Tutorial kali ni saya nak tunjukkan cara menjahit batu seremban yang boleh diletakkan ke dalam beg uncang yang dah dibuat pada minggu lepas.

Cara Membuat Batu Seremban

Time needed: 1 hour.

Ikuti langkah demi langkah membuat batu seremban ini:

  1. Tonton video tutorial membuat batu seremban

    Video telah diletakkan diatas post ini.

  2. Potong 5 bahagian ini untuk membuat 5 biji batu seremban.

  3. Ukurannya 7.5 cm x 5 cm setiap satu.

  4.  Guntingkan kain yang sudah ditandakan mengikut ukuran tadi.

  5. Susunkan kain yang digunting tadi.

  6. Jahitkan di sepanjang garisan merah ini di mesin jahit. Kalau menggunakan jahitan tangan, jahit guna jahitan biasa(lurus).

  7. Mula menjahit. Saya menggunakan mesin jahit mini.

  8. Selepas itu, guntingkan lebihan benang.

  9. Terbalikkan kain dan gosokkan kesemuanya dengan seterika.

  10. Semasa menggosok menggunakan seterika, lipatkan sedikit kain ke dalam karung batu seremban.

  11. Masukkan kacang hijau atau apa sahaja yang sesuai seperti pasir, beras atau batu akuarium.

  12. Selepas itu, cantumkan kain batu seremban seperti yang ditunjukkan.

  13. Tutupkan permukaan terbuka batu seremban tersebut dengan jahitan kia.

  14. Apabila jahitan sudah dijahit setengah, masukkan kacang hijau lagi sehingga menjadi padat.

  15. Sambung menjahit sehingga permukaan terbuka ditutup sepenuhnya.

  16. Tambah lagi kacang hijau jika perlu.

  17. Setelah penuh, matikan jahitan.

  18. Dah siap! Sengaja buat ekstra sebiji 😀

Kisahnya…

  • Batu seremban ini sebenarnya adalah hadiah untuk anak buah yang menyambut hari jadinya yang ke-9, seminggu sebelum batu seremban ini disiapkan. Tak teringat pun birthday dia dah nak dekat masa tu.
  • Sengaja buat ekstra satu sebab dah faham sangat ragam dan perangai dia. Dengan adanya beg uncang hari tu, kebarangkalian nak hilang tu tipis kot(harap-harap gitulah).
  • Menjahit menggunakan jahitan tangan memerlukan masa yang agak lama tapi itulah proses yang paling menyeronokkan. Adakah sebab saya lebih suka menjahit menggunakan jahitan tangan? Adakah itu minat/passion sebenar? Entahla…
  • Untuk seorang beginner/pemula, masa yang diperlukan nak menyiapkan satu set jahitan batu seremban ni lebih kurang 1 jam.
  • Kalau masih baru dalam dunia jahitan, saya syorkan anda menggunakan kain baju terpakai yang tidak dipakai lagi untuk membuat batu seremban ni. Kalau beli kain yang baru dan buatnya jahitan tak menjadi, risau pulak nanti ada yang berputus asa.

Pen Penanda Fabrik

Sebenarnya, saya lebih suka menggunakan pen penanda fabrik kalau membuat projek jahitan yang kecil seperti ini.

Al-kisahnya, selepas membuat video menjahit batu seremban ini saya pun cubalah nak hilangkan dakwat pen penanda. Selalunya saya akan spray menggunakan air untuk menghilangkan segala kesan tanda pen tersebut.

Tetapi kesan penanda tu tak hilang! Saya tak sedar rupanya sepanjang tutorial ini saya dah gunakan marker dan bukannya pen penanda fabrik!

Nasib baiklah tuan punya batu seremban ni tak kisah dan tak banyak komplen haha! Bagi dia, orang bagi hadiah buat apa nak komplen macam-macam.

Tapi, senang je kan nak jahit batu seremban ni. Kalau anda ikut tutorial ini, jangan malu-malu nak tunjukkan hasil jahitan anda nanti ye.

Sharing is caring!

0 0 vote
Article Rating