Selepas Membetulkan Niat Berniaga, Tiba-Tiba…

Selepas Membetulkan Niat Berniaga, Tiba-Tiba…

Setiap kali saya mendengar atau membaca post dari pakar peniaga online, kata-kata ‘betulkan niat dulu sebelum nak berniaga’ selalu sangat disebut-sebut.

Kenapa kita perlu betulkan niat?

Mari saya ceritakan tentang pengalaman peribadi dari salah seorang peniaga online ini.

Tapi sebelum itu, izinkan saya untuk menerangkan apa yang anda akan belajar pada hari ini:

  • cara membetulkan niat untuk berniaga.
  • cara membentuk team penjualan(reseller).
  • cara menaikkan semangat apabila moody ketika berniaga.

Kisah Inspirasi

Saya menganggap peniaga online ini sebagai guru saya.

Ketika beliau mula-mula menceburi bisnes(offline), guru saya ini sudah membuat bermacam-macam jenis bisnes seperti menjual baju budak dan alat solek. Tapi kesemua bisnes ini tidak menguntungkan.

“Kenapa bisnes orang lain nampak kencang tapi bisnes aku asyik tak menjadi je,” bisik hatinya. Pernah sekali dia mengadu kepada suaminya dan suami dia berkata “Betulkan niat tu dulu”.

Biasalah orang lelaki. Perempuan cerita panjang-panjang, jawapan dia sekerat je.

Tapi guru saya tertanya-tanya lagi(dalam hati)…

“Memang niat aku tak betul ke? Aku tak buat benda pelik-pelik pun dalam bisnes sebelum ini”, puas dia berfikir tetapi tetap tidak dapat jawapan yang diperlukan.

Berjaya Betulkan Niat

Sampailah akhirnya ketika bulan puasa antara tahun 2017-2018, beliau selalu nampak orang-orang yang sedekahnya sangat luar biasa yang kerap berlaku di depan matanya.

Sedangkan masa itu dia bersedekah juga tetapi dalam jumlah yang biasa-biasa sahaja.

Bila dah selalu nampak orang bersedekah banyak macamtu, dia tiba-tiba rasa sangat kecewa dengan dirinya sendiri. Dia rasa sakit hati sebab tidak mampu bersedekah sebanyak itu sebab bisnesnya pun masih di tahap ‘cukup makan’ lagi.

Walaupun ada yang kata tidak salah pun kalau nak bersedekah dengan nilai yang sedikit asalkan kita ikhlas. Tapi menurut guru saya, kalau kita berniat nak bersedekah sebanyak-banyaknya pun apa salahnya.

Merealisasikan Niat

Akhirnya, beliau mendapat idea untuk membuat bisnes online(menjadi reseller) dan mendapat keizinan dari suami.

Sebelum menjadi reseller lagi, guru saya berniat ingin membesarkan bisnesnya. Jadi, dia terus ambil orang untuk menjadi dropship dibawah tunjuk ajarnya walaupun ketika itu dia baru sahaja menjadi reseller.

Kenapa dia buat macamtu? Sebab niat awal guru saya nak mengembangkan bisnes dan dia nak membantu orang yang tak ada modal supaya mampu untuk berbisnes.

Alhamdullillah, niat awalnya pun tercapai walaupun ramai reseller lain berasa ragu-ragu nak ambil peniaga bawahannya sebab takut keuntungan mereka semakin sedikit.

Menurut guru saya ini, rezeki kita tidak berkurangan sedikit pun asalkan kita berniat nak membantu orang lain. Duit keuntungan mungkin sedikit tapi kalau jualannya banyak, banyak juga yang kita akan dapat nanti.

Apabila kita berniaga untuk membantu orang lain, InsyaAllah bisnes kita itu nanti akan diberi kemudahan sampaikan kita tidak tahu pembeli kita tu datang dari mana. Tiba-tiba je dia muncul.

Kadang-kadang kita baru sahaja post di media sosial, tiba-tiba ada yang ingin membeli. Itulah rezeki. Selalu datang dari arah yang tidak disangka-sangka.

Ada juga yang tidak yakin bagaimana beliau boleh membantu orang lain sebab dia pun masih baru dalam perniagaan secara online. Katanya, kita membantu orang bukan dari segi duit sahaja, kita boleh membantu dari segi tenaga, ilmu dan sebagainya.

Ketika awal-awal menjadi reseller, beliau tidak banyak ilmu tentang bisnes online tetapi itu semua tidak melemahkan semangatnya untuk mengambil team bisnesnya.

Cara Menarik Perhatian Pelanggan

Guru saya selalu kongsikan apa yang sudah beliau praktikkan dari aktiviti yang paling senang sehingga yang paling susah.

