Sesetengah orang merasakan email marketing sudah agak ketinggalan dengan adanya banyak platform media sosial pada masa kini. Tetapi hakikatnya, email marketing masih releven dan sangat powerful sebab dengan adanya email marketing ia memudahkan kita melonjakkan sales. Selain itu, ia juga memudahkan kita berhubung dengan pelanggan atau subscribers daripada kita berhubung menggunakan media sosial.

Sebenarnya, saya sedar yang email marketing ini amat penting selepas saya nampak blogger2 yang saya minat dahulu kalau bercerita tentang perkara yang mereka menyesal tak buat dari awal selepas membina blog, mereka akan kata tidak mengumpul email list dari awal adalah perkara yang mereka kesalkan. Majoriti akan berkata itulah point pertama yang paling penting yang perlu kita fikirkan ketika membina blog atau membuat sales.

Walaupun zaman kegemilangan blogger telah lama berlalu, boleh dikatakan sampai sekarang kalau saya tengok youtuber yang selalu kongsikan tentang internet marketing pun akan bercakap tentang perkara yang sama.

Hari ini saya nak kongsikan dengan anda 5 sebab kenapa email marketing lebih penting berbanding media sosial marketing. Saya tidak bermaksud yang media sosial tidak penting tetapi saya melihat ramai juga orang kita tidak tahu ataupun tidak sedar yang pentingnya mengumpul email list ataupun membuat email marketing ini.

 

1. Mudah menaikkan pelawat ke website dan terus menjadi pelanggan

  • Tahukah anda, 60% pengguna yang mengunjungi kedai online atau blog sanggup subscribe dan menjadi sebahagian email list website berkenaan? Dengan harapan menjadi orang terawal mengetahui promosi yang ditawarkan oleh yang kedai online tersebut dan mendapat info-info penting yang mereka inginkan.
  • Kita ambil contoh, macam baru-baru ni saya membuat order pizza. Selepas beberapa minit membuat order tersebut, saya mendapat email sekali lagi dari kedai pizza berkenaan yang mengatakan saya akan dapat lebih banyak diskaun jika membuat order lagi dalam masa seminggu dengan menggunakan ‘voucher code’ yang diberikan.
  • Dari situ, kita boleh lihat kalau dalam minggu tersebut saya teringin nak membeli pizza lagi, saya tak akan fikir panjang untuk menggunakan promosi yang diberikan itu.
  • Jadi, kita dapat lihat inilah caranya kedai pizza ini menaikkan pelawat menggunakan email. Bukannya dengan menulis email ‘Klik sini untuk melawat website kami’ tetapi kedai pizza ini memberikan sesuatu yang mereka tahu pelanggan mereka mahukan.
  • Dengan cara ini, pelanggan kita akan melawat website kita tanpa paksaan dan jika ada rezeki, mungkin sales pun bertambah.

 

2. Anda Boleh Mengawal Pengguna/Subscribers

  • Ramai yang tidak sedar yang segala content yang kita letakkan di media sosial BUKANlah menjadi hak mutlak milik kita seorang. Seperti beberapa bulan yang lepas, Facebook dan Instagram pernah ‘down’ seketika. Ini menyebabkan ramai yang panik memikirkan segala content yang mereka kongsikan dalam media sosial tersebut mungkin akan hilang sebab kita tidak boleh kawal apa yang ada di media sosial kita.
  • Jika nak dibandingkan dengan email marketing, anda boleh menghantar informasi atau apa sahaja yang subscribers(pengguna) anda mahukan dan setiap email tersebut akan tetap berada dalam inbox mereka kalaulah emel tu tidak dipadamkan.
  • Jadi, subscribers anda boleh membaca emel tersebut bila-bila masa tanpa gangguan website ‘down’ dan dapat mengelakkan masalah yang sama seperti yang terjadi pada media sosial sebelum ini.

Seperti yang pernah dikatakan oleh pakar pemasaran digital, Ann Handley

“Email adalah satu-satunya platform yang mudah dikawal dan ianya tidak dikawal oleh algorithm. Tidak seperti media sosial atau platform digital yang lain contohnya Facebook, Instagram ataupun google ads…disitu terdapat orang lain yang menentukan siapa yang dapat melihat apa yang anda kongsikan. Mereka juga yang mengawal bila dan di mana untuk meletakkan maklumat atau content anda tersebut.”

