Bedah Bisnes kali ini saya akan memperkenalkan Lin yang menjual stickernya di Etsy. Etsy merupakan marketplace seperti shopee tetapi hanya menjual produk handmade, vintage, alat tulis, sticker dan pelbagai jenis kraf yang lain.

Setahu saya, Lin mula berminat menjual sticker di Etsy selepas dia asyik melukis doodle di Ipad yang baru dibelinya.

Daripada asyik melukis, apa kata Lin menjual hasil lukisan doodle ni?”, kata Lin.

OK, sekarang saya serahkan kepada Lin untuk menceritakan tentang bisnes stickernya.


Hai, saya Lin.

Ketika membuat bisnes sticker ini, saya tidak terus menjual sticker lukisan doodle semata-mata tetapi terdapat beberapa langkah yang perlu diambil sebelum sticker saya terjual. Ini adalah langkah demi langkah yang saya lakukan untuk menjual sticker di Etsy.

1. MERANCANG

Langkah pertama yang Lin lakukan adalah menyediakan jawapan untuk setiap soalan di bawah ini iaitu soalan yang perlu ditanya selepas mengetahui produk apa yang Lin nak jual.

Semua jawapannya ditulis di sebuah buku ‘khas’ dan Lin akan menulis apa sahaja yang difikirkan didalam buku tersebut.

Selepas menetapkan idea, Lin terus mengira kos-kos yang penting seperti kos dari pemborong, kos untuk packaging, kos pos, pengiraan untung bersih dan juga untung kasar. Akhir sekali, barulah Lin mendapat idea berapa harga jualan yang sepatutnya dibuat untuk setiap produk sticker.

2. Produk

Lin menggunakan procreate dari ipad dan mengedit menggunakan photoshop. Sambil melukis doodle, Lin juga membuat logo sendiri. Semua alatan penting untuk membuat sticker, Lin beli secara online seperti mesin membuat sticker, kertas tisu dan sebagainya.

3. mencetak sticker

Sebelum mencetak sticker yang sebenar, ‘sticker percubaan’ akan dicetak terlebih dahulu sehingga Lin berpuashati dengan hasilnya. Selepas itu, Lin akan memotong sticker menggunakan gunting(sebab mesin memotong belum sampai) dan barulah Lin sedar betapa sakitnya jari jemari ini apabila memotong sticker secara manual.

Selepas mendapat bentuk sticker yang diingini, terdapat satu kesilapan yang Lin dah buat iaitu lukisan Lin rupa-rupanya BUKAN dalam bentuk PNG. Maka, Lin terpaksa menggunakan masa berjam-jam untuk mengedit semula sticker tersebut sebelum dipotong menggunakan mesin. Bukan itu sahaja. Semasa nak memotong sticker di mesin, Lin tidak meletakkan sticker pada kedudukan yang betul dan terdapat beberapa sticker yang rosak.

4. marketing dan penjenamaan


Inilah masanya untuk memperkenalkan sticker kepada target audience. Lin percaya, cara membungkus dan memperkenalkan produk boleh memberi kesan impak yang lebih baik kepada pelanggan. Lin mengambil contoh wendy’s dan melihat cara merketing brand tersebut secara mendalam dan mengikut apa yang Lin rasakan sesuai.

5. fotografi

Lin akan fokus mengambil gambar produk yang akan di’upload’ di Instagram dan kedai Etsy. Sebelum mengambil gambar, Lin memilih ‘color scheme’ yang sesuai dengan produk dahulu supaya warnanya boleh menarik perhatian audience. Semua gambar diedit di lightroom sebelum gambar tersebut di’upload’.

6. media sosial

Selepas semua gambar sudah diedit dan mendapat hasil memuaskan, barulah Lin membuka akaun media sosial sticker Lin di Instagram. Instagram dipilih sebab Lin tahu kebanyakan audience sticker Lin berada di situ dan itulah media sosial yang paling kerap Lin gunakan.

Antara perkara penting yang perlu diutamakan di Instagram adalah:

  • Jangan lupa meletakkan hashtag yang sesuai di ig post sebab dari situlah kita boleh mendapat pelanggan.
  • Tulis caption yang ‘catchy’.
  • Sharing-sharing dahulu, seling-selling kemudian.

Bagi Lin, Etsy sangat mudah digunakan TETAPI yuran Etsy sangatlah tinggi. Anggaplah yuran tersebut adalah wang yang kita bayar untuk mendapatkan pembeli.

7. Pembungkusan (packaging)

Kita perlu kreatif apabila membungkus barangan handmade ini(walaupun sticker sahaja). Senang macamni, bayangkan kita mendapat hadiah ketika ‘birthday’ dan apa perasaan kita ketika itu? Mesti terkejut dalam kegembiraan, kan. Lin mahu pelanggan mempunyai perasaan begitu ketika menerima produk Lin nanti.

Lin juga akan menggunakannya sticker yang ‘rosak’ tadi sebagai salah satu cara pembungkusan kotak yang unik untuk pembeli nanti. Jadi, takdelah rasa membazir. Kemudian, order akan dibungkus menggunakan kertas tisu sebab kertas ini sangat ringan dan boleh menjaga alam sekitar(tidak menggunakan plastik).

Akhir sekali, masukkan business card dan free gift ke dalam setiap order sebelum order tersebut diposkan.

8. pembukaan kedai online

Lin buat countdown di IG story sebelum kedai Etsy Lin dibuka. Dalam IG Story tersebut juga Lin dah highlight dan memberitahu bilangan sticker Lin adalah dalam kuantiti yang terhad dan tidak akan dijual lagi.

Selepas 30 MINIT, kesemua produk lin SOLD OUT dan Lin berjaya mendapat 153 order!!

Macammana? Dapat inspirasi tak dari jualan sticker Lin ini? Kalau Lin boleh buat, anda pun boleh juga.

Sharing is caring!

0 0 vote
Article Rating