Strategi Membina Personal Branding di Facebook

Strategi Membina Personal Branding di Facebook

Kalau anda sedang membaca post Cara Membina Personal Branding Yang Kuat, saya pasti anda akan suka dengan topik hari ini iaitu strategi membina personal branding di Facebook.

Dengan membina personal brand di Facebook, kita dapat membangun kepercayaan audience, prospek atau pelanggan kita.

Fakta #1 tentang Facebook: Pengguna FB lebih percaya kepada orang yang ‘real’, BUKAN page yang tiada wajah dan hanya tahu menjual sahaja.

Fakta #2 tentang Facebook: Facebook menyatakan tujuan utama orang ke Facebook adalah untuk berinteraksi, dan algoritma Facebook pun lebih memfokuskan pada Relationship(siapa yang selalu berinteraksi dengan pengguna yang lain), Content Type(Jenis content yang di post samaada dalam bentuk gambar, video dan lain-lain), Popularity(berapa banyak likes atau engagement) dan Recency(post terbaru akan ditunjukkan dahulu).

Sumber: hootsuite.com

Fakta #3 tentang Facebook: Pengguna FB ingin tahu orang disebalik brand. Mereka lebih tertarik kepada orangnya terutamanya jika orang tersebut mempunyai personaliti yang menarik dan kepakaran tertentu. Jadi, Facebook adalah tempat yang paling sesuai untuk membina personal brand.

Dipendekkan cerita, membina personal brand di Facebook adalah lebih banyak kelebihannya daripada membina business brand. Gunakanlah kemudahan ini sebaik-baiknya.

Personal Branding Di Facebook

Kalau nak berniaga online dan menggunakan Facebook untuk menjual, kita wajib membina personal branding sebagai salah satu strategi Facebook Marketing.

Percayalah, berniaga di Facebook itu akan lebih mudah kalau kita sudah memiliki personal brand yang kuat.

Tapi, sebelum membina personal branding, ada beberapa persediaan yang kita perlu lakukan.

1. Tentukan Role Model

Role model adalah orang yang terlebih dahulu berjaya atau berpengaruh dalam bidang(atau niche) yang akan kita fokuskan.

Sebagai contoh, saya nak fokus di bidang kewangan. Jadi, saya pun kena cari role model dalam bidang yang sama. Saya pilih Azizul Azli Ahmad sebagai role model saya.

Selepas dah menetapkan role model, saya pasti akan menjenguk Facebook Page-nya setiap hari dengan melihat macammana dia update status, bila waktu dia update status, bagaimana gaya bahasanya dan macammana dia melayan komen.

Yang penting, kaji satu persatu page role model kita tu.

Kalau ada nota-nota penting yang perlu disalin, jangan ragu-ragu nak salin sebab kita sedang belajar.

Biasanya, kita perlukan masa yang agak lama juga untuk mengkaji role model kita ni sebab perlu faham betul-betul dengan apa yang role model kita buat.

Tapi, jangan pula samakan macam kita stalk FB ex² atau bekas kekasih pula.

Lain benar caranya tu.

“Tapi saya tak pasti role model yang saya pilih sesuai dengan saya”….

Kalau tak pasti, kita tiru apa yang dia buat. Macam saya dulu, saya salin balik status-status role model yang saya pilih tu di Words. Selepas menyalin beratus-ratus status, barulah saya ada keyakinan untuk menulis sendiri.

Itulah bagusnya apabila ada role model. Bila dah tahu siapa orangnya, jangan lupa BERLATIH DARI SEKARANG membina personal brand sebab semua ini ada prosesnya.

2. Tentukan Nama

Fikirkan tentang nama yang kita nak gunakan sebagai personal branding.

Kita boleh juga pakai nama sebenar ataupun nama samaran tapi jangan sesekali cuba untuk merosakkan nama baik kita sendiri. Setiap kali kita post, nama sebenar kita akan muncul dahulu dan nama itu akan terikat.

Kalau nak update status, jangan update status yang bukan-bukan.

Perlu diingat, nama kita bukan sahaja menjadi identiti tapi akan menjadi sebuah brand.

Jaga bahasa yang akan kita gunakan dan pastikan gaya bahasa kita memudahkan target audience untuk faham apa yang kita tulis.

Elakkan bahasa rojak, bahasa we chat dan seumpamanya.

3. Personaliti

Selepas dah tahu nama yang akan digunakan, kita juga perlu tahu karakter atau personaliti untuk personal branding kita.

Pastikan personaliti yang dibina adalah sesuai dengan target audience yang kita fokuskan.

Contohnya, kalau target audience atau bidang yang kita fokuskan adalah introvert, kita tidak boleh buat content yang terlalu hyper atau bercakap kuat-kuat dengan mereka.

Antara karakter yang introvert suka adalah karakter yang humble, ramah dan suka berinteraksi dalam bentuk tulisan.

Anda juga boleh membuat karakter yang tegas, berterus-terang, ‘kasar tapi apa yang dikatakan betul’ ataupun yang karakter periang dan suka menghiburkan orang.

Kalau masih tak tahu nak pilih karakter yang mana, paling senang jadilah diri sendiri. Pasti ada keunikan yang kita tidak tahu yang ada dalam diri kita sendiri.

Kalau kita seorang yang baran, jangan pamerkan karakter tersebut di Facebook dan kita harus menahan sifat-sifat negatif ini sebab ianya boleh menurunkan kredibiti personal brand kita nanti.

Kalau ada yang memberi komen yang tidak sopan, lebih baik jangan dilayan.

Jangan menyerang orang dengan screenshot dan kemudian sebarkannya ke public. Hargai privacy orang lain.

4. Konsisten

Kita perlu konsisten dengan nama dan personaliti yang kita dah tetapkan. Selain itu, gaya bahasa kita berinteraksi dan status yang kita kongsikan pun kena konsisten.

Kalau kita adalah peniaga online, jangan update status membuat jualan sahaja. Selang selikanlah dengan status peribadi yang target audience kita suka seperti setiap 7 content yang berinformasi, hanya ada 1 content untuk berjualan.

5. Gambar dan Content

Jangan lupa untuk membuat gambar profile yang berkualiti dan cover page yang menarik. Untuk mengetahui cara membuat gambar yang bagus untuk personal brand, sila baca post Tips Bergambar Untuk Personal Branding.

Pastikan setiap gambar dan content yang kita tunjukkan dapat menggambarkan siapa diri kita yang sebenar.

Anda juga boleh letakkan Digital Business Card di link Facebook anda supaya mudah untuk orang mengetahui siapa anda yang sebenarnya.

Semoga tips ini dapat memberi jawapan kepada anda yang betul-betul ingin tahu bagaimana membuat personal branding di Facebook. Semoga Bermanfaat