Menjahit Untuk Orang Lain?

Menjahit untuk orang lain? Sebenarnya sampai sekarang saya tidak pernah mengambil upah menjahit dan belum lagi menjahit baju untuk orang lain(selain famili sendiri).

Dulu setiap kali upload gambar hasil jahitan di IG atau FB personal, mesti ada kawan yang tanya “Boleh tak jahitkan blablabla…..” ataupun “Kalau nak minta jahitkan baju kurung, berapa ye?”. Setiap kali ditanya macamtu, mesti saya rasa menggeletar ketakutan ataupun stress.

“Memang wajib jahitkan baju untuk orang lain ke selepas kita dah tahu menjahit baju sendiri?”, tanya hati saya yang sedang resah gelisah.

Hari tu saya ada baca blog omputih tentang topik ini dan saya tertarik dengan komen dari pembacanya:

Fuhhh…rupa-rupanya bukannya saya seorang dan saya pun nak claim diri saya sendiri Selfish Seamstress Cadre lah haha!

Saya pun belum pernah jahitkan baju untuk orang lain melainkan diri saya sendiri dan anak-anak buah yang masih belum sekolah. Budak-budak kecil ni biasanya diaorang tak banyak komplen. Asalkan baju tu cantik dipakai, warna pink dan selesa… diaorang akan puji kita melampau-lampau. Pujian macamtu buatkan saya rasa gembira dan dihargai walaupun itu dari pujian budak belum masuk sekolah.

Saya setuju bila dia kata kebanyakan orang tidak menghargai usaha tukang jahit menjahit baju. Saya pernah tengok ada orang berkira sangat sampai membanding-bandingkan harga benang dan harga upah menjahit baju. Bagi saya ini sangat melampau sebab takkan harga benang seringgit, upah menjahit pun kena seringgit juga?! Mungkin ramai tak tahu, menjahit memerlukan skill atau kemahiran yang perlu diupgrade setiap masa. Tak semua orang ada kemahiran yang sama dan itu pun perlukan tenaga dan juga duit untuk belajar. Kalau bayar ikut harga benang, jadi orang yang bekerja kat pejabat tu pun sepatutnya tak payah bayar gajilah, kan? Grrr…

Tapi sampai suatu masa nanti saya teringin juga nak menjahit baju untuk emak saya.

Adakah anda pernah mengalami situasi yang sama? Ataupun anda sebenarnya Selfish Seamstress Cadre juga?

Sharing is caring!

0 0 vote
Article Rating