Antara aktivitinya ialah screenshot post yang dah dibuat di media sosial dan juga screenshot message pelanggan yang sudah membeli.

Walaupun bagi orang lain nampak simple, bagi orang yang selalu nampak post itu sebenarnya akan berasa teringin nak membeli dan tidak boleh duduk diam. Kalau buat semua itu secara konsisten, hasilnya tetap ada, InsyaAllah.

Kadang-kadang kita rasa perkara yang kita buat itu kecil atau biasa sahaja tapi belum tentu orang lain akan berfikir seperti yang kita fikirkan. Jadi, jangan pernah berasa ragu-ragu untuk kongsikan aktiviti bisnes walaupun bisnesnya sekecil apa pun.

Cara Ambil Team Tanpa Modal

Guru saya sempat juga bagi tips macammana nak ambil team dalam bisnes kita(tanpa modal):

  1. Kena ada rasa ‘jatuh cinta’ dengan bisnes yang kita jalankan sekarang. Kalau kita suka dengan bisnesnya, team akan gembira apabila bekerjasama dengan kita.
  2. Ada mindset yang positif, post perkara-perkara positif dan selalu bersemangat. Tips ini untuk menyebarkan aura positif sampai ke pembaca.
  3. Ada gol yang jelas. Apa tujuan kita berniaga?
  4. Berasa yakin dengan diri sendiri. Kita harus tetap yakin kita boleh berjaya walaupun menjadi seorang peniaga kecil-kecilan
  5. Rajin berkongsi dan berinteraksi di media sosial serta menjadi diri sendiri. Boleh post apa sahaja yang kita suka asalkan bukan postingan kontroversi.
  6. Tambah ilmu setiap hari. Boleh ambil ilmu dari ebook, buku, YouTube, kelas online dan lain-lain. Kalau nak tambah ilmu menjahit, sila dapatkan ebook ini.
  7. Fokus dan jangan mudah terasa hati dengan kata-kata orang. Ini sangat penting. Kalau kita mudah sentap, mood kita akan mudah turun. Kalau moody, aktiviti akan terganggu dan ada sahaja benda yang tidak kena. Jangankan jualan, nak buat iklan pun kita rasa membebankan ketika moody.

Menurut beliau, no.7 sangat penting untuk diperhatikan terutamanya untuk golongan emak-emak sebab golongan ini banyak menguruskan bermacam-macam tugas dan mood pun mudah berubah-ubah. Ada sahaja benda yang membuatkan mood emak-emak ini menurun atau rasa down.

Kata beliau lagi, rasa down boleh, bad mood pun boleh tapi jangan lama-lama sangat dalam situasi macam itu. Kena cepat move on untuk menaikkan mood dan semangat kita balik.

Contohnya, kalau rasa ‘angin’ mood tak berapa bagus, simpan semua gajet, pergi minum kopi sekejap atau pergi meluangkan masa bermain dengan anak-anak. InsyaAllah nanti mood akan OK kembali.

Apabila hati kita senang, semua kegiatan akan berjalan dengan lancar dan InsyaAllah bisnes pun lancar. Semuanya atas izin Allah SWT.

Motivasi Dari Guru Saya

Sebenarnya, guru saya sudah melihat orang yang mula dari zero sehingga berjaya mendapatkan sales sehingga naik mendadak. Itulah motivasi yang membuatkan beliau untuk terus bersemangat menjalankan bisnes.

Kalau orang lain boleh buat, takkan saya tak boleh. InsyaAllah sesiapa pun boleh buat juga.

Guru Saya Yang Optimis

Asalkan niat kita betul dan kita juga ingin bertindak melakukannya, beliau yakin pasti ada jalan yang akan dipermudahkan oleh-Nya.

Kesimpulannya

Apa yang saya banyak belajar dari guru saya ini ialah sebelum membuat bisnes, kita kena betulkan niat dahulu. Wajib kena ada niat untuk membantu orang lain.

Sekarang semakin ramai yang menjadi peniaga online dan baru belajar tentang bisnes online.

Bagi beliau, salah satu cara untuk mendapatkan sales yang banyak adalah dengan membentuk team. Tetapi sebelum membentuk team, kita kena ubah mindset dahulu mengikut ketujuh-tujuh tips yang diberikan tadi.

Apabila kita berniaga, mesti ada waktu senang dan waktu susah yang akan kita tempuhi. Ketika berada di titik terendah ataupun berasa down, kita kena rehatkan diri sekejap.

Tapi jangan rehatkan diri terlalu lama. Kena tahu cara untuk mendapatkan semangat balik.

Rasa termotivasi tak dengan kisah guru saya ini?

Semoga bermanfaat.