 

3. Tidak Memerlukan Kos Yang Tinggi

  • Sebagai contoh, kita ambil Mailchimp dan juga Facebook sebagai perbandingan. Kalau tak silap saya, sehingga sekarang Mailchimp masih percuma untuk digunakan jika kita mempunyai 2,000 subscribers atau 2,000 emel list.
  • Majoriti orang akan membaca email yang mereka inginkan. Kalau seseorang itu subscribe newsletter dari website tertentu, biasanya mereka memang ingin membaca apa yang website tersebut kongsikan. Jadi kemungkinan besar, 2000 subscribers yang ada dalam Mailchimp kita tersebut, akan melihat dan membaca emel yang kita sampaikan.
  • Kemudian bayangkan kalau kita ada 10,000 subscribers di Facebook dan kita update status yang mengandungi info atau promosi produk. Kita tahu memang pengguna kita mahukan info tersebut. Disebabkan algorithm Facebook dikawal oleh Facebook sendiri, kita sebagai penulis content tersebut tidak akan tahu siapa yang akan menerima atau siapa yang akan nampak apa yang kita kongsikan.
  • Walaupun kita beli Facebook ads pun, tidak semua target audience kita dapat melihat status tersebut sebab Facebook akan memilih pengguna yang tertentu sahaja mengikut target audience kita.
  • Berdasarkan Facebook algorithm yang diselidik pada tahun sebelum ini, katakanlah kita mempunyai 10,000 pengikut atau followers dan mengupdate status sebanyak 10 kali setiap bulan, kemungkinan hanya 3,300 followers sahaja yang klik link tersebut dan setiap kali di klik harganya RM0.02.
  • Jadi, email marketing ni bukan sahaja lebih murah. Kalau dibandingkan dengan Facebook marketing, subscribers yang akan mendapat email yang kita kongsikan tu lebih tinggi kerana ketika Facebook reach semakin rendah, harga setiap klik akan menjadi lebih mahal juga.

 

4. Mudah Berhubung Dengan Pelanggan

  • Biasanya kebanyakan orang suka membuat bisnes dengan orang yang mereka kenal, suka dan percaya.
  • Teknik menggunakan email ini merupakan salah satu cara berhubung secara langsung. Ia juga membuatkan kita berasa lebih selesa berhubung dengan seseorang itu secara peribadi jika nak dibandingkan dengan berhubung melalui media sosial.
  • Kalau ada pertanyaan atau soalan pun, ramai lebih suka menggunakan email. Apabila kita menggunakan email, kita akan berasa seperti kita bertanya kepada orang tersebut secara peribadi. Sebab itulah kita boleh lihat, majoriti syarikat yang besar menggalakan penggunan email jika pengguna mereka ada masalah atau soalan. Dengan cara ini juga masalah terlepas pandang email pelanggan pun dapat dielakkan.

 

5. Tiada Sekatan

  • Tahukah anda sebanyak 91% orang yang mempunyai email akan cek email mereka setiap hari? Ini kerana cek emel telah menjadi kebiasaan dan rutin kebanyakan orang terutamanya yang bekerja di pejabat. Setiap kali kalau kita nak info dari website tertentu pun, majoriti akan hantar info tersebut menggunakan email.
  • Kalau nak dibandingkan dengan media sosial, kebanyakan orang tidak berasa risau sangat tidak cek media sosial mereka sebab kebanyakan orang fikir media sosial adalah tempat untuk bersosial.
  • Apabila sedang bekerja, ada sesetengah yang kena sekat dan dapat jenguk media sosial masa waktu rehat sahaja. Berbanding dengan emel, kita dapat tengok emel bila-bila masa.

 

Akan tetapi, media sosial marketing masih diperlukan dan kita tidak boleh hanya fokus pada satu saluran pemasaran sahaja. Dunia internet ni sangat luas dan cepat berubah dan semoga hari ini anda tahu selain media sosial marketing, email marketing juga perlu dipraktikkan. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai website sendiri.

InsyaAllah, jika ada kesempatan saya akan kongsikan dengan anda jenis internet marketing yang lain pula.

Sharing is caring!

0 0 vote
Article Rating