Bagi golongan mak-mak, pasti tidak terlepas dari terjumpa seluar anak-anak yang terkoyak.
 
Seluar yang terkoyak tu jangan dibuang dan jangan dibiarkan sebab jika tidak dijahit dari awal, koyakan seluar tersebut akan menjadi semakin besar.
 
Ikutilah langkah mudah ini untuk menjahit seluar terkoyak:
  1. Cari bahagian seluar yang terkoyak dan siapkan jarum dan benang mengikut warna seluar.

    seluar terkoyak 1

  2. Buangkan benang yang berlebihan di bahagian yang terkoyak.

    seluar terkoyak 2

  3. Masukkan jarum seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah. Pastikan jarum benang awalnya dicucuk di bahagian ‘wrong side’.

    seluar terkoyak 3

  4. Masukkan jarum ke bahagian (1) dan ketika ini jarum berada di bawah kain(wrong side).

    seluar terkoyak 4

  5. Naikkan jarum benang ke bahagian (2) dan pada bahagian ini jarum berada di atas kain(right side).

    seluar terkoyak 5

  6. Arahkan jarum pada bahagian(3) dan kemudian ke bahagian (4) sama seperti yang ditunjukkan tadi.

    seluar terkoyak 6

  7. Bahagian (5) dan (6) adalah sama seperti bahagian (1) dan (2). Teruskan menjahit sehingga ke bahagian akhir yang terkoyak.

    seluar terkoyak 7

  8. Contoh bagaimana benang dimasukkan untuk bahagian (5) ke (6).

    seluar terkoyak 8

  9. Hasil jahitan yang dibuat sehingga ke bahagian akhir yang terkoyak.

    seluar terkoyak 9

  10. Tarikkan benang tersebut.

    seluar terkoyak 10

  11. Masukkan jarum ke bahagian dalam(wrong side) dan matikan simpulan benang di situ.

    seluar terkoyak 11

  12. Jahitan sudah siap dan kesan jahitan pun tidak kelihatan.

    seluar terkoyak 12

Menjahit seluar yang koyak tidaklah susah seperti yang disangkakan dan secara tak langsung, anda boleh belajar menjahit menggunakan jahitan tangan.

Selamat mencuba!

Sharing is caring!