Tutorial kali ni nak menunjukkan cara membuat beg uncang yang amat sesuai dijahit untuk sesiapa yang baru belajar menjahit ataupun masih di peringkat seorang ‘beginner’.

Langkah Demi Langkah Membuat Beg Uncang

Time needed: 25 minutes.

Ikuti langkah demi langkah membuat beg uncang ini:

  1. Tonton video tutorial membuat beg uncang.

    Video ada diletakkan diatas post ini.

  2. Buat bulatan berdiameter 15cm dan buat garisan lurus seperti didalam gambar.

  3. Guntingkan kertas tadi dan sebelum menggunting kain, pastikan kain dilipat mengikut bahagian lipatan.

  4. Lukiskan di atas kain mengikut pola yang digunting tadi.

  5. Setelah digunting, bukakan kain.

  6. Lipat kain semula dan gosokkan menggunakan seterika.

  7. Tandakan bahagian tengah lipatan yang telah diseterika tadi.

  8. Tandakan 3 cm dari titik tengah di bahagian kiri dan kanan.

  9. Jahitkan menggunakan jahitan lurus disepanjang tepi kain. JANGAN jahit di 3 tanda yang kita buat tadi.

  10. Guntingkan tepi kain yang dijahit tadi dan JANGAN gunting di bahagian yang bertanda.

  11. Lipatkan bahagian yang bertanda(yang tidak dijahit).

  12. Step 12: Terbalikkan kain.

  13. Terbalikkan kain sehingga bentuknya seperti didalam gambar.

  14. Pastikan bahagian ini dilipat dengan ukuran yang sama.

  15. Atas sedikit daripada bahagian yang dilipat tadi, buatkan garisan lurus.

  16. Ukuran jarak garisan adalah 2.5cm.

  17. Jahitkan garisan yang ditanda tadi.

  18. Kemudian kita buat cara yang sama pada bahagian yang lain.

  19. Letakkan pin di tali supaya mudah memasukkan tali ke dalam lubang.

  20. Masukkan tali ke lubang yang kedua pula.

  21. Selepas itu, ikat tepi tali bersama sehingga kukuh.

  22. Siap!


Kisahnya…

  • Tujuan menjahit beg uncang ini sebab nak simpan batu seremban yang akan ditunjukkan cara membuatnya di video akan datang.
  • Sangat sesuai dijahit oleh pemula/beginner terutamanya jika baru sahaja nak mula menjahit menggunakan mesin jahit.
  • Beg uncang ini dijahit menggunakan kain cotton yang diambil dari kain baju yang tak digunakan lagi(baju kurung Kedah). Sebab itulah bahagian lengannya lebar.
  • Sebagai seorang beginner/pemula, masa yang diperlukan nak menyiapkan jahitan beg uncang ini lebih kurang 20 minit.
  • Kain baju t-shirt yang tak dipakai lagi digunakan sebagai tali pengikat uncang.

Disebalik Kisah Menjahit Beg Uncang

Semasa memasukkan tali ke dalam lubang uncang, saya ada buat kesilapan dengan TIDAK memasukkan tali ke lubang yang kedua sebab saya ingatkan tali tu sepatutnya dimasukkan ke satu arah sahaja.

Jadi, agak lama jugalah fikir macammana tali tu boleh ditarik sehingga tutup beg uncang tersebut sebab tutorial yang ada di youtube tak tunjuk bahagian tali ni.

Selepas mengedit video ini, barulah saya sedar pen penanda fabrik yang saya gunakan tu sebenarnya marker whiteboard! Kebetulan pen penanda sebenar pun warna pink juga sama macam marker pen tu.

Patutlah sembur dengan air berkali-kali pun tanda tu tak hilang haha!

Semoga tutorial ini mudah diikuti dan menaikkan semangat anda untuk menjahit! Buat benda yang simple dulu, lama-lama barulah jahit benda yang mencabar sikit.

Sharing is caring!

0 0 vote
Article Rating