Semasa scroll tiktok baru-baru ni, banyak betul video orang menjual baju tidur atau pyjama yang saya nampak. Kalau ikut logik, produk yang paling laku dalam keadaan ‘berkurung’ ni semestinya baju yang selesa dipakai di rumah. Selalunya orang pakai baju apa kat rumah? Kalau bukan kaftan, mestilah pakai baju tidur atau pyjama.

Saya pun selongkarlah tempat menyimpan pattern² baju yang saya pernah beli dan inilah antara pattern yang saya rasa sesuai untuk membuat baju yang dipakai di rumah.

Mari saya tunjukkan satu-persatu pattern baju dan seluar yang kita boleh jahit untuk dipakai di rumah.

Simplicity 1887

Pattern untuk menjahit seluar dari seluar pendek, skirt, seluar tiga suku dan seluar panjang. Terus teringat kat kain cotton viscose kalau nak menjahit guna pattern ni.

Simplicity 4552

Kebanyakan baju ni rasanya sesuai untuk orang yang kena work from home tapi teringin nak pakai baju ala-ala ke pejabat. Saya teringat memang ada orang kata kalau nak bersemangat bekerja di rumah, kita kena bersiap seolah-olah kita bekerja di pejabat,

Stylish Dress Book

Buku jahitan Jepun ni ada 20 lebih jenis pattern. Saya rasa pattern yang kat atas ni sesuai untuk dipakai ketika musim hujan. Cuba tengok gambar yang kat tengah tu, lawa pula bila dia pakai dengan sweater.

May Me Style Sewing

Ini pun buku jahitan Jepun dan ditulis dalam bahasa Jepun. Komain lagi model tu rileks sambil minum teh kat atas katil. Dari gambar tu, saya dapat rasakan betapa selesanya baju yang dia pakai tu di rumah. Buku ni pun ada lebih 10 pattern, antaranya seluar tiga suku, jaket, beg, dress dan macam-macam lagi.

Stylish Dress Book

Inilah buku pertama dari Stylish Dress Book dan buku jahitan pertama yang saya beli. Buku ni ada 26 pattern dan saya tertarik dengan pattern yang kat atas ni. Kain paling sesuai dengan pattern baju ni rasanya chiffon atau satin. Tapi bagi yang masih beginner, eloklah menjahit guna kain cotton. Contohnya, cotton voile atau viscose yang paling sesuai.

Itulah antara pattern yang saya rasa sesuai untuk dipakai di rumah dan baru saya sedar saya tak ada pattern untuk menjahit pyjama. Rasanya kalau keluar nanti nak singgah spotlight beli pattern pyjama pulak.

Rajin membeli, nak menjahit tu entah bila entah. Adakah anda seperti saya juga? Haha.

Sharing is caring!

0 0 vote
Article Rating