Apa aktiviti anda di hujung minggu ni? Minggu ni saya hanya dapat keluar sekali seminggu sahaja untuk shopping membeli makanan sebab disini masih lagi PKPB. Harap anda semua berada didalam keadaan yang baik dan jangan abaikan kesihatan.

Minggu ini, saya…

  1. Baru faham lirik lagu terbaru Yoochun. Sedih pulak bila dah tahu keadaan diri dia sebelum ni.
  2. Comel pulak tengok mug ni. Kalau nak yang besar sikit, boleh pilih gelas mug yang ni pula.
  3. Haritu teringin nak buat kimbab dan saya pun beli seaweed ni. Konon nak rasa satu je, sekali tak boleh berhenti menguyah pulak sebab SEDAP sangat! Last² kimbap pun tak nampak dah.
  4. Senarai watak anime yang mempunyai personaliti ISFP.
  5. Ada orang kata ni resepi Hershey’s Sundae Pie yang dari Burger King tu. Ada masa nanti nak cubalah memandangkan pie ni sekarang dah sold out 🙁
  6. Polis bagi nasihat… jaga-jaga kalau tiba-tiba kawan lama yang dah lama menghilang tiba-tiba contact kita balik.
  7. Cara main kutu dengan diri sendiri menggunakan Maybank 2 U. Selepas ni, tak perlulah berhutang dengan geng kutu lagi.
  8. Haritu pergi Watson sebab nak cari ubat kembung perut dan saya pun belilah Tolak Angin. Alhamdulillah, memang berkesan walaupun pahit betul rasa dia. Selepas dah habis sekotak, terus order 2 kotak terus!
  9. Idea nak buat apa dengan kain scrap(lebihan kain selepas menjahit) ek?
  10. Selepas ni tak perlu susah-susah nak cari coach yang hanya mengajar FB Ads. Baca je semua kat Facebook Blueprint. Kalau malas nak membaca, barulah cari coach.

Komen menarik yang saya jumpa di media sosial:

Bagaimana nak pembeli datang ke kita?: “Kalau nak mencari customer yang ramai, anda harus menggunakan fb atau ig ads. Jika budget anda kurang untuk mengaktifkan ig ads lebih baik organik saja dan maksimalkan untuk contentnya dan harus memberikan value yang bermanfaat untuk audience anda”, kata Michael Tan.

Solusi Hidup Itu Dekat: “Sebaik-baiknya keputusan bisnes adalah berasal dari DATA. Sebaik-baiknya kehidupan adalah berasal dari DALIL.⁣⁣
⁣⁣
Misalnya, dalam Al-Qur’an, JUALAN itu HALAL, sementara RIBA itu HARAM.⁣⁣
⁣⁣
Anehnya, orang-orang zaman sekarang, begitu bangga mempamerkan harta miliknya, seperti:⁣⁣
⁣⁣
– Rumah hasil loan bank konvensional (riba)⁣⁣
– Kereta dari Leasing (riba)⁣⁣
– Belanja pakai kad kredit (riba)⁣⁣
⁣⁣
…dan masih banyak lagi.⁣⁣
⁣⁣
Gilanya lagi, orang-orang seperti ini sering menyindir kita-kita yang lagi berbisnes yang jelas-jelas dihalalkan, selama produk dan prosesnya dijaga kehalalan dan keberkahannya.⁣⁣
⁣⁣
Maka mulai sekarang, jangan berdolak-dalik.⁣⁣
⁣⁣
Kita yang berjuang jualan, FOKUS saja! Tak usah pedulikan cakap orang, apalagi mereka yang semua kehidupannya serba riba. Setuju ya?⁣⁣
⁣⁣
Semoga siapapun anda yang hari ini berbisnes dan berjualan kerana Allah, Allah lariskan dan berkahi ya. Aamiiin…⁣⁣
⁣⁣
Dan semoga siapapun anda yang sedang berjuang terbebas dari riba, Allah mudahkan dan lunaskan. Aamiiin…⁣⁣”,
kata kang Dewa. (diubah sedikit ke Bahasa Malaysia supaya mudah faham).
⁣⁣

Sharing is caring!

0 0 vote
Article Rating