Menjahit Dress Kanak-Kanak dari Pattern Simplicity 1449

Lamanya tak menjahit dan update blog.

Untuk menaikkan keyakinan menjahit, saya memilih nak menjahit baju dari pattern Simplicity.

Pattern yang dipilih pada harini ialah pattern 1449, sehelai dress kanak-kanak.

Disebabkan Faiha redha je memakai dress apa pun yang makciknya jahit, dress harini pun memang nak jahit untuk Faiha jugak.

Video kali ni lebih pada video ‘sew along’….memang takde memberi penerangan yang detail untuk menjahit dress ni.

Tapi mungkin anda semua boleh dapat idea dengan apa yang ditunjukkan.

 

(sila tekan ‘Like’ kalau suka :D)

 

Memang agak meletihkan bila buat video macamni.

Sebab bila menjahit guna pattern, kesilapan menjahit tu mesti ada(tapi takdelah tunjuk dalam video).

Walaupun setiap pattern dah tunjukkan setiap ‘step’ jahitan dengan teliti, ada je yang tersalah jahit.

Kalau anda semua mengalami masalah macamni, anggap je lah tu perkara biasa.

Biasanya, dari kesilapan itulah, baru kita dapat belajar sesuatu yang baru.

Mana ada orang menjahit tak buat silap, kan.

Sebabtu ‘seam ripper’ mesti sentiasa ada di depan mata. Sekali dia hilang, tak keruan kita jadinya.

 

 

 

Sharing is caring:
error

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of