik daripada yang anda buat pada sebelum ini. Oleh itu, anda akan membuat content yang lebih berkualiti secara menyeluruh dan akhirnya akan menghalang persaingan anda untuk berada di kedudukan teratas di hasil carian.

Kesimpulan

Ambil satu kemahiran untuk dikuasai dahulu, kemudian teruskan ke yang seterusnya.

Sudah tentu ada kemahiran lain yang dianggap sebahagian orang adalah kurang penting tetapi masih penting untuk seorang copywriter.

Sebagai contoh, sesetengah copywriter perlu tahu tentang reka bentuk ayat. Jadi mereka tahu di mana untuk meletakkan kata-kata yang memberi impak yang lebih besar.

Selain itu, copywriter kadangkala ditugaskan untuk mencipta nama jenama atau slogan. Oleh itu mereka perlu mempunyai pengetahuan tentang rekaan bentuk logo dan rekaan bentuk penjenamaan lain.

Dalam erti kata lain, copywriter harus mempunyai idea logo, idea reka bentuk grafik, tugas kreatif visual, maklumat UX dan UI, dan sebagainya.

Kadang-kadang, copywriter perlu mempunyai pengetahuan asas tentang ‘sales funnel’. 

Jika anda mendapati diri anda tidak memiliki kemahiran penting ini, maka jangan risau. Dengan lebih banyak latihan dan pendedahan anda masih boleh menjadi copywiter yang hebat dan mahir.