5 Tutorial Menjahit Untuk Beginner: Beg

Jika anda tertanya-tanya bagaimana cara membuat beg yang simple dan sesuai dibawa ke mana-mana, inilah tutorial menjahit beg yang terbaik untuk anda. Tutorial ini sangat sesuai untuk beginner yang baru belajar menjahit.

Anda boleh menggunakan kain canvas, cotton, linen atau apa sahaja kain yang anda suka. Asalkan kain tersebut memiliki ketebalan dan struktur yang mampu menampung berat barang-barang anda di dalam beg nanti.

Kalau sebelum ini anda tidak pernah menjahit beg, saya menggalakkan anda mencuba salah satu daripada lima tutorial ini. Menjahit beg bukan sahaja menyeronokkan, tetapi ia juga tidak memerlukan masa yang lama untuk menjahit.

Saya sendiri pun teringin nak menjahit beg-beg ini. Dahlah simple je cara nak buat, beg pun comel pulaktu.

#1 Tote Bag

Sumber: DIY Today’s Sewing & Embroidery

Tote bag boleh digunakan sebagai beg untuk pergi ke kelas, ke pantai, membawa kelengkapan bayi atau ketika membeli-belah. Bagi anda kurang berminat membawa beg yang ‘ringan’, anda pasti sukakan beg seperti ini. Bermacam-macam jenis barang boleh dimasukkan samaada besar ataupun kecil.

Fabrik

Anda boleh menggunakan kain belacu, canvas atau cotton twill.

Pola Beg

Klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas.

Tutorial


#2 Menjahit Mini Pouch

Sumber: Harimogura’s Sewing Time

Kalau anda ada banyak lebihan kain cotton, anda boleh membuat projek jahitan ini. Daripada anda membuang lebihan kain yang ada, lebih baik anda menggunakannya untuk menjahit beg yang comel ini. Mini Pouch ini sangat sesuai dijadikan sebagai tempat menyimpan kunci, kad, gula-gula, getah rambut dan sebagainya.

Fabrik

Anda boleh menggunakan kain belacu dan kain cotton.

Pola Beg

Klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas.

Tutorial

Klik gambar untuk menonton tutorialnya.

#3 Menjahit Lunch Bag

Sumber: Handmade SunMoon

Comel betul beg ni! Di Jepun, lunch bag ini digunakan untuk membawa kotak bento. Disebabkan ianya sangat comel, anda boleh buatkan untuk anak-anak yang membawa bekal ke sekolah. Anda juga boleh menggunakannya sebagai tempat menyimpan mekap, barangan kemas dan sebagainya.

Fabrik

Anda boleh menggunakan kain belacu atau kain cotton yang mempunyai corak yang comel dan menarik.

Pola Beg

Klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas.

Tutorial


#4 Menjahit Reusable Grocery Bag

Sumber: Daisy Love Country Life

Ini adalah tutorial beg yang paling simple! Anda hanya perlu menyediakan sehelai kain dan satu bias tape sahaja untuk menjahit beg ini. Yang best sekali, anda boleh melipat dan menyimpan beg ini di dalam handbag apabila tidak digunakan. Jadi, apabila pergi kemana-mana tidak perlulah tercari-cari beg bila sampai ke kaunter pasaraya nanti.

Fabrik

Anda boleh menggunakan kain belacu, cotton twill ataupun kain yang kalis air seperti beg Ikea.

Pola Beg

Klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas.

Anda hanya perlukan ini sahaja

Tutorial


#5 Menjahit Drawstring Bag

Sumber: Handmade Channel At Will

Beg ini bukan sahaja comel, tetapi ada poket! Anda boleh mengubah beg ini menjadi tote bag(seperti gambar di atas) ataupun drawstring bag apabila talinya ditarik. Dari kelima-lima tutorial, mungkin tutorial ini agak mencabar sedikit dan banyak pola yang digunakan. Iyela, takkan nak jahit yang senang je. Sesekali cubalah menjahit beg yang mencabar sikit, kan.

Fabrik

Anda boleh menggunakan kain cotton canvas, cotton twill atau apa sahaja kain yang tahan lasak. Jangan lupa untuk siapkan interfacing sekali.

Pola Beg

Klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas.

Tutorial

Klik gambar untuk menonton tutorialnya

Kesimpulan

Saya harap anda pun rasa tidak sabar-sabar untuk mengikuti tutorial beg yang saya kongsikan ini. Beg-beg ini bukan sahaja sesuai digunakan untuk kegunaan sendiri. Anda juga boleh menghadiahkan beg yang anda jahit sendiri kepada kawan-kawan, keluarga, emak dan sesiapa sahaja.

Happy sewing!